Kredit to Google
Setiap pagi tatkala melalui jalan kecil menghala ke kampung sungai rinting untuk menghantar Aisyah ke rumah pengasuh, kami akan melalui satu kawasan semak di tepi jalan. Di kawasan semak itulah terdapat banyak bunga kembang pagi.
Setiap kali lalu kawasan itu, ibu akan tanya kepada Aisyah, "Aisyah, mana bunga?"
Tuuu...jawab Aisyah bersama muncung dan jarinya. Comel. Rasa nak cium-cium masa tu juga.
Bunga kembang pagi juga dikenali sebagai bunga seri pagi atau dikenali juga dengan nama inggerisnya, Morning Glory.
Cantikkan ciptaan Allah. Bunga ungu ini hanya berkembang di waktu pagi dan akan luruh bila matahari mulai naik.
Nota Kaki : Indahnya alam..
4 Ulasan
cantik je bunga tu..suka tengok..
BalasPadammeamng suka tengok bunga2 yang pelbagai warna nie...sejuk je mata...
BalasPadamdulu niesa suka tgk bunga ni..tp xtau nama..hehe..tp bila besar mcm jarang tgk bunga ni..cantikkan ciptaan Allah...
BalasPadamSaya pun jenis yg suka tengok bunga & berkebun.. tenang hati bila melihat bunga2 kembang... :D
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.