Assalamualaikum

Lagenda Losong | Cik Aisyah adalah peminat keropok lekor. Kadang tu keropok lekor tu liat pun dia boleh makan juga. Tapi yang tak best, kalau dia dah mula makan keropok lekor, dia tak ingat pula makan nasi. Asyik itu je dihadapnya sampai licin. Kadang tu berebut dengan Alif. Alif pula, bukan dia makan sangat keropok lekor tu, sekadar menyakat kakaknya. Nakal tau adik Alif ni. 

Lagenda losong original dari terengganu katanya. Seperti biasa, beli melalui iklan group delivery makanan. Harganya, RM1 sebatang. Minimum order, 10 batang dan disertai sos percuma.


Makan pula panas-panas selepas digoreng, perghh memang sedap wehh. Dicicah pula dengan sosnya yang sedap dan pekat tu. Meleleh air liur, percayalah. Isinya lembut tak liat meskipun sudah sejuk.

Makanya, selamatlah sudah 10 batang keropok losong ini digoreng.