Kampungku

Ayam Jiran Ayammu Jua

8:20 PG


Pejam celik sudah sebulan aku di kampung. Bila tidak bekerja dan dalam tempoh berpantang, terasa masa lambat berlalu. Hari pun kadang-kadang tak ingat.

Yang syok tu, hari-hari layan drama bersiri di tv. Waris kasih, memcintaimu, memori cinta suraya, emm apa lagi ye. Kadang tu, drama ulang tayang, baru dapat aku layan. Kalau bekerja, mana lah dapat nak tengok drama-drama meleleh airmata macam ni.

Nak dijadikan cerita, saat berbual mesra bersama emak dan abah, terkeluarlah bermacam-macam cerita.


Kisah 1

Abah kata, ayam kampung yang dibela belakang rumah makin berkurang. Dari kecil dibela, diberi makan dedak jagung setiap hari, bila dah besar bayang tak nampak.

Sesiapa yang pernah bela ayam mesti tahu perangai ayam yang tidak mahu tidur di reban bila sudah besar. Tapi, masa makan, pandai pula ayam-ayam ni balik. Ayam-ayam ni tidur di pokok-pokok di belakang rumah kami, belakang rumah jiran.

Aku rasa kisah ni agak lawak dan baru aku sedar akan kewujudan manusia macam mereka ni. Jiran akulah, selamba je tangkap ayam-ayam yang tengah syok tidur kat pokok tu. Tiap malam suluh pokok belakang rumah dia tu dan tangkap ayam.

Ayam-ayam tu bukanlah ayam abah aku seorang. Ada ayam jiran kami yang lain. Tapi, yang pasti takde seekor pun ayam jiran kami yang gigih menangkap ayam tu.

Bukan main gigih dia tangkap ayam-ayam tu di malam hari semata-mata untuk dikumpul untuk dijadikan lauk makan tengahari untuk orang blok rewang. Kita dapat bezakan ayam kampung dengan ayam jual kat kedai tu kan. Emak dan abah tidak makan ketika dipelawa.

Kalau korang, korang nak makan ke bila tuan rumah cakap, ayam tu "ayam tangkap belakang rumah. Tak bertuan".

Kalau kat hutan, kat kebun kelapa sawit tu ke, boleh la cakap ayam tak bertuan. Ini belakang rumah kot. Rumah felda lagi. Padahal sendiri ada mata nampak jiran-jiran ada bela ayam.

Jiran kami yang ada membela ayam pun ada menyuarakan kemusykilan akan kekurangan dan kehilangan ayam mereka.

Yang pasti, aku amat pelik akan spesis seperti mereka ni.


Kisah 2

Kisah kedua yang membuatkan aku tergelak juga. Sekali lagi perangai pelik mereka terserlah.

Di kebun kelapa sawit abah ada tanam pokok kuini. Kebetulan, abah tidak turun ke kebun ketika buahnya sedang berbuah lebat sebab abah dan emak pergi memgerjakan umrah.

Satu hari, kebetulan emak sedang menyapu di halaman rumah, terlihat longgokan buah kuini yang baik bentuk rupanya di pangkin rumah jiran kami. Jiran kami itu pula kebetulan ada beristirehat di situ.


Emak : Mana dapat buah kuini tu? Molek-molek.

Jiran : Kat kebun Kak M. Si Y amik haritu, banyak. Bagi kat sini sikit.

Emak : Ha?

Jiran : Abang M tak tengok ke pokok kuini tu. Lebat buahnya.


Erkkkk.. ko rasa?? Yang kelakar ni, sudahlah petik buah orang tak minta izin, makan dengan selamba. Lagi best, siap bagi-bagi kat orang lain pula tu.

Haihhh.. pelik kan..



Nota Kaki : Bukan hanya HAGEMARU yang berperangai pelik..huhu..





Kampungku

Kisah Raya Korban Kami

9:00 PG


Menyambut raya dalam tempoh berpantang sangat membosankan. Mana tidaknya. Tidak dapat makan lauk pauk hari raya yang sedap-sedap terutama rendang. Tak dapat nak menziarah sanak saudara tidak kira dekat atau jauh. Duduklah di rumah diam-diam.

Raya Korban kali ini, hanya disambut sederhana. Kakak saya ada balik, tidaklah terasa sunyi sangat. En.suami, biasalah tidak balik kalau setakat cuti sehari. Lagipun cermin kereta retak, diam-diam je kat rumah tu.

Pagi-pagi Cik Aisyah sudah mahu mandi. Maklumlah nak pakai baju cantik katanya. Kalau tidak, susah benar nak suruh dia mandi pagi.



