Sesekali Jadi Babysitter

By Mar Mansor - 8:00 PG


Tak sangka diberi peluang menjaga seorang bayi lelaki berusia 5 bulan pada cuti 1 Januari lalu. Teruja! Memanglah seronok jaga bayi sebesar ini. Tidak pandai meminta bukan-bukan. Tidak buat kerja bukan-bukan. Tidak pandai ke sana ke sini dengan laju. Cuma merengek bila tidak dilayan, rasa haus nak susu dan ek-ek.


Aisyah : Adik..adik.. Ibu, dia tak cakap pon..


Gelak sendiri mendengar pertuturan Aisyah. Mungkin kelihatan bayi ini besar tapi dia baru 5 bulan. Jangankan cakap, meniarap pun belum pandai. Menggeletek je atas tilam.


Budak tembam ni suka genggam tangan orang. Kuat genggamannya.


Saya agah, tersengih-sengih kesukaan.


Seorang kawan yang berkerja di sektor kerajaan menghadiri meeting sekejap saja di bandar. 1 Januari kan kilang saya cuti. Orang kerajaan kan kerja. Saya pinjam anaknya dari jam 11 pagi hinga jam 2 petang. Sekejap je. Sempatlah baby Adrian tidur setengah jam dan ek-ek.


Aksi Aisyah memberikan adik Adrian susu dengan pengawasan saya.


Ada banyak aksi Aisyah yang mencuit hati saya. Saya minta Aisyah bentangkan tilam, dan pantas dia lakukan walaupun tidak berapa betul. Saya minta Aisyah letakkan bantal, dia letak sambil bertanya kepada saya, sini ibu, sini? Iye..sayang.

Aisyah : Adik, angan angis..syyhh..syhhh.. ~ sambil mengusap lembut rambut baby Adrian.


Konon-konon ajak adik main tapi adik tak pandai main lagi.


Saya rindu saat-saat Aisyah masih kecil macam baby Adrian. Saya gemar menatap kembali gambar-gambar Aisyah dalam PC, saat dia masih berbaring, meniarap, merangkak dan bertatih. Waktu itu, kenakalannya masih dapat dikawal. Semakin anak itu besar, semakin tebal kesabaran yang perlu saya pupuk. Apa tidaknya, Aisyah sudah pandai membentak-bentak dan dia saja yang menang.



Nota Kaki : Bukan mudah menjaga anak kan..







  • Share:

You Might Also Like

32 comments

  1. Saya pun suka layan baby umur macamni sebab belum banyak akal. Dah start dapat kaki..mulalah garu kepala nak jaga. hehe

    BalasPadam
  2. mmg seronok... dan semua tu kngn indah...

    BalasPadam
  3. Tembamnya baby..geram tgk..ehehe Mar dah boleh bg adik kat Aisyah dah tu ;)

    BalasPadam
  4. Hu3..Mmg best layan bby umur gini..Sy mase duduk dkt kg pun asyik melayan anak sedara jgk..mujur x lupa anak sndiri..haha

    BalasPadam
  5. tu tandanya aisyah nak kena kasi adik tu...hehe
    saya pun dok teringin nak ada anak kecil lagi
    tapi rawatan belum complete sepenuhnya
    insya ALLAH lah kalau ada rezeki

    BalasPadam
  6. seronok layan budak kecik. nani ada anak sedara kembar seronok sangat layan :D

    BalasPadam
  7. Alahai Mar masih muda lagi apa nak tunggu lagi usaha dptkan lagi baby
    Aisyah pun bukan main sukanya dia dgn adik.
    Kalau ada adik pun dah boleh diharap ni..
    Nakal sikit-sikit budak tu biasalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah kak zakie belum dapat lagi adik untuk Aisyah ni..hehe

      Padam
  8. Budak kecik memang best digomol..
    tapi bila dorang dah makin membesar. pun tetap best..
    sbb kita ada gang borak.

    *Tq Mar.. 4 following my blog.. will do the same later. Salam Ukhwah.

    BalasPadam
  9. hihi, mar.. dah boleh dah tu kasi aisyah adik. dia nak teman.. hihi

    BalasPadam
  10. baby 5 bulan mmg comel je...gebu2 nak peluk cium.. hehe

    BalasPadam
  11. Sernk rase jg bby usia adrian tu, hlg stress kan..

    BalasPadam
  12. Dia nak adik tu...Mama ni cam tak paham je..hheheh

    BalasPadam
  13. Pandai si kakak jadi bb sitter ye

    BalasPadam
  14. wahhhh ... kena bg aisyah adek dah kot ..aisyah pun pandai je main ngan baby dah tu ....

    BalasPadam
  15. Aisyah sgt kakak2 okayh..senang nnt boleh harap utk jaga adik..hehe..tombamnye lahai baby..comel..

    Penah gak terpikir kalau benti keje nak jadi babysitter..ngeeee

    BalasPadam
  16. pandai aisyah jaga baby adrian yer :-)

    BalasPadam
  17. hehehe suka la tu ade baby.. belum pandai macam macam lagi kalo dak jenuh nak ngejar gak hehe

    BalasPadam
  18. ye betul tu.
    dlu sy jd bbysitter kjap lps benti keja sesambil tu cba buat rawatan di klnik kesihatan

    BalasPadam
  19. Masa time anak kita sebaya ni, Mar kita nak dia cepat membesar. Nak suruh cepat jalan, cepat bercakap. Bila anak dah besar, dah berjalan dan petah bercakap, kita rindu pulak masa mereka baby-baby lagi. Masa baby macam ni memang seronok menatap anak. Suci je rasanya....

    Saya ni kan kalau disuruh jaga anak kecil, memang masih kekok walaupun dah ada dua anak!

    BalasPadam
  20. tulah igt lau tetiba nak resign kat ofis ni
    nak jd bs je sng..tp tulah risau pulak jaga anak org ni
    anak sendiri pun x terjaga kdg2 ringan tangan ni..woiii bahaya hahaha

    aisyah suka adik ek larikkkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau anak orang tak ringan tangan jadinya..sebab tau anak orang..hehehe..

      Padam
  21. Hihii seronoknya... saya mmg suka layan budak2 ni. Kalau time lapang mmg jadi budak2 sekali laa.. :D :D

    BalasPadam
  22. Dah trlalu lama lya x jaga baby..nak dekat 8 thn..entah mcm mnala agaknya klau dah ada ank sndiri.

    BalasPadam
  23. Bestnya layan baby..dah teringin nak baby plak dah ni. Aduhhhh, jeles tengok orang ada baby

    BalasPadam
  24. Patutlah tembam...botol susu pun dah besaq tu. Ha3.

    BalasPadam
  25. Sama la.. rindu la dgn baby. RIndu Luth masa baby.

    BalasPadam
  26. Memang la tak senang.. Bagusnya Mar jaga baby.. buat baik.. kalo ade kat kl macam mar kan best takda lah mak pening pening kat opis risaukan anak anak

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.