Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Yakin & Percayalah


"..barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu.." Surah Al- Baqarah:216


Setiap kali kita jatuh terduduk menghadapi ujian, yakin dan percayalah bahawasanya Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Terlalu banyak kisah yang ingin dikongsikan, di mana ianya kita boleh jadikan ikhtibar bagi menjalani kehidupan sehari-hari.

Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang kadang kala kita tidak perasan.


Kredit to Google


Kisah 1:

Terkejut dengan perkhabaran seorang rakan yang tiba-tiba mahu berhenti kerja dan ibu kira dia mahu menyusukan dan menjaga anak sepenuh masa. Satu perngorbanan yang sungguh murni.

Itu salah satu faktor dia berhenti kerja. Faktor utama kerana dia mendapat peluang pekerjaan dari seorang sepupu. Dengan lapang dada dia menghantar surat perletakan jawatan dan dalam tempoh 30 hari dari itu dia akan melangkah ke alam yang baru. Dia gembira dengan keputusan itu.

Hari demi hari berlalu pantas dan 7 hari sebelum hari-hari terakhirnya di syarikat itu, sepupu yang sangat dipercayai tidak dapat memberikan gaji seperti yang pernah dijanjikan. Mula berdolak dalih. Dan dia rasa dikhianati.

Sesal tiada guna. Pengganti diri di tempat kerja sudah ada dan hendak atau tidak, suka atau tidak dia akan berhenti kerja juga. Dia terasa sangat hampa kerana dia baru sahaja dinaikkan gaji sebanyak RM300 dan bonus 3 bulan.

Tiada rezeki. Itulah yang mampu diluahkan.


Disebalik kejadian, dia tidak perlu bekerja dan itu mungkin rezeki anaknya untuk mendapatkan kasih sayang 100% darinya.



Kisah 2:

Kenaikan gaji setiap tahun tidak lah besar mana, tetapi dia rela bekerja di situ kerana kebarangkalian untuk mendapatkan kerja lain agak sukar. Selama hampir 8 tahun dia berkhidmat di situ, selama itu juga dia terpaksa melakukan kerja lebih masa saban hari kerana jika tidak majikannya tidak akan membenarkan dia bekerja lebih masa kalau sesekali sahaja dia berbuat begitu.

Masalah timbul apabila suaminya terpaksa bekerja di tempat lain dan dia tidak mempunyai kenderaan untuk ke tempat kerja. Menumpang kawan dan membayar duit minyak itulah penyelesaia yang dapat difikirkan. Jarak dari rumahnya ke tempat kerja hampir 1 jam. Hinggalah masalah kenderaan menjadi satu masalah yang rumit dan dia terpaksa berhenti bekerja. Redha.

Tiada rezeki di situ.


Disebalik kejadian, mungkin rezeki buatnya dapat menjadi surirumah sepenuh masa. Menjaga kebajikan anaknya sehari-hari dan menjaga ibu kandungnya sendiri yang semakin hari semakin uzur.




Kisah 3:

Berkira-kira untuk meletakkan jawatan gara-gara orang atasan yang sangat mengecewakan. Dia tekad dan dia percaya rezeki itu ketentuan Allah. Dia yakin, in sha Allah dengan kelayakan dan kemahiran yang dia ada, ada syarikat lain yang akan memanggilnya bekerja.

Bukan soal bayaran bulanan besar atau kecil, tetapi keadaan sekeliling dan dilingkungi orang-orang atasan yang agak 'kerek' membebankan perasaan. Sudah lah bekerja 8 jam sehari tanpa henti. Dipaksa pula bekerja lebih masa dengan alasan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Hujung minggu, hari bersama keluarga juga terpaksa bekerja. Maka, masa bersama keluarga adalah pada waktu malam yang hanya beberapa jam sebelum masing-masing tidur kepenatan.


Tiada rezeki di situ. In sha Allah rezeki itu luas..


Disebalik kejadian, kita kenal siapa kawan siapa lawan. Melangkah pergi dari situ mungkin satu kebaikan kerana apa yang penting adalah keselesaan tempat kerja.



Kredit to Google





Nota Kaki : Yakin dan percayalah...




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Allah tahu terbaik untuk kita, kita redha sahaja dan doa supaya kita kuat menempuh dugaan

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak, dugaan sungguh. semoga dipermudahkan segala urusannya. in shaa Allah

    BalasPadam
  3. Ayat 5-6 Surah Alam Nasyrah " Kerena sesungguh sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" dua kali ayat itu diulangi... Maka ada bakal kemudahan yg akan Allah berikan kepada mereka yg berlapang dada dengan kesulitan...

    BalasPadam
  4. terdiam sejenak lepas baca entry mar kali ini. dalam sungguh maknanya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code