Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati Seorang Ibu ~ Andai Ibu Sekuat Ibu Itu


Bagi seorang ibu, masa yang terluang untuk anak adalah sesuatu yang amat berharga. Melihat anak tertawa gembira tatkala bermain bersamanya, cukup membahagiakan. Namun, tugas seorang isteri juga tidak diabaikan. Walau diri terasa penat, kerana anak jugalah ibu akan kuat. Kekuatan yang hadir setelah bergelar seorang ibu. Hingga masa berehat untuk diri sendiri hanyalah ketika tidur.

Ibu ada terbaca satu kisah (entah bila, tidak ingat), mengenai kegigihan seorang ibu menyusukan anaknya hingga sanggup berhenti kerja. Allahuakbar. Mulianya ibu itu. Si ibu mahu menyusukan anaknya sepenuhnya, mahu menjaga anaknya sepenuhnya serta mahu melihat anaknya itu membesar di hadapan matanya.


Tanya En. Google dan inilah kisahnya :

Saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak untuk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya untuk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya untuk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami" 
SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? 
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
Sumber ~ Klik Sini

Andai ibu sekuat itu. Tetapi ibu sering tersasar, termakan pujukan Syaitan dengan mudah dan sering terdetik di dalam hati bahawa ibu tidak akan dapat beli macam-macam andai ibu tidak bekerja. Masya Allah. Sesungguhnya rezeki itu dariNya. Dan ibu pasti sahaja mampu mencari rezeki yang halal dengan kudrat ibu ini, bukan hanya makan gaji, tercatuk di hadapan komputer dari pagi hingga ke petang, malah kadang kala pulang lewat malam. Dan apabila menjemput Aisyah, Aisyah sudah pun tidur. Hanya mampu menatap wajah sucinya.

Ibu sudah tidak mampu menyusukan Aisyah. Oleh itu, ibu berusaha untuk mendapatkan susu yang baik untuk Aisyah. Mahal memang mahal, tetapi ibu tekad. Tidak kisah dengan harga, selagi mampu. Lagipula, ibu tidak rasa terbeban dengan susu yang Aisyah minum. Alhamdulillah.

Tidak sekuat ibu itu untuk berhenti kerja, ibu kuatkan hati dan semangat untuk melakukan yang terbaik apabila pulang dari kerja. Memasak, membasuh, menyapu sampah, mop lantai, melipat kain dan kalau boleh semualah. Ibu tidak kisah memasak saban hari asalkan ayah dan Aisyah makan hasil air tangan ibu. Ibu tidak kisah akan penat, asalkan ibu dapat memasak, meskipun ada sesekali beli makanan di luar. Sesekali ok..

Ibu tidak kisah masuk kerja awal. Ibu tidak kisah tidak keluar waktu rehat tetapi meneruskan tugas hingga siap. Semua itu ibu lakukan kerana ibu mahu pulang awal untuk ayah dan Aisyah.


Cik Aisyah yang rajin




Nota Kaki : Sekadar luahan hati ini..



Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code