Kampungku

Seminggu Di Kampung Halaman

8:00 PG

Assalamualaikum

Seminggu Di Kampung Halaman | Entri lepas share aktiviti anak-anak. Kali ni share pula apa yang aku buat seminggu bertapa kat kampung.

Memang dah niat, selesai majlis adik bongsu aku sebelah perempuan, aku akan stay kat kampung nak tolong mak aku apa yang patut. Majlis kahwin kan, kira majlis besar.

Memang tak berapa harap tenaga orang blok (orang felda) sebab makcik pakcik jiran mak abah aku dah berusia. Kebanyakkan dah tak sihat. Apalah sangat kudrat mereka.

Di samping membantu mak abah, aktiviti selingan haruslah ada. Makan!!

Donut gebu air tangan emak aku. Banyak gak kitorang nak hadap, nak habiskan ni.

Ini pula sesi mengclearkan peti ais mak aku gara-gara nak masukkan 200 bekas kek coklet moist yang akak aku beli.


Aktiviti mempacking goodies beg para tetamu dilakukan dengan sepantas mungkin oleh kami-kami. Jemputan seramai 800. Ini goodies beg tetamu biasa. Untuk saudara mara kami asingkan.


Dalam ni kami isi air kotak, pek kecil gula-gula dan sepeket kerepek (kerepek-kerepek diberi oleh orang blok).


Akak aku rajin pula buat sushi kann.. Memang lahap la dapat makan. Aku suka inti ketam berbanding tuna. Cuma kicap sushi takde, terasa kurang nikmat di situ.


Ini pula giliran menu special aku. Karipap. Inti memang rahsia sikit, aku je tau apa yang aku bubuh. Tapi, takde yang bukan- bukan pun. Memang laju habis bila panas-panas terhidang.


Abah aku dengan ayam hutan memang tak dapat dipisahkan. Saudara mara biasa datang suka makan ayam hutan masak kari mak aku. Kira menu special keluarga aku la. Aku ni kalau kari ayam memang kureng sikit, tapi kalau dah buat cicah lempeng memang sodap wehh!!


Ni part penting, buang arang telur asin. Telur asin mesti ada untuk buat bunga telur. Ada 150 biji jugalah nak dikikis.


Selepas dikikis, perlu dibersihkan pula. Inilah kerja aku dan adik ipar aku. Kikis arang telur asin sambil berbual ntah apa-apa. Kemudian, telur direbus dengan api perlahan.


Sambil-sambil buat kerja, kita kunyah-kunyah. Jagung manis ni kakak aku beli bertongkol-tongkol. Apa lagi, kasi rebus.


Bila telur dah masak, ditos, dan biarkan sejuk seketika. Sambil layan drama kat tv, kami siapkan bunga telur.



Telur ayam rebus untuk saudara mara. Isi dalam bekas cantik sikit.



Banyak betul kerja sepanjang seminggu di kampung. Sebelum selesai majlis sebelah kami (lelaki), memang tak tenang jiwa raga.


Kampungku

Aktiviti Di Kampung

8:00 PG

Assalamualaikum
Aktiviti Di Kampung |  Aku memang dah plan nak cuti lama masa majlis adik bongsu aku. Kebetulan pula majlis jatuh pada cuti sekolah hujung tahun, faham-fahamlah kan cuti sekolah panjang. 

Aku ni nak cuti berjalan-jalan, tidur hotel, jalan-jalan cari makan tu memang tak la. Out of budget. Hujung tahun nak stanby duit sekolah anak dan insuran roadtax kereta. Itu yang bercuti di kampung halaman sendiri ajelah mampu. Sambil-sambil tu adalah aktiviti untuk budak-budak kan.

Tengok lah budak dua orang bukan main suka duduk kat kampung. Apa taknya, dapat main tanah, dapat kejar ayam, dapat baling-baling batu. Paling best, dapat main air lepas hujan.


Kasi chance main air tadahan hujan. Sampai basah baju masing-masing.


Hari pertama dan kedua kat kampung memang lincah betul budak dua orang ni. Lagi budak Alif, asyik ajak turun tanah. Oklah...layankan anak-anak.


Budak tak pernah jumpa tanah. Kusyuk dia kutip batu pastu baling-baling. Pelepuk kena kepala baru senyap sekejap. Kemudian, lari sana sini, bukan main seronok..

Penat berlari, main pasir pula. Dengan moncong-moncong main kereta.


