Ada kalanya, perasaan benci itu membuak-buak. Benci, meluat dan menyampah pada dia seorang. Entah kenapa...
Terlalu kejam rasanya kerana hati membenci insan itu. Kenapa hati ini membenci dia? Tetapi di hadapannya, boleh pula selamba, profesional.
Tetapi perasaan benci ini tetap tidak hilang. Perasaan benci kerap datang menyinggah sekali sekala.
Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda:
" Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih tiga hari lamanya"
" Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih tiga hari lamanya"
Oleh kerana itu, hapuskanlah segala perasaan benci dari hati. Cara terbaik untuk mengikis perasaan benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Dengan cara ini dapatlah kita membersihkan hati serta menenangkan fikiran.
Mengapa ia berlaku? Gelombang minda orang yang membenci kita dalam diam tu (walaupun sebenarnya kita tak tahu) masuk ke dalam minda separa sedar dan menarik gelombang yang sama dalam minda separa sedar kita, lalu menyebabkan timbulnya perasaan benci dan sakit hati walhal kita tidak pernah menunjukkan sikap sedemikian sebelum ini.
Pernah di masa lalu, ada yang mereka tak puas hati dengan perbuatan kita, yang kita tak sengajakan atau terbuat tanpa kita sedari, lalu ia mendatangkan ketidakpuashatian mereka. Ada sesuatu yang tersirat, tapi mereka tak bagitau, lama-kelamaan rasa benci dalam dia tu menjadi semakin kuat dan terpendam dari sehari ke sehari.Sama juga bila kita sakit hati dan benci dalam diam pada seseorang, secara automatik orang tu akan jadi tak senang dengan kita. Semua ni terbit dari minda separa sedar kita yang ibarat magnet. Benci menarik benci, sakit hati menarik sakit hati.
Gelombang minda ibarat gelombang handphone, tak nampak tapi bila kita dail nombor, gelombang hanphone kita boleh masuk ke penerima gelombang hanphone orang lain dan kesannya, kita boleh bercakap dengan dia. Sama juga halnya dengan gelombang minda.
Cara terbaik untuk mengurangkan 'sindrom' ini, sebelum tidur di waktu malam, maafkan kesemua orang yang dikenali, tak kira dia ada buat salah ke tidak. Maafkan saja seikhlas hati.
Bayangkan wajah mereka dan beri kemaafan satu persatu, seikhlas yang mungkin sehingga rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Ini akan meneutralkan semua gelombang negatif yang meresap masuk ke dalam minda separa sedar. Rasa kemaafan dan bersyukur sangat kuat, lebih-lebih lagi jika ia lahir dari hati yang tulus ikhlas.
Selepas itu, bila bangun keesokan paginya sehingga nak tidur semula di malam hari, latih diri untuk melihat pada aspek-aspek positif yang ada pada setiap orang, dalam setiap situasi, setiap benda dan setiap perkara. Bersangka baik, fokus pada kebaikan yang ada pada setiap orang.
Lama-kelamaan, minda akan terlatih untuk melihat yang positif saja. Kesannya, akan sentiasa tenang dan tak mudah marah. Emosi Anda juga akan jadi stabil, tak mudah naik angin, tidak menengking tak tentu pasal mahupun sakit hati secara tiba-tiba. Minda yang fokus pada nilai-nilai positif 'kebal' dari sebarang gelombang negatif yang bersimpang-siur di sekelilingnya.
Jauhkan dari mendengar umpatan-umpatan buruk mahupun gosip-gosip yang tak baik mengenai orang lain. Ini menyebabkan gelombang negatif yang lahir dari minda orang yang mengumpat tu masuk ke dalam minda lalu 'terjangkit' gelombang yang sama.
Kesannya, akan turut mengumpat, paling tidak pun turut sama rasa tak puas hati mendengar apa yang diumpatkan. Berhati-hati. Minda separa sedar kita tak tahu membezakan baik dan buruk.Apa yang masuk ke hati, apa yang terbayang di minda dan apa yang bermain di fikiran, itu yang ditangkap olehnya. Minda separa sedar ibarat sebuah kamera yang merakam semua memori di dalam minda tanpa menapis sedikitpun.
Apa yang masuk ke dalam minda melalui perasaan, mood dan emosi, itulah yang akan direalisasikan dan ditarik olehnya. Semua emosi ni (termasuk benci dan sakit hati) datang dari minda separa sedar semua kita.
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.