Terima kasih atas komen-komen sahabat ye. Tercetus pula idea untuk buat entri ini bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Mungkin entri lepas tidak begitu jelas.
Sila baca entri http://jnjikita.blogspot.com/2014/03/mamil-to-dugro.html bagi yang belum baca.
(sila klik untuk lebih jelas)
(sila klik untuk lebih jelas)
Pertanyaan utama mereka adalah
"kenapa susu tidak boleh dituang ke dalam bekas lain?"
Jawapan ibu (sila betulkan ibu kalau salah) :
Tidak semua susu tidak boleh dituang ke dalam bekas kedap udara. Cuma ibu mengikut arahan yang disediakan di pack susu tersebut.
(sila klik untuk lebih jelas)
(sila klik untuk lebih jelas)
ARAHAN PENYIMPANAN
Elakkan menuang susu tepung ke dalam sebarang bekas.
Simpan paket yang dibuka dalam bekas kedap udara di tempat kering dan dingin.
Guna sebelum tarikh luput dan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka untuk menjamin kesegarannya.
Ini adalah packaging bagi susu Dumex Dugro Asli
==============================
Peristiwa beberapa bulan yang lalu menjadi pengajaran bagi ibu. Ketika Aisyah minum susu formula Dumex Mamex (keluaran Dumex mamil step 2), kebanyakan paket yang dikeluarkan adalah di dalam kotak dan sebanyak 600gm setiap paket. Kebetulan juga, susu di dalam tin sudah habis dan terpaksa beli stok di dalam kotak. Di situ bermulanya penggunaan bekas kedap udara untuk susu Aisyah. Jenama tupperware jadi pilihan.
Ibu tuang susu ke dalam bekas dan berikan Aisyah minum susu tersebut seperti biasa. Aisyah juga minum seperti biasa. Dan siapa dapat menjangka Aisyah diserang cirit birit dan susu formula yang baru digunakan tidak sampai separuh terpaksa dibuang kerana dikhuatiri tercemar. Doktor mengesyorkan agar ibu memberhentikan pemberian susu formula tersebut serta merta dan ketika itu susu formula tanpa laktosa menjadi pilihan.
Pengalaman menggunakan susu formula tanpa laktosa boleh di baca di entri-entri sebelum ini.
Sejak kejadian tersebut, ibu tidak berani menuang susu formula Aisyah ke dalam sebarang bekas. Masuk dengan plastik-plastik dia tu. 600gm tu cukup untuk 5 hari je. Termasuklah susu yang ibu minum setiap malam, susu omega. Huhuhu..
Nota Kaki : Kekuatan setiap bayi tidak sama..chill
12 Ulasan
ilmu yang saya pelajari..biar lah jenama mahal pun tupperware tu,tetapi ia tetap memberikan kesan yang negatif pada susu tu ye mar,
BalasPadamthanks mar untuk ilmu ni,mana tau dah ada anak nanti boleh dipraktikkan,.,
ilmu baru untuk aiza lagi.. aiza tiada anak, hanya mampu membaca perkongsian pengalaman rakan-rakan..
BalasPadamniesa kena take note jugak pasal ni sbb kt umah ramai budak minum susu..kena tgk jgak la pasni..thanks share kak...
BalasPadamMmg perkongsian yg baik utk dijadikan peringatan kpd setiap keluarga ni.. kdg2 org baca tapi ambil remeh & degil juga nak buat ikut sesuka hati...
BalasPadamlya selalu tuang susu dalam bekas..tak boleh la plak kan
BalasPadamAssalamualaikum kak. ohhh kena ikut arahan yang ada dekat bekas susu ekk. terima kasih untuk pencerahan berguna ni... selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
BalasPadamthanks..sudi baca..
BalasPadamowh.. maksudnya dikhuatiri bekas tu tercemar dan menjejaskan kualiti susu..
BalasPadamOwh... Tkut tercemar la tu kn.. X pnh plak alert psal ni.. Terima kasih ingtkn.. Nnt nk tgk dutch lady sama x cara simpnnya..
BalasPadamOwh... Tkut tercemar la tu kn.. X pnh plak alert psal ni.. Terima kasih ingtkn.. Nnt nk tgk dutch lady sama x cara simpnnya..
BalasPadamOwh... Tkut tercemar la tu kn.. X pnh plak alert psal ni.. Terima kasih ingtkn.. Nnt nk tgk dutch lady sama x cara simpnnya..
BalasPadamoh gitu, sufi mama masih menyusu ibu, so tak alert pun pasal penyimpanan susu ni, terima kasih mar sebab sudi share ilmu penyimpanan susu tersebut
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.