Roti John Sedap dan Gebu

By Mar Mansor - 1:05 PTG


Esok hari dan berikutnya, entah ibu sempat masak ke tidak ye untuk juadah berbuka. Peti sejuk memang sarat dengan bahan-bahan mentah. Ikan, udang, sotong, sayur-sayuran seperti stok untuk sebulan gayanya.


Berkisar pula di tempat kerja, minggu ini permintaan untuk final inspection macam banyak saja.17, 18, 19 Julai. Hmmmm... Terus terbantu semangat untuk memasak juadah berbuka sepanjang 30 hari di bulan ramadhan ini. Blog pun pasti berhabuk nanti.

Semalam, tiba-tiba ayah bersuara teringin hendak makan roti john. Bazar Ramadhan dekat sahaja...
Tetapi, ayah mahu homemade.  Ohhh..Ok. Dipendekkan cerita. Homemade bermaksud..........Ibu la yang perlu ke dapur. Terbantut pula hasrat mahu ke bazar ramadhan. Mana tidaknya, sudah 5 hari berpuasa, sekali pun tidak pernah ke bazar lagi. Lagipun, hari Ahad, mahu bersenang lenang. Ahhh..jangan harap...

Ohh..buang perasaan mengeluh semua tu...Fokus kepada misi. Yang penting hati yang ikhlas, menyediakan jaudah untuk suami tersayang. Ohhh..


Roti John

Bahan-bahannya :
- 2 buku roti john ( yang panjang okey..yang panjang )
- Daging kisar - separuh bungkus ~ basuh sedikit.
- 1 camca besar rempah kari daging.
- 3 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawanng besar - dicincang kasar
- 1 hiris halia - dicincang halus
- 1 pokok daun bawang - dihiris halus ~ ibu tidak guna
- 2 pelepah daun sup - dihiris halus ~ ibu tidak guna
- 1 camca teh serbuk lada hitam
- 4 biji telur - dipukul sedikit
- Kobis - dihiris halus
- Timun - dihiris nipis
- Tomato - dihiris halus




Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan daging kisar, gaul hingga sebati.
4. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan kacau. Masak hingga kering. Matikan api. Biarkan sejuk. Masukkan telur dan gaul rata.
5. Untuk menggoreng, panaskan kuali, lenser dengan sedikit marjerin. Tuang bahan no.4 sedikit dan ratakan. Letakkan roti setelah hampir masak. Tekan roti sedikit hingga masak.
6. Terbalikkan roti dan biar roti masak sedikit hingga berubah keperangan. Angkat.
7. Hias dengan hirisan kobis, timun dan tomato (Ibu goreng sebentar sayur).
8. Juga boleh sapu mayonis, sos cili dan sos lada hitam.

untuk sos

Sumber resepi ~ [Boleh Terjah Di Sini]

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. hahaha...takleh la..kang marah org y jual roti john kat bazar tuh..huhuhu..puas ati wat sndri..

    BalasPadam
  2. wahh pilihan menarik berbuka nie...kalau rajin leh buat :)

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/rawatan-untuk-gastrik-tak-guna-kapur.html

    BalasPadam
  3. buat la..senang je..siyess..he3

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.