Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Yang Manja


Bulan lepas ibu balik ke kampung bersama adik ibu. Sampai rumah emak, hari sudah tengahari. Perjalanan hanya mengambil masa selama 2 jam, dan Aisyah sempat tidur selama 1 jam di dalam kereta. Sampai di rumah neneknya, Aisyah sudah celik mata. Ada la senyap sekejap. Habis penat, 1 rumah dijelajahi Aisyah. Pusing semahu-mahunya. Dari ruang tengah ke ruang tamu. Dari ruang tamu ke bilik bujang. Kemudian ke ruang tengah kembali, ke dapur, ke bilik air, malah semua bilik dilawatinya. Aisyah menjelajah hingga pukul 5 petang! Aduh... bayangkan orang yang pandai berjalan, berjalan tanpa henti. Malah rumah nenek adalah 2 hingga 3 kali ganda rumah ibu besarnya. Tidak termasuk beranda dan ruang parkir. Adussss..

Aisyah sudah laju berjalan tatkala usianya 13 bulan. Masuk 14 bulan, sudah tidak terdaya mengejar. Kena berlari untuk mengejarnya. Kalau tidak, ntah apa-apa kerja yang dia lakukan. Suka sangat buat ibu semput. Pantang lepa, sudah terkengkang-kengkang melangkah meninjau sana sini. Bab memakaikan lampin pakai buang adalah bab paling sukar. Kerja memakaikan lampin pakai buang akan menjadi lebih mudah andai memakaikan lampin yang jenis sarung seperti seluar. Tapi, harganya agak membazir pula.

Sekarang, mulutnya pula mula riuh seriring kakinya melangkah. Butir bicara yang tidak jelas, kadang kala membuatkan ibu dan ayah tergelak. Cara Aisyah bercakap memang beria sungguh, tetapi ibu tetap tidak faham. Kalau mahu minum susu, Aisyah sudah pandai menunjuk ke botol susunya. Botol susu kosong akan diberi kepada ibu dan mulutnya akan menceceh ntah apa-apa. Hendak minum susu pula, bukan hanya berbaring di bawah. Minum susu mesti berbaring di atas sofa. Chewahhhh.. Dapat botol susu saja, terus memanjat sofa dan berbaring dengan penuh kenikmatan meminum susu.

Hari ahad dan isnin,(semalam) ibu, ayah dan Aisyah pulang ke kampung lagi. Kali ini lebih mencabar kerana Aisyah lebih ligat. Jalan pun sudah tidak mahu dipimpin. Sudah la bulan puasa, mahu mengejar dia ke sana ke mari...aduhaiii..mengah...

Aisyah memang sangat manja. Dimanjakan di rumah BS. Dimanjakan oleh ibu dan ayah meskipun sesekali kena pelepuk juga dengan ibu sebab tidak tahu diam lamgsung. Ibu marah pun, dia selamba tinggikan suara. Hamboihhh.. Memang bulat la mata ibu lepas tu. Senyap. Kemudian, sengih. Malah dimanjakan oleh nenek dan atuknya (emak dan abah ibu) sebab Aisyah adalah satu-satunya cucu mereka buat masa ini.

Aisyah tidak tahu takut. Memanjat sana sini. Turun naik sofa, kerusi, meja. Malah memanjat ke tempat letak lengan sofa dan beraksi seperti menunggang motor. Vromm..vrommm..bunyi dari mulutnya.

Ada kalanya, ibu tepuk kakinya kerana suka menendang-nendang dan Aisyah diam sekejap. Kemudian, sambung kembali aktiviti-aktiviti stunt nya. Huhhhhhh..

Makanan kegemaran Aisyah adalah kentang goreng. Ibu tidak bagi selalu. Sesekali kami drive thru di McD, dapatlah kentang goreng sebab ayah gemarkan kentang goreng. Kerana itu, Aisyah turut menggemari kentang goreng. Kadang kala dua beranak itu seakan berebutkan kentang goreng.

Tadi, pulang dari kampung, jalan ke pasir gudang jammed. Ibu mengajak ayah drive thru sahaja. Hendak ke bazar sudah tidak sempat. Sampai rumah, jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Aisyah pada mulanya tidur nyenyak. 15 minit selepas waktu berbuka, Aisyah bangun. Bulat matanya melihat kentang goreng. Ibu beri satu. Habis. Minta lagi. Ibu beri. Habis lagi. Aisyah terus cekut sebekas kentang goreng tersebut dan bawa lari. Ayah yang turut menjamah kentang goreng turut terkedu. Aisyah panjat sofa sambil tangannya tidak lepas memegang sepaket kentang goreng. Kemudian duduk molek saja di sofa dan menjamah kentang goreng satu demi satu. Seperti budak yang sudah besar lagaknya. Ibu tidak mengambil gambarnya pula. Memang sangat comel. Hahahahah...




Nota Kaki : Terlalu banyak gelagat Aisyah..nak cerita terlalu panjang!! semoga kenangan itu tersemat di dalam hati ibu..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Assalammualaikum.
    Tima kasih sudi jengah blog akak dan bersahabat ngan akak..

    Citer pasal proses pembesaran anak ni...mmg sebagai ibubapa akan teruja tgk perubahan demi perubahan dia.
    Akak dh lalui 3 orang anak. Dh besar2 semuanya. Semua kenangan masa dorang kecik kalo dikenang...sangat indah..

    BalasPadam
  2. setiap ank mesti perkembangan diorg x sama..mmg indah...

    BalasPadam
  3. Seronok la bce cte akk,mungkin itu la perasaan jd sorg ibu kan hee

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code