Info

Hebatnya Penangan Putus Cinta

5:00 PTG


 banner
Maaf ye tuan empunya blog. Ibu pinjam gambar.


Bila terbaca akan tulisan di blog ini, ibu terkedu. Tidak tahu mahu komen apa. Siapalah kita untuk berkata-kata. 

Dia seorang yang cantik. Putus cinta, malah hidup sengsara di hujung-hujung nyawanya (tak tahulah sengsara macamana). Apalah yang dia fikirkan hingga boleh melakukan perkara bodoh macam ni. Kenapa mesti pengakhirannya begini?

Justeru itu, kita bersyukur kerana dilahirkan dalam agama yang cukup sempurna. Kita sebagai umat Islam perlu redha dengan setiap apa yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin kita rasa kita terlalu sengsara, tetapi ada orang lain yang lebih sengsara.

Ujian itu untuk apa? Untuk memantapkan lagi iman kita yang diketahui hanya setipis kulit bawang. Bayangkanlah.




Nota Kaki : Cantik tau!!





Cenderahati

Cenderehati #3

8:30 PG


Internet ada kalanya seperti siput. Ada kalanya seperti harimau..Laju.. Penat blogwalking, taip entri. Make schedule.

Hari ni ibu puasa. Puasa ganti. Semalam puasa ganti cancel, sakit perut tiba-tiba.

Nak bagitau ibu dapat hadiah dari Kak Yatie pemilik blog cahayahidupku2569.blogspot.com. Terima kasih daun keladi wahai Kak Yatie. Nice fridge magnet. Lagi best, sotong kurita tu berjaya membuatkan Aisyah takut nak buka peti sejuk. Senang keje..



OK. Sambung blogwalking blog korang semua. Giler letih. Tapi seronok.




Nota Kaki : Entri yang sepatutnya publish semalam. Salah buat schedule pulak..T__T

Support Blogger

GiveAway Bro Nasa : Hadiah Misteri Bernilai RM800

1:21 PTG


 banner
Sila klik banner untuk join ye



Gambar selfie kami bertiga ini diambil oleh empunya fon iaitu ayah. Raya puasa tahun ini iaitu bersamaan 1 Syawal 1434H di Pasak, Johor. Tema adalah purple. Anakandan kesayangan pula sudah bertukar uniform kerana asyik sangat bermain hingga 'bocor'.



Aisyah Humaira

Cik Aisyah di Dataran JB

9:00 PG


Sabtu dan ahad hanya bermain di dalam rumah memang sangat membosankan. Ditambah pula rumah teres yang hanya berpintu dan tingkap depan dan belakang. Paling-paling pun, Aisyah bermain di ruang tempat letak kereta yang hanya boleh memuatkan 2 biji kereta bersaiz kereta persona.

Ibu pula di hujung minggu sibuk mengemas, memasak, membasuh kain. Semua yang tidak kena di mata akan diaturkan. Seperti lipas kudung. Sambil melayan Aisyah bermain dan menari apabila menonton Hi-5.


Aisyah : Ibu..ibu...
Aisyah memanggil sambil menggayakan cermin mata hitam bergambar kartun Pooh.



Tak sempat ambil gambar dia berkaca mata..huhu...payah betul nak ambil gambar dia sekarang ni.



Malam ahad, kami pusing-pusing bandar JB tetapi tersekat di laluan ke bandar JB gara-gara laluan ke negara jiran yang sangat panjang. Semua sedia maklum akan hal ini. Adik bongsu ibu berhenti kerja di situ gara-gara lelah untuk menghadapi jammed dan kastam saban hari meskipun dia hanya menunggang motorsikal.

Hampir setengah jam tersekat dan kami sampai ke dataran JB yang kelihatan agak meriah. Sebenarnya kami tidak tahu ada karnival apa. Alang-alang susah sampai, kami terus singgah.

Kebanyakan gerai di situ menjual baju, t-shirt, jubah, tudung dan selendang. Harga? Biasa-biasa sahaja. Ada permainan belon air dan sesiapa yang berminat untuk bermain perlu membayar harga untuk semangkuk buih sabun dan alat membuat belon. Apa ibu tulis nih?? Takde gambar sebab sibuk menjaga Aisyah yang seronok lari sana sini. Orang pula ramai. Dia menumpang sekaki untuk bermain. Hohoho...

