Niat di hati tidak mampu ditolak lagi. Sejak kebelakangan ini, teruja sungguh dengan koleksi hello kitty. Bila buka Google, laju je jari ini menaip "Hello Kitty". Maka bermacam-macam kisah tentang hello kitty keluar. Click saja guna hujung jari. Sudahlah berwarna merah jambu, comel pula. Kucing lah kata kan..
Inilah salah satu masalah ibu. Bila mahukan sesuatu, tiada apa yang boleh dihalang. Kalau A, A lah mahunya. Bagi gelang emas pun tolak. Aiceh..
Gaji masuk je berdezup ibu buka website Hello Kitty. Goyang mouse laju-laju, klik itu klik ini tanpa menoleh kanan dan kiri. Mata hanya tertumpu di skrin komputer seakan-akan sibuk sangat melakukan tugas-tugas harian. Wayang lebeyyy...
Semalam ibu masuk kerja tengahari. Cuti setengah hari bawa Cik Aisyah ke klinik kerana Aisyah di serang selesema dan batuk. Sebelum melarat, ibu bawa ke klinik untuk mendapatkan ubat. Mudah bagi pengasuh nanti, tidak perlu terburu-buru menelefon ibu. Aisyah tetap aktif seperti selalu. Sudah laju berjalan ke sana sini. Berlagak pula tidak mahu dipimpin. Yelah...anak ibu sudah besar.. Sob sob...
Bungkusan yang ibu terima, segera ibu buka. Memang tidak sabar betul! Terima kasih Pos Malaysia. Sayang suam-suam sebab tiada kerosakan pada barang yang diterima dan sangat-sangat berpuas hati.
|
|
|
|
|
|
|
2 comments
testing
BalasPadamAssalam. Welcome to d club! Hehe
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.