Assalamualaikum

Buffet Ramadan 2018 : Warisan Sajian Ibunda di Berjaya Waterfront Hotel JB | Berjaya Waterfront Hotel JB terletak di Stulang Laut, berhadapan laut yang memisahkan Malaysia dengan Singapura. Hotel ini dapat dilihat dari jauh. Terus terang saya katakan, saya sangat teruja bila mendapat jemputan preview ramadan di sini. Kali ini, Berjaya Waterfront Hotel membawakan tema 'Warisan Sajian Ibunda'.


Terdapat lebih kurang 200 sajian dihidangkan untuk buffet ramadan kali ini yang diketuai oleh Chef Jamaluddin. Inilah barisan Chef dan jurumasaknya. 

Saya bawakan menu utama yang disajikan di sini. Perlihatkan deretan menu utama untuk sajian para pengujung.



Nasi Minyak

Singapore Fried Mee Hoon (Mihun Singapura).

Daging Masak Hitam Manis.

Roasted Honey Chicken (Ayam Panggang Madu).

Ketam Halba.

Stir Fried Mussels (Kupang Goreng Berkuah).

Udang Masala.

Lodeh Mak Lodeh.

Stir Fried Kailan with Salted Fish (Kailan Ikan Masin).

Kita ke bahagian hidangan lain pula yang pasti menambat selera. Sekawah sup gear box disajikan, tak perlu risau kalau tak cukup. Teruja sungguh saya melihatnya, memang benar-benar mahu menjamu pengunjung ni.

Sup Gear Box.

Nasi Beriyani & Gulai Ayam Kampung.

Ketupat nasi, ketupat palas, lemang dan pelbagai pilihan serunding.

Sate ayam dan daging.

Kambing Golek Berempah.

Dah makan, mesti cari air kan? Terdapat pelbagai pilihan air disajikan di sini. Pilih saja mana berkenan di hati.

Pelbagai pilihan air seperti Bandung Cincau, Limau Nipis,Sirap.

Minuman panas turut disajikan. Pengunjung dapat menikmati Teh Tarik & Kopi di sini.

ABC turut tidak ketinggalan sebagai penyejuk tekak.

Antara isian yang boleh diletakkan sendiri oleh pengunjung.

Gulai Ikan Tenggiri.

Bakar-bakar - Pepes, otak-otak.

Ikan Bakar.


Bahan yang pengunjung boleh letakkan di dalam mangkuk laksa.

Goreng-gorengan.

Antaranya keledek goreng, keropok lekor dan cucur.


Pilihan sup yang boleh dihirup begitu sahaja atau dimakan bersama roti.

Pelbagai jenis roti yang disajikan.

Tidak dilupakan ulam-ulaman berserta sambal pilihan. Boleh juga dimakan bersama tempe goreng, tauhu goreng.



Ngences tak?

Kerabu juga turut disajikan.

Ini pasti akan buat hati pengunjung tertambat. Deretan makanan laut yang segar seperti kupang, udang, etok dan ketam. Memang teruja habis sebab saiznya yang besar dan memuaskan hati.





Buah-buahan pelbagai jenis juga dihidangkan di sini.

Jeruk.

Kita ke bahagian pencuci mulut pula. Bertepatan dengan tema Warisan Sajian Ibunda, pelbagai jenis pencuci mulut tradisional dan moden turut disajikan. Saya percaya pasti membuat para pengunjung berulang-alik ke bahagian ini. Kuih raya pun ada tau. Semua sedap-sedap belaka dan fresh from oven.








======================

Puas scroll makanan di atas? Seperti biasa, saya kongsikan makanan yang saya makan di sini. Pertamanya, saya makan nasi minyak bersama daging masak hitam manis, udang masala, ketam halba dan kailan ikan masin. Paling saya suka udang masala. Pertama kali saya memakannya sudah berjaya membuat saya jatuh cinta. ❤


Sajian mesti cuba, kambing golek berempah bersama kuahnya. Daging kambing yang lembut, habis saya makan. Tak lupa juga lemang berserta rendang daging dan serunding ayam. Lemangnya terasa lemak cukup rasa. Rendang pun sedap.


Kupang yang segar megar, bersaiz besar. Puas hati sungguh meratah makanan laut di sini.


Antara pencuci mulut yang saya cuba. Suka roll cake tu sebab lembut je bila gigit dan telan.


Tidak dilupa ABC dan aiskrim.



Buah-buahan yang segar dimakan bersama kicap pedas.


=========================

Warisan Sajian Ibunda di Berjaya Waterfront Hotel JB, di Grand Ballroom (Level 6) bermula 6.30 pm - 10.00 pm dari 17 Mei - 13 Jun 2018.

❤❤❤
Early Bird Special
RM50 (Dewasa) - 17 Mei - 23 Mei 2018.
RM66 (Dewasa) - 24 Mei - 13 Jun 2018.
RM44 (Kanak-kanak).
* Confirm booking befor 23 May 2018.

Normal Price
RM88 (Dewasa).
RM44 (Kanak-kanak).


 banner
Click banner for more information.

Untuk keteranga lanjut dan tempahan, hubungi

07-221 9999 ext 6316

Berjaya Waterfront Hotel , Johor Bahru.
88, Jalan Ibrahim Sultan,
Stulang Laut,
80300 Johor Bahru, Johor.