Seperti biasa, Aisyah memang pantang nampak belon, confirm melalak tak tentu hala. Kali ini, ibu belikan belon Angry bird yang bergas nitrogen dan ada pemberat. So, tak yah risau la belon ni terbang.


Budak jakun dapat belon ni...tak kasi ibu pegang


Aisyah : Ibu..dok..dok (suruh ibu duduk)
Yeay..dapat snap gambar Aisyah yang agak comel


Jakun yang tidak habis lagi


Aisyah : Ayah...ayah..gang... (suruh ayah pegang belon pulak)


Ok sebelum balik ambil gambar kat sini dulu walaupun gelap gelita..




Nota Kaki : Gambar ibu takde?? Redhooo..

Recipes

Wedges versi Ibu

3:00 PTG


Resepi Wegdes : 

Bahan-bahan :

- 3 biji kentang.
- Tepung tempura.
- Serbuk kari.
- Serbuk lada hitam.
- Garam
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
- Kupas kentang dan potong 8 (mengikut saiz kentang). Rendam dan tos.

- Rebus kentang bersama sedikit garam hingga agak-agak lembut. Angkat dan toskan.

- Apabila kentang sudah agak sejuk, taburkan sedikit garam, serbuk kari dan sebuk lada hitam. Gaul rata.
~ Garam ibu tidak letak sebab cheezzy dah masin.

- Bancuh tepung tempura tidak terlalu pekat. Tambahkan lagi serbuk lada hitam.
~ Ikut citarasa masing-masing

- Sedia untuk digoreng dalam api sederhana.





~ Bancuh serbuk cheezy dengan air panas. Tambahkan juga mayonis.

Sedia untuk dimakan. 5 minit habis makan 3 beranak.



Nota Kaki : Setelah bergelar seorang isteri dan ibu, ibu sedar betapa ruginya ibu jika suami dan anak tidak makan dengan hasil tangan ibu..


Blog Janji Kita

Sudah Boleh Cash Out

12:34 PTG


Ini adalah pertama kali ibu boleh mengcashkan akaun nuffnang sejak blog ini tercipta pada tahun 2012. Haihh..lupa dah bila tarikh yang tepat. Orang lain ada blog, ibu pun mahu. Tapi ibu akui, blog ibu tika itu langsung tidak aktif malah letak iklan nuffnang pun tidak tahu.

Sepanjang tahun pertama berblog, entri pun main hentam dan ikut sedap anak tekak sendiri sahaja. Gaya penulisan blog ini tetap sama. Ala-ala novel gitu.

2014 baharulah ibu benar-benar aktif, blogwalking dan meninggalkan jejak di blog kenalan jika sempat. Rajin mengklik iklan di blog rakan-rakan kerana semakin ramai kenalan semakin kita faham makna berblogging ini.

Apa pun suka sangat sebab amount di dalam akaun nuffnang sudah boleh dicash out jika mahu. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengklik iklan di blog ibu ini. Tanpa korang, tiadalah amount itu.




CPUV ini ibu baru check pagi tadi dan sudah dikreditkan. Sebenarnya ibu tidak tahu bagaimana korang boleh dapat CPUV yang berstatus ongoing. Huhuhu.. Sebenarnya tak faham pun. Harap korang dapat berkongsi pendapat ye.. Ibu budak baru belajar..erkkk..







Nota Kaki : Hari ini kamu datang, esok lusa tulat jemputlah datang lagi ye..

Islam Agamaku

Rezeki Itu Allah Yang Beri

5:30 PTG



Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.

Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.

Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.

Allah lebih tahu.

Kita tidak tahu.

Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. 

Tazkirah..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"  


Bila baca, rasa sangat terkesan di dalam hati. Betapa diri ini ada kalanya timbul rasa tidak bersyukur. Ada masanya diri ini merungut apabila ditimpa ujian bertubi-tubi. Sering kali bertanya kenapa dan mengapa perkara ini terjadi.

Namun, saat sujud menghadapNya, segala rungutan dan pertanyaan yang tidak ada jawapan itu hilang malah digantikan pula dengan rasa bersyukur.


