Kadang kala meluahkan perasaan kepada seseorang agak sukar. Sesuatu yang agak sukar untuk ibu lakukan. Tetapi, setelah terluah segala isi hati, rasa lega tetapi bercampur serba salah pula. Rasa serba salah yang terbit kerana terasa melukakan hati sesiapa yang berkenaan dengan luahan itu. Mungkin juga luahan itu terlalu kasar atau terlalu zalim untuk diterima olehnya.


Sebelum meluahkan sesuatu, diri ini berkira-kira dahulu. Perlu fikir beribu kali.

Perlukah meluahkan?

Bagaimana pula orang yang mendengar luahan hati ini? Bosankah dia? Meluatkah dia?

Bagaiman penerimaan orang dan pendapat orang setelah meluahkan hati?

Adakah diri ini boleh menerima pendapat dari mereka?


Justeru itu, seorang sahabat yang dipercayai sangat perlu. Tidaklah sebagai tempat meluahkan perasaan semata-mata. Walhal, untuk meluahkan sesuatu kepadanya juga memakan masa. Selagi boleh simpan, simpan. Jika tidak, perlu menyusun ayat untuk meluahkan sesuatu agar sesuatu itu tidak melangkaui sesuatu yang tidak perlu.

Tidak kisah berkawan berapa ramai sekali pun. Tetapi, tidak semua perkara perlu diceritakan dan diluahkan. Kadang kala hanya berkongsi pendapat dan rasa. Berkawan satu kelebihan, tidaklah dikatakan 'takde jiwa'.


Kredit to Google