Paling best bila nenek belanja aiskrim. Tak cukup nenek belanja, atok pula belanja. Tak cukup lagi? Ibu lah kena pow. Kedai sebelah rumah nenek je kot. Budak Alif pun dah pandai ajak pergi kedai. Aduhaiii


Dasar anak jantan. Kalau tak kereta, bola. Itulah yang dimainnya. Pastu main mesti ajak ibu. Tu dia, minum susu peluk bola.


Masuk hari-3 di kampung, nampak la bebudak ni keletihan. Penat berjalan hantar pengantin pun iye. Penat bermain pun iye.


Aisyah Humaira

Alif Dan Kucing

8:00 PG

Assalamualaikum

Alif Dan Kucing | Alif suka haiwan bernama kucing ni. Mungkin sebab ia comel. Kalau nampak kucing, dari jauh dia dah geram. Di kampung, sepupu mereka yang bela kucing ni. Papa dia (adik saya) yang buatkan reban.

Aisyah & Alif melawat kucing.

Sudah puas memanggil kucing dari luar reban, dibuka pula selak reban tersebut. Meluru kucing tu keluar.


Rupa-rupanya kucing-kucing ni kehausan dan kelaparan. Makanan dia dalam bekas dalam reban sudah habis. Tuan dia pula balik kampung sebelah mama dia di Jerantut.


Bukan main suka Alif dapat pegang kucing. Kucing tu dah la berat. Berusaha dia suruh kucing minum.




Kampungku

Kenangan Aidiladha 1438H

8:00 PG

Assalamualaikum

Kenangan Aidiladha 1438H | Kebetulan cuti raya haji tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sehari sebelumnya pula merupakan Hari Kemerdekaan yang ke-60. Sakanlah bercuti raya. 

Ada pula cuti tambahan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia sempena kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA.

Hari Khamis lebih kurang jam 12 tengahari baru gerak balik kampung. Baru lepas tol sudah menempuh jammed amat. Kenderaan bergerak perlahan di highway. Perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam menjadi seganda lagi.

Kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap makan. Maka singgahlah kami di kedai makan tepi jalan lepas lampu trafik simpang ke Paloh. Kebetulan ada kedai makan masih buka.
 Serius sedap masakan yang dimasak di kedai makan ni. Saya order nasi goreng pataya. Memang cukup rasa dan sepinggan habis saya dan Alif makan.
Kami sampai ke kampung halaman saat azan asar berkumandang. Lama sungguh perjalanan. Tersaing pula dengan adik bongsu saya sampai. Dia duduk di JB juga. Pulang menaiki motor untuk elak jammed katanya.
Malam itu saya dan emak menyiapkan juadah raya. Masak rendang, kari ayam hutan dan sediakan bahan untuk kuah kacang dan lodeh.
Jam hampir 3 pagi baru tidur. Ngantuk sungguh. Pagi-pagi perlu bangun untuk masak lodeh dan masukkan santan dalam kari ayam hutan. Dan dalam jam 8 pagi Pak Uda sekeluarga sudah sampai ke rumah kami.
Kelam kabutlah saya dan emak menghidang juadah.



Selepas solat Jumaat, keluarga Pak Uda dan Pak Chik berangkat ke rumah Mak Anjang di Felda Redong. Saya dan emak mengemas rumah dahulu sebab ada juadah yang perlu dibawa ke sana.

Tengoklah tu seketol Alif sedang menikmati air kotak. Kena pujuk, bagi upah dengan air kotak baru dia behave. Kalau tak, dia tak nak masuk rumah Nenek Anjang dia. Siap ajak balik pula tu. Fening..


Sebelah malam, kami solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Usai solat Maghrib, kami membuat bacaan yasin dan tahlil. Saya tidak dapt solat Isyak secara berjemaah sebab Alif buat perangai tiba-tiba.


Selesai solat Isyak, makan pula secara berjemaah. Selesai makan, tolong tuan rumah cuci pinggan dapur dan mengemas sikit-sikit. Dah siap, kita balik lah ke rumah emak.

Kampungku

Kenangan 5 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 5 Syawal 1438H | Panjang betul kisah raya kali ini kan. Dah kata raya sakan kan. Raya ke-5, masih berada di teratak emak abah di kampung.

Kenangan 4 Syawal 1438H

Mengikut perancangan, kami sudah pulang ke JB. Tapi, memandangkan malam itu ada marhaban dan rumah emak adalah rumah pertama, emak minta saya janga balik dahulu.

Tolong emak memasak dan mengemas rumah. Kesian, emak semakin berusia bukan semakin muda. Kami masak bihun tomyam, dadih mangga, air teh panas dan air tembikai.

Ruang hadapan, untuk orang lelaki

Seawal jam 8 malam orang blok dah datang memenuhi rumah emak abah. Haruslah menepati masa, kalau tidak balik lewat nanti.