Servislah hati dengan bersolat. Sesungguhnya solat itu adalah antibiotik dari berpra sangka buruk.


Sentiasa yakin dan percaya bahawa segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya.


Kredit to Google, FB, WhatsApp, Wechat



Nota Kaki : Insan kerdil yang harus rasa malu..


Aisyah Humaira

Aisyah? Baby?

2:00 PTG


Anak dara nan seorang itu sudah besar meskipun di mata ibu dia masih kecil. Kurang 2 minggu lagi dia akan genap 2 tahun. Ohhh.. Aisyah.. cepatnya dikau membesar sayang.


Ini dia budak yang semakin membesar tu. Baby ibu. Muka mengantuk pagi-pagi terjaga sebab nak 'u-uk'



Ini pula 'baby' Aisyah. Anak patung kesayangannya yang dipanggil 'Baby'.



Pernah ketika bermain bersama Aisyah, sambil berborak dengannya dan Aisyah ralit dengan 'baby'nya.


Ibu : Aisyah dah besar. Dulu Aisyah kecik je macam baby ni. Tapi Aisyah tetap baby ibu. Aisyah kan baby ibu. Baby..baby.. ~Sambil ibu meletakkan lembut tapak tangan ibu ke dadanya.

Aisyah menggeleng kepala laju.

Aisyah : Baby..baby.. ~ Sambil mengangkat 'baby' nya.





Nota Kaki : Anak-anak membesar hanya sekali..

Our Life

wW : Ada Apa di Peti Ais? #17

1:00 PTG


Entah kenapa entah, suka sangat letak kalendar kuda kat situ. Kalendar lain cam tak pandang je, balik-balik kalendar ini juga yang dicari.

Sila abaikan mengenai kalendar dan fridge magnet yang telah tanggal-tanggal tu. Sila fokus yang berada di dalam bulatan sahaja ye. Uhuk..uhuk...


Sila klik untuk lebih jelas





Sila klik untuk lebih jelas




Nota Kaki : Bila nak kurus macam ni semula yek??

Cenderahati

wW : Cenderahati Lagi #16

8:00 PG


Dapat cenderahati dari seorang sahabat. Dia ke Sabah awal bulan ini atas urusan kerja. Dapat hadia, siapa yang tidak suka!!

Kerongsang dan butang baju melayu





Nota Kaki : Orang memberi kita menerima

Support Blogger

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

3:53 PTG


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Our Life

Scallop Ayam Cheese Homemade

3:00 PTG


Kredit to Google

Makanan sejuk beku ini diperkenalkan oleh rakan serumah dulu (zaman anak dara lorrr). Sekitar awal tahun 2010. Ibu tidak pernah tahu akan kewujudan makanan ini. Yang ibu tahu, nugget.

Pertama kali merasainya, perghhh sedap. Tambah pula ada cheese dalamnya. Sekali hadap berketul-ketul habis. Kenyang. Ala zaman bujang dulu, makan apa-apa pun sebat je, yang penting perut terisi.

Bab harga, boleh tahan harganya. Bila sudah ada anak, kurang pembelian makanan sejuk beku ni. Kecuali kentang goreng beku, daging burger dan daging kisar.

Ayah gemar makan kentang goreng. Sama macam Aisyah. Daging burger pula ayah suka potong kecil-kecil, goreng dan masak kicap. Menu itulah yang dia pernah masak. Nak masak menu lain, dalam mimpi ajelah.



Scallop Ayam Homemade ala Ibu

Bahan-bahan :
- 2 biji kentang bersaiz besar
- Daging ayam kisar (Ibu guna brand Ramly, ada dua keping kan - guna sekeping je atau separuh)
- Tepung Gandum
- Tepung tempura
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Keju
- Sedikit minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :
- Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Sesudah empuk, toskan kentang dan lenyek.
- Daging ayam kisar dibasuh. Kemudian, masukkan ke dalam kentang yang sudah dilenyek.
- Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
- Masukkkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
- Buatkan adunan bulat-bulat leper ikut saiz yang dikehendaki dan letakkan keju yang dipotong kecil-kecil atau ikut kesukaan.
- Jika mahu goreng diatas minyak yang sedikit, tidak perlu disalut dengan bancuhan tepung tempura.
- Jika mahu georeng di dalam minyak yang banyak, bolehlah adunan tadi di salut dengan bancuhan tepung tempura.

