Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati Seorang Ibu ~ Semoga Semuanya Baik-Baik

Malam tadi sedang asyik menekan punat kawalan jauh Astro (mencari siaran yang seronok ditonton), ibu dikejutkan dengan satu pesanan ringkas dari seorang rakan sekerja. Dia sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan tengahari tadi. Syukur alhamdulillah..

Bersalin normal di kala bayi yang dikandungnya baru sahaja berusia 32 minggu. Beberapa hari yang lepas, dia sudah ditahan wad kerana sudah keluar tanda untuk melahirkan tetapi belum ada tanda konstraksi. Dia tidak dibenarkan bersalin awal kerana bayinya masih kecil, hanya 1.9kg, berusia 32 minggu. Doktor memberika ubat supaya bayi tidak keluar terlalu awal. Ya, ada beberapa minggu lagi yang perlu diharungi. Tetapi, sudah ketentuanNya, tiada siapa mampu menghalang. Si kecil selamat jua dilahirkan dan terpaksa diletakkan di dalam bekas kaca.

Semoga dia dan suami terus tabah. Dan semoga si kecil itu juga sekuat ibu dan ayahnya,. Amin...


Gambar Cik Aisyah mencium 'bebear'..



Nota Kaki : Betapa besarnya pengorbanan seorang Ibu..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code