Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

BPA free




BPA atau nama saintifiknya Bisphenol A merupakan bahan kimia (C15H1602). Diketahui, dalam struktur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil dan bergantung kepada masa dan penggunaannya.

BPA mudah larut dan meresap ke dalam makana atau minuman kerana BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat.

BPA boleh membahayakan bayi kerana sifatnya yang mudah larut dalam makanan atau minuman itu, jika diberikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan bayi.

BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh boleh mengakibatkan gangguan hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan mendatangkan kesan lain pada tubuh.

Kajian lain adalah boleh menyebabkan baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikaatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Botol susu yang mempunyai label BPA FREE adalah selamat dari bahan kimia polikarbonat dan ibu percaya botol-botol susu di pasaran sekarang ini adalah BPA FREE tidak kira mahal atau murah. Pengalaman ibu membeli botol susu Aisyah, semua berlabel BPA FREE.

Cara terbaik untuk mengecam botol susu polikarbonat adalah melalui kod  plastik. Di bawah botol susu bayi ada tercatat pengelasa jenis plastik. Kalau ada terdapat logo segitiga dan di dalamnya ada nombor 7, bermakna plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi polikarbonat.





Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Thanks sharing Mar... semoga bermanfaat kpd semua juga..

    BalasPadam
  2. good sharing Mar..rasanya dalam 2-3 tahun dulu kecoh pasal botol susu BPA ni..ibu2 baru tahu..kalau dari dulu lagi kan bagus..anak no 4 akak jer yg pakai bebas BPA..yg lain..hmmm:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak, nice sharing. sheila baru beli botol susu BPA free. hehee

    BalasPadam
  4. ha lau cari tupperware2 ni kan sure nak tgk ada x BPA..cam rs selamat je kan..thks sharing info ni mar

    BalasPadam
  5. great piece of sharing Mar, so far memang akak menggunakan medium2 yang BPA free sahaja... ^_^

    BalasPadam
  6. baru aiza tahu mengenai BPA.. bagus perkongsian ini.. :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code