* Boleh juga masukkan sayur mayur yang sudah direbus terlebih dahulu dan dipotong kecil-kecil.

Bahan yang sudah digaul.


Ibu guna ni sebab dalam peti ais ada ni je..tetapi pastikan sejuk la boleh potong.


Sedia digoreng dengan sedikit minyak.


Inilah hasilnya.


Macam buat bergedil kan kan kan?

Terus terang ibu katakan, ibu bukanlah seorang yang terlalu menitik beratkan kesempurnaan bahan dalam masakan. Masakan yang ibu masak tercetus dari keinginan dan bukan alasan tidak memasak menu yang diingikan atas dasar bahan tidak lengkap. Ibu tidak kisah bahan kurang satu dua tetapi tetap hampir menyamai rasanya.

Ahh lantak la..kan kita yang buat dia..hihi




Nota Kaki : Ayah kata...sedapppp...









Makan Gaji

Akal yang Panjang

9:03 PG


Ibu hanya berdiam diri mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut rakan sekerja. Diam tidak bermakna setuju. Siapa tahu, di dalam hati ini spontan berkata-kata tetapi ibu hanya berdiam kerana tidak mahu rakan itu terasa.

Acapkali kita mendengar rintihan rakan sekerja yang datang lewat ke tempat kerja, tidak pun scan ID ngam-ngam waktunya seiring bunyi alarm.

Ibu juga pernah terlewat tetapi tidak kerap. Kerap sampai pejabat awal. Lebih selesa begitu. Sampai awal, bersarapan, mengadap blog..erkkk (selingan sahaja ok!). Yang pasti, sampai awal di tempat kerja dapat mengurangkan tekanan kerja walhal kadang kala ibu datang awal selepas subuh kerana mahu menyiapkan kerja yang banyak tertangguh. Ohh..macam tipu je selepas subuh tu. Paling awal pun jam 7.00 pagi. Kau ado??

Seorang rakan sekerja, A yang akan berpindah di satu kawasan perumahan yang agak jauh dari tempat kerja kami bertanyakan satu soalan kepada B.



A : Ish..agaknye pukul berapa la aku kena gerak nanti nak tempuh jammed lagi.

B : Ko kena gerak awal la. Aku gerak kul 8 pagi, sampai kilang ngam-ngam kul 8.30 pagi tau.



Erkkkkk...

Tidak adil jika dikatakan ibu sampai awal di tempat kerja kerana rumah ibu dekat sahaja. Ohh sangat tidak adil. Kerana sebelum pindah di rumah itu, ibu tinggal jauh juga, perjalanan menaiki kereta yang mengambil masa 30 - 40 minit dengan memandu sendiri. Dan ibu tetap sampai awal!

Bukan mahu berlagak. Kalau ibu mahu berlagak, depan-depan mereka ibu sudah berkata-kata. Tetapi ibu pendamkan sahaja. Diam lebih baik dan seeloknya gunakan akal yang dikurniakan itu. Bukan tidak bijak orang yang berkata-kata itu.


A, seorang yang baru mahu menempuh satu perjalanan yang dia sendiri tidak dapat bayangkan. Dimaafkanlah andai dia tidak tahu.

B, seorang yang sudah hari-hari menempuh perjalanan sebegitu, dan dia sudah lali. Jika begitu, dia sudah tahu bagaimana mahu menguruskan masanya sendiri. Jika keluar dari rumah jam 8 pagi, sampai di tempat kerja cukup-cukup waktu, tidak salah rasanya andai dia keluar rumah awal sedikit. Perkara mudah yang tidak perlu disusahkan.


Ibu, walaupun dari rumah ke tempat kerja hanya mengambil masa 10 - 15 minit, ibu keluar rumah jam 7.45 pagi kerana ibu perlu menghantar Aisyah ke rumah pengasuh yang jaraknya hanya mengambil masa selama 5 minit dari rumah. Ditambah pula masa perjalanan untuk ke tempat kerja, perlulah kira sendiri kira. Perlu juga difikirkan perkara-perkara yang kita sendiri tidak ketahui bakal terjadi.