Jiran kami ada buat korban. Ramailah jiran-jiran datang membantu. Ayah saya kira pakar bab ni. Bab ikat pundi kencing, bab mengapak, memang tugas dia.




Melapah lembu








Kereta

Cermin Kereta Retak

8:28 PG


Terperanjat bila en.suami hantar gambar melalui whataps, cermin depan cik viva retak terkena batu. Retak juga hatiku. Aku hanya mampu berdiam.



Dugaan sungguh. Tempoh berpantang kali ini memang banyak dugaan yang aku lalui. Kuatkan hati sajalah.

Bagi orang yang banyak duit, RM480 tu kecil. Tapi, bagi aku yang gaji cukup makan pakai ni, terduduk juga. Tabung mana pula harus kukorek.

Biarkan dahulu. Lagipun tuan kereta sedang berpantang, cuti 2 bulan, tidak memerlukan kereta. Secara realitinya, kereta iu juga tidak akan bergerak ke mana-mana sehingga cermin yang retak itu diganti baru. Takde makna aku nak ganti sekarang. Biar cik viva sama-sama berehat dengan tuannya.

Secomel cik viva, banyak juga jasanya, termasuk kepada orang-orang jenis mulut takde insurans tu. Bila senang, kutuk kereta aku. Bila terdesak, minta tolong dengan kereta aku tu juga. Rasa nak sound je orang macam tu.

Nak naik kerja nanti baru aku akan hantar bengkek untuk direpair. Takdelah, cik viva jadi teksi tak berbayar kan.





Aisyah Humaira

Hatiku Sayu

8:28 PG


Selama 3 tahun 4 bulan, aku tak pernah berjauhan dengan dia. Memang tak pernah sebab kerja aku di pejabat tidak memerlukan aku outstation. Tidak memerlukan aku berkursus jauh-jauh.

Pertama kali aku berjauhan dengan dia selama 3 hari. Di waktu aku sedang sibuk melayan si adik. Dia meraung mahu mengikut ayahnya pulang ke JB. Umur sebesarnya sudah tidak dapat untuk ditipu. Berkepitlah dia dengan ayahnya, tidak mahu lepas.

Akhirnya, aku melepaskan dia bersama ayahnya selama 3 hari. Suamiku pulang ke kampung hujung minggu, mahu pulang ke JB petang semalam. Sebolehnya, dia mahu ikut. Raya haji nanti, in sha Allah mereka akan pulang.

Meleleh airmataku saat dia melambaiku tadi. Aduii..sayu hati. Fuhh...baru 3 jam tak nampak bayang aku dah tak keruan, ini kan 3 hari. Lagi sayu bila nampak mainan dia di rumah emak ni.

Cepatlah masa berlalu. Aku rindukan dia.


Celoteh Je

Santai Ahad #5 ~ Suka Layan

8:06 PG


Dalam tempoh berpantang ni, rajinlah mengscroll fb bila bosan. Tau jelah, dalam tempoh berpantang, tak dapat tidur. Biasalah tu.

Seronok sangat bila terjumpa page ni. Page Masak Apa Hari Ini. Suka tau tengok ahli yang share resepi dan upload hasil mereka.

Mulalah tangan saya gatal, tak sabar nak cuba resepi-resepi yang ada.


Jom join jadi member. Syok layan.




Aisyah Humaira

Penerimaan Cik Aisyah

8:59 PG


Dia sangat gembira bila melihat gambar aku mengendong bayi. Dia cakap, ibu sakit. Lebih teruja bila dapat menjemput aku di hospital. Lama dia tunggu aku di bawah dengan ditemani nenek.

Bila aku turun, macam-macam dia ceritakan. Dia cakap, perut aku dah kempis.


Aisyah : Ibu ada baby? Mana dapat? Perut ibu dah kempis?


Kata-katanya buat aku tergelak. Aku sekadar mengangguk. Aku masih letih tetapi aku kuatkan diri melayannya. Dia cium adik tanda kasih.


Sampai di rumah, perhatian kepadanya kian berkurang. Aku yang dalam sesi berpantang, tentu saja tidak boleh melakukan aktiviti yang diajaknya. Tumpuan aku lebih kepada bayi yang baru lahir. Dan bayi baru lahir pasti saja meminta susu selang 1 jam.

Lama-kelamaan, dia merajuk. Terasa hati bila segala yang diminta terpaksa ditangguhkan.


Aisyah : Ibu, saya nak susu..
Ibu : Kejap ye. Nanti ayah buatkan.


