Bayar Cukai

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum


Bayar Cukai | Semua orang tahu kan, Pejabat Pos ni memang pelbagai fungsi. Entah macamana hari tu, en.suami minta saya bayar cukai pintu di pejabat pos, selalu dia bayar sendiri. Tak pasti dia bayar online atau macamana.

Saya turutkan sahaja bayar di pejabat pos. Pejabat pos pun bukan jauh sangat dengan tempat kerja, bersebelahan kedai makan pula tu.

Cukai pintu ni kami bayar 6 bulan sekali. Tak ingat dah ntah berapa kali dah bayar. 
6 bulan sekali, RM96.90.
Kalau dah duduk sejak tahun 2012, kiralah sendiri. 2 tahun progress rumah dulu, 2010-2012, tak perlu bayar. Sejak bayar penuh tahun 2012, kenalah bayar. Sebelum ni kawasan perumahan kami bawah MPJB, tapi sejak tahun lepas sudah bertukar bawah MPPG pula.

Selesai


Ini pula kisah insurans kebakaran rumah. Juga perlu dibayar di awal tahun. Perlu dibayar sebanyak RM126.92 setiap tahun. Yang ni transfer online sama macam bayar loan rumah.

Selesai


Cukai tanah jangan dilupa. Nanti kena penalti. Cukai tanah, tak dapat surat ye. Terus je pergi pejabat tanah dan bayar.

Patutlah awal tahun selalu orang dapat bonus, dapat ringankan sedikit beban. Tapi, kompeni kami ni, kalau tak sampai bulan 3 atau 4, memang tak nampak lah bayang bonus.




  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. cukai2, bil2 semua hasben kite yg bayau..agaknye kalau hasben kite mintak kite bayau kan semua cukai2 and bil2, mesti mcm blur2 sebab xtau mcm mana nak bayau..hehehe..

    BalasPadam
  2. dah settle...kalau lambat2 nanti makin banyak pulak kan

    BalasPadam
  3. Lega klau suda selesai kan..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mar...kalau dah settel bayar semuanya pasti lega rasanya kan...:)

    BalasPadam
  5. Alomokkk belum bayar lagik cukai cukaian ni.. Hadoii.. kene check jugak ni..

    BalasPadam
  6. Cukai yang macam ni lah buat ai lupa nak bayar.. huhuhu.

    BalasPadam
  7. Rasa lapang dada bila dah settle semua bayaran cukai je. Samaah company kita kak. Dapat bonus bukan awal tahun pun..

    BalasPadam
  8. huwarghhh. uyul baru je bayar cukai jalan. belum ada rumah hehehhe

    JOM KE BLOG UYUL! >> Blog Uyul Rosli

    BalasPadam
  9. Bab nak kena bayar mcm mcm awal tahun ginilah yg pening kepala jugak kadang kadang hihi...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.