Contoh 1 : Mungkin tiba-tiba jalan jammed kerana berlaku kemalangan jalan raya.

Contoh 2 : Mungkin tiba-tiba tempat letak kereta di tempat kerja penuh dengan kontena yang panjang berjela.

Contoh 3 : Mungkin juga kenderaan kita akan menghadapi masalah.


Makanya, memang tidak adil jika mereka mengatakan rumah ibu dekat dengan tempat kerja seolah-olah ibu tidak pernah duduk jauh. Haihhh...manusia, manusia...




Nota Kaki : Bos dah masuk opis..hilang idea terus...

Recipes

Nasi Mentega Kismis Pembuka Selera

4:00 PTG


Hujung minggu adalah saat bagi ibu untuk menajamkan lagi skill masak memasak. Sudah bergelar isteri dan ibu haruslah mahu suami dan anak makan air tangan sendiri. Hari bekerja juga memasak, cuma masak masakan yang ringkas. Sesekali masak yang sedap sikit apa salahnya.

Sudah terniat di dalam hati akan memasak menu ini saat terbaca entri di blog Kak Yatie, pemilik blog Cahaya Hidupku


Untuk resepi, boleh la ke pautan ini ---> SIni 
(malas nak menaip)


Nasi Mentega Kismis -dalam periuk lagi kauuuu


Ayam masak merah biasa-biasa je..


Ayam goreng berempah simple


Resepi Ayam Goreng Berempah Ibu

Bahan-Bahan:
- Ayam
- Garam
- Kunyit
- Serbuk Kari
- Tepung tempura
- Daun Kari
- Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
- Gaul ayam dengan kunyit, garam dan serbuk kari beberapa jam sebelum digoreng.
- Cairkan tepung tempura denga sedikit air, masukkan daun kari.
- Goreng ayam setelah minyak panas.

Sedappppp!!


Masak sekali sahaja dan boleh dibawa untuk makan malam. Tak baik membazir. Makan sahaja apa yang ada. Bersyukurlah. Erkkk..apsal??

Sementara menanti ayah yang pulang lewat malam itu, ibu sempat menggoreng dua ketul aiskrim goreng, juga homemade. Ala simple sahaja. Semua orang pernah mencuba kan. Satu untuk ibu, satu untuk Aisyah. Cukup. Kata diet. Seronok melihat Aisyah berselera makan aiskrim goreng ni dan penuh perasaan menyebut.."emmmm dappppp.."


Aiskrim goreng


Jam 10.10 malam, ayah baru sampai ke rumah. Bersihkan diri dan solat Isyak, kemudian terus ke dapur makan nasi mentega kismis bersama ayam masak merah. Lapar ye ayah...




Nota Kaki : Datang mood malas, dapur pun ibu malas nak jejak..


Produk Bumiputera

Krunchy Karamel Yang Sedap

12:30 PTG


Malam tadi jumpa Uni di Tesco Seri Alam. (pemilik blog www.mystorymory.com). Kami tiga beranak sudah ke tesco tersebut pada malam jumaat untuk membeli sedikit barang keperluan tetapi terlupa untuk membeli beras. Makanya, kami ke Tesco lagi malam tadi untuk membeli beras dan tujuan asal adalah mahu membawa Aisyah berjalan-jalan sahaja selain berjumpa Uni kerana ibu ada menempah Krunchy Karamel darinya.

Mengenai perihal Aisyah, sejak sudah pandai bercakap sepatah dua ini, ada masanya si kecil akan bercakap dengan kami secara tiba-tiba.....


"Nak alan..." ~ Nak jalan.


Siapa sangka kami akan berjumpa dengan Uni sekeluarga di tempat parking kereta dan kereta kami hanya bersebelahan!.. Kihkih... dah jodoh kan..

Ibu membeli krunchy karamel dari Uni. Memang sangat sedap sebab ayah makan tidak toleh-toleh sambil menonton movie di televisyen. Ibu perhatikan sahaja kelakuan ayah hinggalah ibu menegurnya, opsss...ayah terkejut.

"Sebalang ni tak cukup.." Hahaha..







Bagi mereka yang tinggal di kawasan Seri Alam, bolehlah mencuba Krunchy Karamel Uni nih. Sedap sangat-sangat.

