Ibu sukakan kekemasan. Ibu suka file yang tersusun, dokumen yang terisi di dalam dokumen juga tersusun cantik. Ibu tidak suka keadaan yang serabut. Ibu suka meja kerja ibu bersih, kemas meskipun dalam keadaan darurat, banyak kerja. Terlalu banyak laporan yang perlu ibu bereskan, tetapi itu tidak bermaksud meja ibu seperti tongkang pecah.
contoh seperti gambar ini ~ Trimas En. Google
Ibu amat tidak suka keadaan yang bersepah. Agaknya sesetengah orang memang begini cara bekerja mereka. Suka nampak bersepah, jadi tekanan kerja secara langsung merangsang mereka agar terus tekun untuk menyiapkan tugasan. Yeke?
Tidak bagi ibu. Meskipun ibu sibuk, ibu akan ambil satu-satu file yang ibu mahu guna. Walaupun ada 3 atau 4 file di hadapan ibu, maklumat perlu di semak di dalam 4 dokumen lain, bersepah bukan alasan. Dan ibu tidak suka meninggalkan meja dalam keadaan bersepah, contoh tiba-tiba ada barang mahu keluar dan ibu perlu menghantar certificate, ibu tidak akan membiarkan meja ibu bersepah sana sini. Dokumen yang ibu guna akan ibu tutup. Perlu ke beralasan, "tak sempat, nak cepat..". Alasan tidak masuk akal sungguh. Tutup file hanya perlu dilakukan dalam beberapa saat. Hatta, meninggalkan meja untuk ke tandas pun.
Paling-paling pun, meja ibu akan bersepah seperti ini :
Rujuk 2 file sekaligus, belum termasuk rekod atas meja
Keadaan tray ibu yang sudah menyusut. Atas sekali adalah rekod-rekod terbaru. Tray ke dua (tengah-tengah) adalah untuk laporan-laporan yang pending. Tetapi, untuk mengelakkan tray roboh, ibu letak di sudut meja.
Nampak tak hitam-hitam (itu lah kesan asap jelaga dari dapur (casting area). Bayangkan asap hitam itu memasuki rongga paru-paru? Glurpppp...
Laporan yang sudah ibu susun atur. Satu projek, satu file. Masih pending. Dokumen-dokumen inilah yang akan diendosed oleh Third Party Inspector. Biasanya dari BV, DNV dan banyak lagi.
Masih pending (rekod tidak lengkap ~ production not finish the job yet)
Sudah siap (ada yang sudah diendosed oleh client atau TPI, ada juga yang di dalam senarai menunggu giliran.
Nota Kaki : Saja untuk menghilangkan kebosanan..yang penting kemas OK!
3 Ulasan
As'salam..trm kasih ya mar sbb follow sy..:) sy dh pn follow sini..
BalasPadamsalam kenal..
keje kat mana??
BalasPadambersangkut paut ngan bengkel kereta dan claim insurans ke??
hehehe..tidak sama sekali...
BalasPadamni catthodic protection section..opis kami kecik je kat blkg..
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.