Ibu tekan pedal minyak kereta kuat-kuat dengan harapan boleh masuk kerja semula tepat pada masanya. Ohh..tidak berjaya...mmmm..ada aku kesah?? Eh..kereta persona merah depan kereta ibu ni..lembab betul la..Kehkeh..siapa la kan empunya kereta tu. Langgar kang..
Sedang leka membereskan tugasan yang ada, satu pesanan ringkas masuk. Ayah mengajak untuk berbuka di rumah abah. Rumah abah ayah la..hanya di Kg. Melayu Majidi. Boleh saja, asalkan Aisyah tidak meragam.
Malam tadi ibu tidak dapat tidur nyenyak gara-gara Aisyah meragam. Hidungnya tersumbat kerana selesema. Ditambah pula batuk kokol berkahak. Aduhai...sedih betul melihatnya. Haus, minum susu. Bila batuk-batuk, Aisyah muntahkan semula susu yang baru diminumnya. Kosong semula perut Aisyah. Kesian Aisyah. Minum susu tidak boleh, tidur tidak lena. Penyudahnya Aisyah menangis saja.
Vick kerap disapu ke dada, leher dan belakang Aisyah. Ibu tidak dapat tidur lena. Risau pun ada, takut demam menyerang Aisyah secara tiba-tiba. Menangis sahaja, pasti suhu badannya meningkat.
Eh????
Mengenai juadah berbuka puasa, belum terfikir lagi. Mahu masak jaudah-jaudah ringkas sahaja. Pergi ke bazar pun malas. Mungkin ke rumah abah saja, berbuka puasa di sana untuk hari pertama. Mesti meriah bila dapat berbuka bersama-sama ahli keluarga yang lain.
nampak air kosong pun boleh terliur tau..
2 Ulasan
Menggoda ais tu Mar ooiii :p
BalasPadamdugaan posa tuh..kih2
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.