Bila layanan yang dia terima tidak seperti sebelum ini, dia merajuk. Menangis hiba hingga sukar untuk berhenti. Aku faham perasaannya. Hari pertama aku pulang, semalaman dia menangis.

Tapi, sehari demi sehari dia lalui, dia seolah lali. Dia faham aku ada baby. Bila aku berpantang di kampung, maka berjauhan lah dia dari ayahnya. Maka, menumpang kasihlah dia dengan atuk dan nenek.






Anak Ke2

Usaha Mengurangkan Kuning Bayi

8:50 PG


Zaman sekarang kerap benar bayi baru lahir terkena kuning. Macam bayi saya, keluar hospital takde kuning, tapi bila bawa ke klinik, ambil darah, baru tahu ada kuning. Bila ada kuning, memang agak meletihkan perlu bawa bayi ke klinik untuk diambil darahnya. Kasihan sangat dengan bayi sekecil itu dicucuk-cucuk.

Satu halnya, sudahlah bayi baru beberapa hari menjenguk dunia, sudah dibawa ke hulu ke hilir. Sudah kena angin luar. Ditambah ibunya yang dalam tempoh berpantang. Mahu berjalan pun lambat-lambat. Silap langkah boleh bentan.

Bila kuning dikesan, bayi perlu ke klinik saban hari. Kalau sekejap takpe. Ini sampai 2 jam menanti, menunggu giliran. Aduhh..

Macam saya, penyudahnya saya balik ke kampung. Bawa bayi di klinik kampung saja. Tidaklah ramai orang sangat. Tidak letih menunggu.

Untuk mengurangkan kuning bayi, pelbagai cara saya lakukan. Kalau boleh, segala tip dan petua yang orang kongsikan saya buat. Yang penting, beri susu kepada bayi sekerap mungkin agar dia berak dan kencing dengan kerap juga. Kurma jadi kudapan saya.

Jus anggur hijau salah satu yang saya beri pada bayi. Ambil anggur dalam bilangan ganjil kemudian dibuang kulitnya. Saya perah saja terus di penapis. Jusnya saya masukkan dalam botol susu dan berikan sedikit demi sedikit pada bayi.



Pokok dukung anak pula saya rebus dan jadikan air mandian bayi. Warna air rebusan agak kekuningan.




Semuanya dengan izinNya. Andai Dia izinkan, in sha Allah kuning bayi berkurangan. Usaha dan ikhtiar tidak pernah putus.

12 September 2015 - Hari ke-13. Bacaan turun, 9.6. Kalau di KK Labis, mereka sudah tutup kes. Saya zon Chaah, perlu repeat hari isnin.

14 September 2015 - Hari ke-15. Bacaan 8.3. Alhamdulillah, turun lagi. Kes ditutup. Tak perlu ke klinik ambil darah lagi. Syukur..










Info

Langkah CPR Untuk Bayi

8:30 PG


CPR adalah shortform bagi Cardio Pulmonary Resuscitation.


Bila perlu buat CPR?

  • Bayi berhenti bernafas.
  • Biru/ sangat pucat.
  • Tiada tanda-tanda hidup.


Langkah-langkah CPR

1 - Pastikan persekitaran selamat.

2 - Periksa samada bayi bertindak balas/ memberikan respon.
  • Goncang tubuh bayi dengan perlahan.
  • Jangan goncang sekiranya bayi mengalami luka pada leher. Contohnya; jatuh dari tempat tinggi, kemalangan jalan raya.
3 - Dapatkan pertolongan dengan segera.

4 - Periksa rongga pernafasan.
  • Kepala bayi dalam keadaan neutral dan selaras dengan badan.
  • Lihat di dalam mulut sekiranya terdapat bendasing yang boleh dikeluarkan.
  • Jangan jolok mulut dengan jari.
5 - Periksa samada bayi bernafas dengan meletakkan muka anda berhampiran muka bayi.
  • Lihat pergerakan dada.
  • Dengar bunyi pernafasan.
  • Rasakan pergerakan udara pada muka anda.
  • Periksa selama 10 saat.
6 - Sekiranya bayi bernafas sendiri, ngiringkan dia dan periksa pernafasan dari masa ke semasa.

7 - Sekiranya bayi TIDAK bernafas, beri bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk 5 kali.