Sila terjah pautan ini  -->SINI untuk maklumat lanjut.




Nota Kaki : Marbelessss

Support Blogger

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

10:03 PG

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Aisyah Humaira

Aisyah & Ibu

3:00 PTG


Celik mata, minta susu. Sudah kenyang, beri botol susu kepada ibu dan bingkas bangun. Bakul permainan yang dituju.


Kelepak kelapuk..ting tong.. Haaaaarrrghhh...


Dengar suara kecil meradang. Entah apa yang buat dia meradang. Ibu yang sedang kusyuk memakai tudung bawal bertempik dari dalam bilik.


"Aisyah cari apa tu??"


Kelepak kelapuk..ting tong..


Tiba-tiba Aisyah sudah berada di sebelah ibu yang masih lagi menggayakan tudung bawal yang senget benget minta dibetulkan segera.


"Aisyah nak tulis.." pelat-pelat.



Tiga batang pensel corak hello kitty di tangannya..hamboihhh



Ibu yang berselfie di pagi hari, kesukaan kerana bos yang bercuti



Erkkk..safety shoes...takde motif...kih2..




Nota Kaki : Maaf saya sangat malas hari ini..

Aisyah Humaira

Kucing Peliharaan Aisyah

11:00 PG


Aisyah sangat menyukai kucing. Jika nampak kucing dia akan menunjuk ke arah kucing itu sambil memanggil-manggilnya. Miaowww...miaowww..

Akan tetapi, ibu tidak pernah membenarkan dia memeluk kucing. Setakat cuit-cuit tu adalah. Nak belai-belai lembut, itu tidak mungkin. Anak sekecil Aisyah tidak akan melakukannya dengan lembut. Bak kata ayah, mati kucing tu Aisyah oi!!

Ibu juga sangat suka kucing. Sangat best bila jari jemari ini dapat mengusap bulu kucing yang lembut. Ditambah pula kucing adalah binatang yang manja. Menggeser-geser dan ada kalanya datang menghampiri kita dan duduk di sebelah kita pula. Uittt..sangat-sangat suka.

Ayah yang berlagak macho tu pun sukakan kucing. Cuma kami tidak membela kucing buat masa sekarang sebab..emm...sebab duduk rumah taman kot. Rumah single storey kami itu tidaklah besar mana. Tapi, niat untuk membela tu memang ada sebab kami suka kucing!!




Ini adalah kucing pertama peliharaan Aisyah. Ibu tidak ingat bilakah Aisyah mula memeliharanya. Kucing ini sangat comel dan sangat geram apabila dia mula berjoget-joget ala-ala gelek inul. Bila kucing ini bergelek, kepala Aisyah juga bergoyang. Tapi itu dulu, kini tidak lagi. Kucing ini bukan kegemaran Aisyah lagi. Kadang-kadang sahaja dia akan minta ibu tekan punat di tangan kucing itu. Sudah bosan barangkali.




Ini pula kucing peliharaan Aisyah yang ke dua dan ibu tidak akan beli lagi. Baru sahaja tinggal bersama kami bermula hari isnin yang lalu. Hari isnin itu, kami ke pasar malam taman rinting untuk mencari makan malam. Ibu pula sibuk mahukan jagung rebus. Memang sedap jagung rebus tu, manis pun iye.

Ketika menunggu apam balik coklet masak si gerai apam balik, Aisyah ternampak seekor kucing berwarna kuning mengiau dan bergerak-gerak. Ekoran kecomelan kucing itu ditambah mengiaunya yang tidak henti-henti, Aisyah yang berada di dukungan ayah meluru mahu turun untuk mendapatkan kucing tersebut.

Argggghhh.. lambat pula apam balik ni masak. Adeiii.. Selesai pembayaran, niat di hati mahu terus cabut tetapi Aisyah mengamuk mahukan kucing sambil tangan kecilnya menunjuk-nunjuk dan melambai ke arah kucing itu. Mengeliat sana sini mahukan juga. Terpaksalah ibu membelinya dengan harga RM10. Erkkkkk..


Malam tadi, bateri kucing kuning dah habis. Aisyah minta ibu buka penutup bateri. Eh guna 3 biji bateri AAA. Stok bateri tiada di rumah. Ibu buat tidak tahu sambil bertanya kepada Aisyah.

