Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Di Awal Pagi ~ Gangguan Jin?


"Tik...tik...tik tik tik...."

Bunyi seakan kanak-kanak sedang rancak bermain guli. Seolah guli dilempar dan mantul-mantul di atas lantai.

Bunyi itu saban hari kedengaran di awal pagi dalam lingkungan jam 2 atau 3 pagi. Ketika itu Aisyah Humaira masih kecil dan sudah pasti dia mahu minum susu di waktu sebegitu.

Ibu tidak pernah mengendahkan bunyi tersebut. Dalam fikiran ibu, barangkali anak-anak jiran sedang bermain lagi. Jiran melayu kami mempunyai 5 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tidak hairan kalau bunyi guli di malam hari mahupun pagi. Mereka belum bersekolah. Mungkin masih seronok bermain.


*     *     *     *      *

Bila tanya En. Google, macam-macam kisah mengenai bunyi guli.. Korang pun tau kot..hehe


Kisah ini sudah lama berlaku. Sejak dari awal kami masuk rumah. Tapi, tidak yakin gangguan di rumah kami. Bunyi guli seakan bunyi di rumah sebelah. Kami bertambah hairan apabila jiran kami berpindah ke tempat lain gara-gara rumahnye dilelong dan kemudia dibeli pula oleh keluarga kecil, juga melayu (kerana rumah tu lot bumiputera tetapi ramai juga warga lain yang berebut mahukannya).

Keluarga baru yang berpindah mempunyai sepasang anak kembar perempuan yang berusia hampir 3 tahun. Sangat-sangat mustahil anak mereka bermain guli di tengah malam mahupun di awal pagi!

Kisah ini menjadi tanda tanya tetapi tidak pernah terfikirkan sesuatu yang buruk. Hinggalah seorang rakan sekerja (Accout Dept.), menulis status di YM nya,"apakah maksud bunyi guli di atas bumbung?"

Ibu menggoogle dan banyak betul kisah mengenainya. Kala itu, baru terasa seram sejuk dan sedikit takut untuk pulang ke rumah. Tapi, jam 6 petang balik jugak dan boleh pulak macam lupa dengan apa yang dah baca kat google tu.

Cerita dengan ayah mengenai perkara ini, ayah sedikit terkejut kerana dia juga kerap mendengar bunyi tersebut. Pernah di suatu ketika sedang enak menonton televisyen, terlihat seolah-olah kelibat di dapur, di balik langsir (antara ruang tengah dan ruang dapur hanya ditutup dengan langsir yang lebar hingga ke syiling). Tetapi, ibu fikir cicak di langsir. Abaikan.

Ibu yakin, selagi kita mengerjakan ibadah, solat 5 waktu, membaca Al-Quran, membaca surah Yasin, kami tidak akan diganggu. Mungkin 'benda' itu sekadar mahu menumpang dan lalu sahaja.

Tiada tanda-tanda lain yang kami diganggu hanya mendengar bunyi guli dibaling setiap tengah malam atau pagi. Tetapi bunyi itu sudah tidak kedengaran lagi sekarang. Mungkin 'benda' itu sudah berpindah.

Wallahuaklam..


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ngeri pulak dengar cerita mar nie...risau jugak kan bila dengar macam macam nie..

    BalasPadam
  2. ibu tb pon slalu dgr bunyi guli..hurmm mase magrib la kebiasaannye tuh name ade bdk yg tgh main..biase la tuhh die pn mcm kite juga ibu

    BalasPadam
  3. Mmg bnyk pengalaman dari ramai org ttg bunyi guli ini.. klu bukan manusia, mmg mainan jin... wallahualam..

    BalasPadam
  4. Jika sesiapa hadapi gangguan jin,

    Hubungi sy di 0192176905.

    IndyaAllah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code