  • Pegang dagu bayi dan letakkan mulut anda menutupi hidung dan mulut bayi.
  • Tarik nafas dan tiup ke dalam mulut bayi, pastikan dada bayi naik.
  • Alihkan mulut anda dan lihat dada bayi turun.
8 - Periksa samada bayi mempunyai tanda-tanda hidup untuk 10 saat.
  • Sebarang pergerakan.
  • Batuk/ menangis diikuti dengan bernafas sendiri.
9 - Mulakan tekanan dada kalau tiada tanda-tanda hidup.
  • Tekan pada garisan antara puting buah dada, 1 jari ke bawah di bahagian tengah dada dengan 2 jari.
  • Tekan pada tengah dada sedalam 1/3 kedalaman dada.
  • Selepas 15 kali tekanan dada, beri 2 pernafasan mulut ke mulut.
10 - Lakukan CPR  selama 1 minit (5 pusingan tekanan dada dan pernafasan mulut ke mulut) sebelum berhenti untuk mendapatkan bantuan.

11 - Sambung CPR sehingga

  • Bayi menunjukkan tanda-tanda hidup.
  • Bantuan/ paramedik tiba
  • Anda penat




Sumber ~ Jabatan Pediatrik Hospital Segamat

Anak Ke2

Dilema Menyusukan Anak

2:03 PTG


Sudah hari ke-11 rupanya. Dari saya mengandung, saya dah nekad untuk fully breasfeeding anak saya. Tapi, air susu saya seakan merundum dari hari ke hari bila baby semakin kuat menyusu. Sebolehnya, mindset saya tetap positif, no demand no supply.

Tapi, bila tak cukup tidur, susu seakan kering, picit pon tak mahu keluar. Pam sehari dapat lah tak sampai 2 auns. Macam down pula.

Bila anak menangis, tidur tak lena, mulalah ada orang cakap saya takde susu. Walhal baju basah, menandakan adanya susu. Kesian bayi. Saya cuba sebaik mungkin dan tentu saja saya mahukan support dari insan sekeliling saya.

Bila anak nangis je, cakap takde air susu. Ayat macam ni buat ibu yang mahu menyusukan bayi mereka rasa rendah diri dan bengang. Penyudahnya, bancuh susu formula. Ermmm...

Minda, saya perbetulkan agar saya dapat menyusukan bayi saya dengam tenang. Cuba berfikiran positif dan memikirkan perkara yang indah-indah.

Saya makan berpantang. Sayur hijau saya makan, lobak putih pun sama. Disamping itu, makan kurma.

Sebagai langkah tambahan, saya consume Innayah Milkbooster. Hari ini hari ke-3 pengambilan. Moga berhasil.



Doakan untuk saya ye..




Anak Ke2

Pemeriksaan Telinga Dan Kuning

8:23 PG


7 September 2015 - Kami ke HSA sekali lagi untuk pemeriksaan telinga si bayi. Temujanji telah ditetapkan pada tarikh ini, antara jam 8 hingga 11 pagi sahaja.

Ibu yang menghidap diabetis ketika mengandung, bayi perlu di bawa untuk pemeriksaan telinga.

Agak leceh bila parking di HSA sudah berbayar. Parking lagi susah nak cari. Penyudahnya, parking saja mana yang dapat.

Dari kaunter poliklinik HSA, kami ke seksyen E, untuk kanak-kanak. Kemudian, bertanya pula di kaunter E, petugas menunjukkan arahan. Naik aras 3, bilik nombor 2. Sampai aras 3, ke kaunter lagi bertanya. Oh kat belakang cari bilik nombor 2. Jalan punya jalan, tak jumpa bilik nombor dua. Rupanya perlu masuk ke dalam lagi. Adoii..

Mujur proses pemeriksaan sekejap sahaja. Adalah dalam 10 minit. Telinga bayi kami tiada masalah. Dan kami boleh pulang. Senang hati nampaknya.

Tapi, parking yang berbayar tu pula yang tak best.

Hari ke-10

9 September 2015 - Pulang ke kampung halaman. Berpantang di kampung lebih mudah. Lebih-lebih lagi, bila si bayi perlu ke klinik ambil darah untuk kuning. Alahai, hari ke-9, bacaan naik hingga 13.4! Allahuakbar...

Bacaan hari ke-10 turun jadi 12.8. Rasa nak nangis je hari-hari pergi klinik tengok bayi sendiri menangis tiap kali darah diambil. Huhu..

Cukup-cukuplah nak...









Anak Ke2

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2

8:56 PG


30 Ogos 2015 - Saya perlu menjalani BSP untuk kali ke-4. Saya tak pergi sebab malam tu sudah mula sakit konstraksi. Sempat juga pusing satu Giant Extra cari barang bayi. Tidak sia-sia. Kebetulan, ada offer untuk carseat baby jenama Sweet Cherry Pliko. RM109 sahaja dari harga asalnya, RM168.

