Assalamualaikum

Ulang Tahun Cik Aisyah Ke-5  | 2.5.17 - Genaplah usia Cik Aisyah 5 tahun. Oleh kerana Aisyah sudah bersekolah tadika, saya mahu buat sambutan hari jadi untuk dia. Buat kenangan agar dia ingat meskipun dia sudah besar nanti.

Goodies beg ni saya letak mineral water cup dan roti pizza je. Kemudian stapler je gambar Aisyah. Murid tak ramai sangat, hanya 18 orang, seorang guru dan seorang pembantu tadika. Jumlah, hanya 20 pax.

Saya pek pagi tu juga, sebelum ke sekolah Aisyah.

Brownies

Kek hari jadi Aisyah

Jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian Selamat Hari Jadi. Diikuti bacaan doa dari semua anak-anak. Cikgu siap dah tulis dan lukis belon di whiteboard.



Selesai bacaan doa, kita potong kek dan bahagi-bahagiakan pada anak-anak.


Cikgu tolong potong & berikan kek pada anak-anak.

Emak Aisyah (BS), Alif , Qaseh (Cucu BS) & Aisyah.


Si comel Alif sibuk nak minta kek juga.

Maka, makanlah mereka bertiga di situ. Alif taknak kalah. Tak mahu kongsi pinggan dengan kakaknya.

Aisyah bersama Cikgu Shira.


Semoga Aisyah membesar menjadi insan yang berjaya,
Hormati ibu bapa,
Hormati guru,
Hormati orang tua..

Moga Aisyah membesar dengan sihat tanpa sakit, tanpa cacat cela..
Amin..