Ruang tengah untuk orang perempuan.


Selesai marhaban di rumah kami, semua berarak ke rumah sebelah pula. Saya mengemas rumah dahulu sebelum gerak ke rumah seterusnya.


Sakan pula main buaian budak-budak ni di rumah jiran. Marhaban kali ini en.suami dapat turut serta. Merasalah dia suasana marhaban di kampung kami.


Masing-masing bawa anak beraya. Memang meriah sungguh.

Kampungku

Kenangan 4 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 4 Syawal 1438H | Kali ini giliran rumah emak pula diserbu. Semua adik beradik abah datang bertandang kecuali keluarga Mak Andak dan Mak Teh.

Juadah nasi berlauk kami hidangkan memandangkan mereka tiba tengahari. Menu simple nasi putih, ayam goreng, ikan goreng, sayur bendi goreng dan sambal belacan. Ada lauk tambahan bila Mak Lang datang bawa lauk pauk lain. Bertambah la menu. Penuh meja.
Kami hidang makanan di meja luar. Ada yang menjamu selera di luar, ada juga di dalam. Ruang depan biasanya jadi teman kanak-kanak bermain dan tak kurang juga yang mahu beristirehat.


Selepas zohor, kami semua gerak beraya ke Felda Ayer Hitam. 


Pakcik dan makcik semua belum pernah sampai di sini. Maka berbuallah mereka.


Sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan.


Kemudian, singgah pula di Sri Lalang, rumah sepupu sebelah abah. Saya tidak mengenali sangat dan sangat wajar beraya untuk saling mengenali.



Penuh rumah kami serbu. Oleh kerana anak-anak sudah pandai membawa diri, saya ambil kesempatan bergambar.


Bila sudah berkumpul ramai-ramai begini, hidang apa pun habis je. Lagi pula cuaca yang panas, minum air sejuk memang sedap.




Kemudian, kami berpisah di sini. Ada yang singgah Felda Sg Sayong, rumah Mak Lang. Kami sekeluarga pula ke Sri Gading, rumah Pak Chik.

Aiseymen di Sri Gading lupa dah nak bergambar. Kami dihidang rojak buah dan makan malam yang sedap giler, sardin! Anak-anak makan bertambah-tambah. Kuah rojak tu sedap sangat tau.






Kampungku

Kenangan 2 Syawal 1438H

9:37 PG

Assalamualaikum

Kenangan 2 Syawal 1438H | Bangun pagi di raya ke-2 masih di Majidi Baru. Pagi-pagi kemas-kemas di dapur apa yang patut. Kakak ipar sulung ajak buat sukun goreng. Sebiji besar tu dapat sebesen besar, boleh buat kenduri. Tak sempat ambil gambar. Sukun goreng saya laku keras. Kejap je licin.

Usai selesai kerja di dapur, mandi, kemas-kemas, siapkan anak-anak dan kami balik ke rumah sekejap. Punggah barang, lepas zohor gerak ke rumah nenek di Mersing.

Sampai di rumah nenek dalam 4.10 petang. Kenderaan banyak di jalanraya. Masing-masing beraya kan.


Tidak lama kemudian, mak, abah, kak umi dan suaminya serta aidil dan keluarganya sampai. Mereka baru balik beraya di Felda Tenggaroh, rumah makcik kami.

Kak umi beli kek. Hari jadi dia jatuh pada 22 Jun, manakala adik ipar kami, Noni jatuh pada 24 Jun.



Kek tiramisu ada aiskrim. Sedap uiii.. Sekejap je dah licin, tambahan pula hari raya. Tetamu yang datang kira langkah kanan.


Potong kek, bahagi-bahagi agar semua merasa. Budak Alif makan tak ingat orang keliling. Kedekut budak kecik ni. Sambil makan, sambil pegang belon pink.


Dah puas makan kek dan bercomot-comotan, ok parking jap. Rileks katanya. Enjin belum panas nak main dengan sedara mara lain.


Tidak lama kemudian, Pak Cik kami dari Terengganu bertandang. Pak Cu kami belah lemang dan cicah dengan rendang daging Melaka.


Sebelah malam, saja jalan-jalan di tepi pantai. Bergambar di mercu tanda Johor di Mersing.



En.suami ambil kesempatan menunggang kuda. Alif taknak naik pula. Seram kot sebab tinggi.
Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5.
Tapi, Alif tidak dikenakan cas sebab masih kecil. Pemandu bawa 2 round je.


Ini pula kereta kuda berhias. Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Seround je dia bawa. Boleh lah untuk gembirakan anak-anak.


Apa pula cerita keesokannya? Tunggu...