Sakit mulai kerap di tengah malam hingga ke pagi. Tapi, bila subuh menjelang, sakit hilang pula. Saya bangun untuk berwuduk tapi ada lendir darah pula. Tanda yang semakin hampir. Tapi, sakit konstraksi sudah berkurang. Saya berehat sahaja di rumah. Sakit mula sekerap 15 minit sekali. Lendir darah mula keluar banyak. Hingga jam 3 petang, saya sudah mula merasai kesakitan 5 minit sekali.

Jam 3.30 petang, saya ke hospital sultanah aminah (HSA). Suami saya bawa kereta perlahan sahaja dan sepanjang perjalanan, sakit hilang! Sampai di bahagian bersalin, saya duduk di luar menanti suami parking kereta. Ketika ini, sakit sudah mula terasa kembali.

Dari jam 4 petang hingga jam 6.30 petang saya menunggu giliran di luar bilik saringan. Pelik juga sebab saya tidak dipanggil-panggil. Masuk bilik saringan adalah 5 minit tadi sebab check tekanan darah je. Tak buat CTG. Mungkin sebab rekod terakhir saya dalam buku pink, 37w.

Waktu itu, sakit sudah tidak tertanggung. 5 minit sekali. Dan kerana sudah tidak tertanggung, saya ke kaunter dengan dipimpim en.suami. Saya diarahkan berbaring di atas katil, dipakaikan CTG. Sakit semakin kuat dan bukaan sudah 8cm!

Saya ditolak ke LR segera. Jam 7.05 petang. Dan jam 7.23 petang, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.4kg. Kandungan genap 38w. Aduii, comelnya. Kecil sangat pada saya. Syukur alhamdulillah.

Jam 10 malam saya ditempatkan di wad 3 timur, manakala bayi saya dimasukkan di wad bayi di A2. Pesakit diabetes ketika mengandung macam saya memang akan dipisahkan bayi dengan ibu. Agak sedih juga. Tapi demi kesihatan bayi, saya redha.



31 Ogos 2015 - Jam 4 pagi, bayi saya dipulangkan ke pangkuan saya. Alhamdulillah. Saya sudah tidak tidur dan segera membersihkan diri, buat apa yang patut. Jam 8 pagi, doktor yang bertugas sudah mula meronda. Saya dan bayi dibenarkan keluar. Syukur sangat-sangat sebab tidak perlu berlama-lamaan di hospital.



Tengahari saya sudah boleh discharge. Tunggu bil, bayar bil, gedebak gedebuk, jam 2 petang juga baru keluar wad.

Malam tu, saya mula sakit perut pula. Sakit seperti konstraksi. Ye, betul tau. Sakitnya mengeras dan bawa ke pinggang. Lama...baru menyurut. Kebetulan, mak saya sudah datang sejak 30 Ogos sebab saya sudah rasa sakit. Terus mak saya telefon nenek saya. Nenek saya seorang bidan kampung. Mengurut orang bersalin.

1 September 2015 - Emak dan adik bongsu saya ke Mersing untuk menjemput nenek. Saya ditemani en.suami di rumah. Sepatutnya, saya ada checkup mengandung dengan doktor hari ini, makanya pihak KK Masai menelefon saya. Sedangkan saya sudah selamat bersalin pun. Dan suami saya segera melaporkan yang saya sudah selamat melahirkan.

Jam 11 pagi, seorang jururawat desa datang. Biasalah kan prosesnya. Macam-macam la berbual sambil dia menjalankan tugasnya.

Jam 2 petang, kami ke KK Masai bersama bayi kami. Apa lagi, ambil darah. Check sama ada, ada kuning atau tidak. Kuning bayi saya, 8.6. Tinggi juga.

2 September 2015 - Bacaan kuning naik lagi, 11.8! Saya sudah mula risau.

3 September 2015 - Alhamdulillah kuning turun. 10.8.

5 September 2015 - Kuning turun lagi. 10.0.

Saya harap kuning terus turun. Sedih tengok bayi menangis tiap kali diambil darah.







Pengalamanku

Lahirnya Seorang Bayi Lelaki

8:40 PG


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat dariNya. Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 30 Ogos 2015 jam 7.23 petang.

Maghrib dia nak keluar. Hehe.. Bayi saya kecil je. Cuma 2.4kg. Saya pun terkejut. 


Saya tidur semalam di HSA tanpa bayi di sisi. Kami dipisahkan wad sebab saya memghidap diabetes dan heart murmur ketika mengandung.

Jam 4 pagi, bayi saya dipulangkan kepangkuan saya. Alhamdulillah, bayi tiada masalah dan saya juga juga. Kami boleh discharge keesokannya.

Terima kasih atas doa kawan-kawan.