Bila Emak Datang

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Bila Emak Datang | Memang seronok bila emak datang. Apa tidaknya, mesti emak dah bawa lauk pauk yang sudah siap dimasak . Bila balik kerja terus je makan. Heaven..

Minggu lepas mak datang lagi. Bawa durian, serawa durian dan lauk pauk untuk makan malam. Salah satu menu, sambal tumis udang galah. Oh, sedapnya..
Serawa durian makan bersama roti.

Sambal tumis udang galah.

Udang galah ni dipancing oleh abah saya. Abah memang suka memancing. Bila dapat udang galah, dia akan simpan untuk anak-anaknya.

Buah-buahan ni abah beli di gerai tepi jalan. Durian tu kopek je licin terus.


Cempedak ni manis sungguh. Emak buat cempedak goreng. Sedapnya lahai. Tepung bancuhan saya yang buat. Adik ipar pula part menggoreng.


Malam tu selesai makan malam dengan lauk pauk yang emak bawa, adik saya sibuk pula masak mi samyang ni. Dia ada bawa perisa keju dan ice ni. Yang ice ni tawar sikit rasanya.


Esok pagi, kami bersarapan di warung tempat Pak Uda saya berniaga roti canai. Maka penuhlah kedai makan tu dengan kami anak beranak.


Selesai bersarapan, semua pulang ke rumah saya semula. Saya dan suami ke pejabat perumahan sekejap ada urusan sedikit.

Balik dari selesaikan urusan, singgah kedai beli lauk basah. Untuk tengahari air tangan saya pula sebab lepas zohor emak abah nak balik dah.


Inilah menu makan tengahari kami pada hari itu. Ikan tongkol goreng, ayam masak kicap, sambal udang dan sayur bayam masak air. Alhamdulillah, masakan simple macam ni bila makan panas-panas laku keras.


  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Bukan makan panas aje, tp makan ramai0ramai lagi sedap dan meriah, mesti licinnnn

    BalasPadam
  2. sedapnyaaa sambal tumis udang galah tuuu...

    BalasPadam
  3. Favourite saya tu cempedak goreng

    BalasPadam
  4. Peh seronok makan! Kita duduk dekat juga dengan rumah mak kita, selalu datang bawak tupperware kosong je. balik rumah, tupperware berisi *if you know what i mean* KAHKAHKAH

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.