Ibu : Aisyah, bagi ibu duit. Ibu beli bateri. Aisyah ada duit tak? ~ Budget anak dah besar cakap camtuh.

Aisyah : Wet..wet.. ~Sambil tunjuk ke arah bilik (Beg tangan ibu le tuuuuw)



-->Si Lempeng Yang Comel




Nota Kaki : Apsal pilih nama lempeng??

Aisyah Humaira

Bu..Aisyah nak susu

8:00 PG


Hari selasa (15.04.2014) ambil leave sebab demam lagi. Tidaklah teruk sangat tetapi mungkin terlebih telan ubat gara-gara batuk, selsema dan pening kepala terkena air hujan. Sudah dua malam tidak tidur lena kerana batuk-batuk. Terpaksa tidur di sofa di ruang tamu kerana tidak mahu mengganggu ayah dan Aisyah tidur.

Jam menunjukkan 8.40 pagi saat mata ini terkebil-kebil dan mamai lagi. Terasa seolah mata ini bengkak dan muka sembab. Tumbang semula. Tiba-tiba terdengar rengekan si kecil meminta susu.


"Bu, susu...susu.." pelat-pelat.


Terus bangun dan ke dapur untuk membancuh susu. Si kecil sudah berjalan keluar dari bilik dan duduk di sofa berhadapan televisyen. Tidurnya cukup, maka dia tidak merengek atau 'buat perangai'. Terdengar lagi suara kecil itu berkata.


"Bu..Aisyah nak susu.." pelat-pelat.


"Ayah, susu rrrr.." pelat-pelat. Si kecil memanggil ayahnya yang menyambung membuat tahik mata.


"Bu..Aisyah nak susu.."pelat-pelat.


Ibu : Apa? Aisyah nak susu? Ibu buatlah ni.


Sebenarnya ibu cuba mengamati patah-patah perkataan yang Aisyah sampaikan. Sambil membancuh susu, aku tersenyum kerana Aisyah sudah pandai bercakap meskipun masih kuat pelat 'Jerman'nya.

Aisyah sudah memahami apa yang orang sekeliling cuba sampaikan. Setiap apa yang orang lakukan, dia akan buat juga. Dan mulut comel itu menuturkan sepatah-sepatah sahaja perkataan dan kami tahu apa yang diminta.

Contohnya:

Air tumpah - ha..umpah..

Bersepah - epah

Tampal - Ampal

Siap - Yap

Masak - macak

Kartun - Atun


Bila ibu marah dia, dia akan berlari ke ayahnya sambil mengadu.."ayah..bu..bu.." Begitu juga jika dimarahi oleh ayahnya, dia akan berlari kepada ibu pula.."bu..ayah..ayah.."










Recipes

Bubur Jagung Kasih Sayang

5:00 PTG




Bahan-bahan :

Tepung gandum + tepung pulut (campur)
Sebatang jagung - diambil isinya
Sagu
Santan
Daun pandan
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Air

Cara-cara :
- Uli tepung gandum dan tepung pulut dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit.
- Buatkan gentelan bulat-bulat adunan tadi dan campakkan ke dalam air mendidih.
- Apabila gentelan tadi naik terapung bermakna tepung susah masak.
- Angkat dan tapis. Asingkan.

- Masak santan dan air bersama daun pandan. Sentiasa kacau.
- Masukkan gentelan tepung yang sudah masak tadi.
-Masukkan gula dan garam.
- Masukkan jagung.
- Masukkan sagu yang sudah dibasuh dan ditoskan.
- Kacau dan biarkan mendidih. Rasa.




Nota Kaki : Hentam ikut suka hati je nih..


Pengalamanku

wW : Gaya Mawar Fizo?? #15

3:00 PTG



Memasing tayang cara memakai tudung ni kan sejak isu hangat tudung 'tettt' tu. Sebagai seorang perempuan, ibu juga mengikuti perkembangannya. Hihihi.. Hari ini pakailah tudung bawal ala-ala gituwwwwww...


Selfie tanpa 'galah'



Nota Kaki : cute jugak tudung camtu..

Support Blogger

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

8:00 PTG



Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)