Ketam Masak Cili Telur Asin ~ Versi Campak-campak

By Mar Mansor - 10:26 PG


Pulang lewat ke rumah bukan alasan bagi ibu untuk tidak memasak juadah makan malam. Tetap masak. Bukan ibu mahu berbangga dengan kudrat ibu ini tetapi memasak adalah satu kepuasan bagi ibu. Ibu senang bila dapat memasak. Tambah pula keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan sedikit memberi kesan kepada kami. Membeli makanan di luar memang jauh sekali. Kuatkan semangat, kerahkan kudrat untuk kegembiraan seisi rumah. Orang kata jangan memaksa diri, tetapi bagaimana dalam keadaan terpaksa?

Lambakan kerja di pejabat. Kemudian bertungkus lumus pula di rumah. Tapi ibu puas walaupun penat.

Kebetulan semalam pengasuh ada memberi sedikit ketam yang dijala oleh suaminya (Bapak Aisyah). Hidup lagi ketam-ketam itu semasa dia bagi ibu. Takut juga jika ia melompat dan merangkak di dalam kereta. Tapi, plastik tu ikat lah kuat-kuat.

Sebelum sampai rumah, singgah sekejap di kedai runcit untuk membeli sedikit bahan masakan yang sudah habis di rumah. Serai...satu bahan wajib. Kalau di kampung, tidak perlu ke kedai, hanya di belakang rumah. Siap boleh dijual. Ini hidup di bandar. Stok yang emak bekalkan (serai) juga sudah habis.

Masa untuk memasak! Terima kasih kepada Blog Syazwana Jamal kerana sudi mengongsi resepi ini.


Bahan-bahan :

- Ketam (5 ekor bersaiz sedang) ~ tapi ketam ibu kecil-kecil, balun semua (lebih 10 ekor).
- Sebiji bawang besar *
- 3 ulas bawang putih *
- Seinci halia *
- Sebatang serai ~ diketuk
- Sos Cili - 2 sudu besar
- Sos Tomato - 1 sudu besar
- Sos Tiram - 1 sudu besar
- 2 biji telur asin


Cara-cara :

- Basuh ketam bersih-bersih dan masukkan dalam periuk. Biarkan.
- Kisar bahan-bahan (*)
- Tumis serai dan hirisan bawang hingga naik bau
- Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram.
- Masak hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Akhir sekali masukkan telur asin (tidak perlu direbus). Gaul. 
- Setelah kuah masak, masukkan kuah ke dalam periuk yang berisi ketam.
- Masak di atas api yang sederhan hingga masak.



Puas hati makan malam tadi. Ayah pun puji masakan kali ini. Ayah kata sedap hingga menjilat kaki...... ketam.



Nota Kaki : Phuhhh...Nak update blog pun berpeluh..

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. kakain suka mkn ketam..tapi nk kopeknye tu..alahai malasnya..ini org pun adakann..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. walaupun sheila jarang dapat makan ketam kerana suami tak suka makan. tapi resepi ni buat sheila telan air liur ohhhhhhh :)

    BalasPadam
  3. nory suka ketam masak lemak cili api....lagi2 yang mak masakkan..perghhh sedapppnya...

    BalasPadam
  4. ketam sedap la..suka2 tp badan kluar bintat2..T__T..

    BalasPadam
  5. salam, pcl singgah dari blog sheila...ada ketam masak cii pulak..emmm sodapnyer !!
    ~ www.nazlee.com

    BalasPadam
  6. Macam best ja.
    Dah lama tak boleh makan ketam.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.