Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mamil to Dugro

Assalamualaikum

Aisyah kian membesar. Dalam tempoh kurang 2 bulan, dia akan genap 2 tahun. Syukur Ya Allah atas kurnia Mu. Perancangan awal, cuba memberikan Aisyah susu Dumex Dugro. Sebelum ini dia minum Dumex Mamil.

Banyak jenama susu formula anak ada dijual, kalau nak pilih yang terbaik ikut umur anak anak kita, baca di blog ibusyurga.blogspot.com. Insyaallah membantu.

Kalau dilihat dari packaging, Mamil kemas berplastik aluminium di dalam kotak, Dugro hanya menggunakan plastik yang bercetak gambar. Dari segi khasiat yang tertera di packagingnya, sama sahaja. Tiada beza.

Pertama kali memberikan Aisyah susu Dugro, dia minum seperti biasa. Penjagaan susu tersebut haruslah diutamakan, seperti yang tertera di pack.

Jangan tuang susu ke dalam bekas.

Bau susu Dugro agak kurang menyenangkan dari Mamil. Mamil tiada bau sangat rasanya. Tapi, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keserasian perut anak.

Selang 5 minit selepas minum susu Dugro, Aisyah membuang air besar dan agak cirit walaupun sekali sahaja. Selepas itu, ibu berikan pula susu Mamil dan Aisyah tidak pula membuang. Kali ke-2 beri Aisyah susu Dugro dan situasi sama seperti kali pertama dia minum. Ibu sudah berpendapat, mungkin susu ini tidak sesuai untuk Aisyah.

Cuba wassup rakan-rakan yang mungkin anak mereka minum susu Dugro dan berhasrat untuk sedekahkan sahaja susu Dugro tu. Sayang kan susu. Kebetulan, jiran ibu berkongsi pendapat. Anak dia juga minum susu Dugro. Sebelum 2 tahun, minum susu Anmum.

Jiran memberikan tips untuk menukar susu anak.

Campurkan susu lama dan susu baru dalam skala 3:1. Contohnya, 3=skop susu baru, 1=skop susu lama. Jika anak tetap membuang dalam masa 4 atau 5 jam, bermakna susu tersebut tidak sesuai.

Keesokan harinya, ibu cuba mempraktikkan tips jiran dan Aisyah tidak pula membuang selepas minum susu tersebut. Andai tiada apa, bolehlah teruskan sahaja dengan susu Dumex Dugro. Jimat belanja, separuh harga dari harga Mamil. Takpe, Aisyah pun dah besar.

Dumex Mamil Learning

(klik untuk tumbesaran)

tukar kepada

Dumex Dugro Asli

(klik untuk tumbesaran)




Nota Kaki : Susu ibu adalah susu yang terbaik. Selepas 2 tahun, susu untuk anak juga perlu dititikberatkan.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. setakat ini masih setia bersama ANMUM...

    BalasPadam
  2. tips baru ni. selalu ni kalau saya nak tukar susu anak, tak pernah pula campur susu baru dengan susu lama dalam 1 botol. takut anak tak serasi pulak.

    dan kenapa takleh tuang susu dalam bekas ye? macam saya beli susu tin 1.8kg, so saya transfer dalam bekas-bekas untuk minum kat rumah dan juga untuk hantar kat babysitter. tak boleh ke buat mcm tu? kenape ye?

    BalasPadam
  3. o tukar susu yer.. tp macam lebih kurang je kan..

    BalasPadam
  4. Uni, dekat pack dumex dugro tu ada arahan, "jangan tuang susu ke dalam bekas"..
    susu lain takde kot
    saya tak pernah tuang susu (tak kira susu apa) dalam bekas wp tupperware..
    kalo anak xde alahan apa2 xpe..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak, susu takleh buh dalam bekas? bekas susu ke tupperware?

    BalasPadam
  6. lebih kurang je kan susu nie..knp tak blh tuang dlm bekas..

    BalasPadam
  7. setiap baby ketahanannya x sama ...

    BalasPadam
  8. bagus perkongsian pengalaman ini.. :D

    BalasPadam
  9. dr dulu mmg setia ngan dutch lady hehehe

    BalasPadam
  10. Saya memang setiap hari tuang dalam bekas2 kecil (khas bekas susu) untuk guna setiap hari..senang nak bancuh susu..lagipun tidaklah banyak serpihan2 susu jatuh keluar botol kalau nak cepat buat susu...so far so good..tak ada masalah pada anak..

    BalasPadam
  11. susu dugro 123 anak sy x boleh minum..dari kecil dia minum susu ducth lady..bila naik setahun lebih sy bg susu ducth lady 123 dia x bileh minum sembelit sampai nangis...dh bnyk kali sy cuba..x boleh juga..sy beli susu ducth lady 6-18 bulan..ok berak mcm biasa..tp skrg dh setahun 7 bulan..dugro 123 pon sama x boleh..skrg sy cuba susu dumex mamil..nk tngok serasi x..yg 123...sy dh pening fkr susu apa nk kasi dia minum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok tak lepas minum susu dumex mamil? Sembelit teruk tak?

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code