Semalam pengasuh mengadu Aisyah susah mahu buang air besar. Bulan lepas pernah juga begitu. Dalam usia Aisyah yang menginjak usia 2 tahun, faktor pemakanan adalah punca bagi sembelit walaupun dia minum air masak. Aisyah jenis yang makan dengan kerap. Dalam satu masa dia tidak makan terlalu banyak melainkan dia terlalu lapar. Dia kerap meminta makanan dan pantang melihat orang lain makan. Mesti dia datang mengendeng.
Untuk mengelakkan anak sembelit, beri dia makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berkuah seperti sup. Kebiasaan ibu hanya buat sayur bayam tumis air. Aisyah sangat suka. Tetapi sejak 2 minggu ini, ibu tidak sempat memasak sayur dan ada sayur di dalam peti ais terbuang begitu sahaja. Sesetengah sayur pula, Aisyah tidak mahu makan seperti lobak merah. Aisyah hanya makan dengan kuantiti sedikit dan dikemam-kemam ambil airnya sahaja.
Cara terbaik untuk menggalakkan anak makan sayur adalah dengan membuat jus. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran. Sedap. Cubalah.
Ibu akan try & error setiap keinginan Aisyah. Kalau nasi dia tidak lalu makan, buat bubur. Jikalau sup ayam dia tidak mahu, buat tomyam ayam tidak pedas. Tomyam ayam adalah kegemaran Aisyah. Dia sangat suka dan akan minta lagi dan lagi. Ada kalanya, dia tidak mahu makan nasi atau bubur dan ibu masak pasta pula. Ibu tidak kisah masak macam-macam menu, asalkan Aisyah mahu makan. Lauk yang ada, ibu dan ayah boleh makan atau boleh disimpan dan akan dihangatkan kemudian.
Tips lain yang ingin dikongsikan adalah menggerakkan kaki anak/ bayi dengan kayuhan basikal. Buat secara lembut. Ibu praktikkan ketika Aisyah masih belum pandai berjalan. Dah pandai jalan, jangan harap dapat excercise macam tu.
Selain itu, urut lembut belakang betis anak/ bayi berserta selawat. Urutan ini mampu melegakan anak dan memudahkan proses membuang.
Ini yang ibu lakukan jika Aisyah susah untuk membuang air besar. In sha Allah berkesan dengan izinNya.
Ikan..fish..hihihi
Ibu, dok..dok..ini..
Nota Kaki : Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
13 Ulasan
suka tengok fish ya...
BalasPadamBanyaknya aquarium kat rumah tu Mar..anak2 akak dulu selalu jugak kena sembelit..bila dah besar baru hilang..:)
anak saya kalau minum milo mesti sembelit, so selalu stanby yakult untuk dia lawas.
BalasPadamdah besar dah aisyah ya..bahaya juga sembelit nie
BalasPadamAssalamualaikum kak, sampai skrg sheila amalkan berjalan banyak sebelum masuk jamban. hehe mak ajar adik bongsu masa dia baby. kita perhati je, rupanya dah besar ni pun valid gak kaedahnya. hihi singgah menabung colgate sini ~~~
BalasPadamkalau org dewasa pun smbelit mmg elok syur, sup tu..
BalasPadamdulu ms anak2 masih bayi sllu gak lah dok urut2 tang betis diorg..takut angin ka apa ka kan
BalasPadamthx sharing tips ni mar
nice info..sy selalu excersice dgn baby..nak buang angin dlm badannya..hehe
BalasPadamSalam. Semoga anak akak sihat sokmo. Biasalah anak kecil terkena sakit atau demam. Antibodi kurang.
BalasPadamkadang kadang suap sana sikit sini sikit pun boleh buat jadi sembelit..
BalasPadamluth balik kg hari tu..sembelit..main belasah je makan. kesian dia...
BalasPadamGood sharing...semoga anak akak baik seperti selalu :)
BalasPadamsemoga aisyah sihat selalu.. perut kanak-kanak memang sensitif kan..
BalasPadamPerkongsian yg sgt bermanfaat.. t kasih Mar.. :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.