Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cubaan Merompak


Kejadian ini berlaku pada hari rabu yang lalu. Berlaku kepada salah seorang staff di sini. Sebiji tayar kereta vios putihnya tanggal ketika dia mengundurkan kereta dari tempat letak kereta. Bermakna, pencuri tayar cuba untuk mencuri tayarnya tetapi tidak sempat. Kejadian berlaku sekitar jam 7 malam. Dia salah seorang staff yang kerap balik lewat. (macam ibu).


Kami di sini tiada tempat letak kereta khas untuk pekerja. Makanya kereta kami cuma parking di sekitar tepi-tepi jalan dan kebetulan ada satu lorong jalan mati di hadapan kilang kami dan di situ menjadi tempat parking para pekerja. Staff dan pekerja di sini hampir 500 orang, tetapi tiada tempat letak kereta yang khusus. Motorsikal sahaja ada tempat khusus, mungkin kerana ia memerlukan ruang yana kecil. Kejadian kecurian motorsikal juga kerap berlaku dan itulah jalan terbaik yang telah top management aturkan.


Kebetulan kejadian ini berlaku kepada seorang staff yang berpangkat dan antara pekerja lama di sini, maka management barulah buka mata dan mencari jalan terbaik agar kebajikan pekerja dan keselamatan pekerja terjamin.


Sebenarnya, sudah ada pekerja nepal yang dirompak, bukan sekali dua. Tetapi oleh kerana mereka hanya pekerja bawahan, perkara ini setakat habis di bilik meeting. Tiada kesudahan walaupun ada sesetengah pihak cuba untuk berbuat sesuatu yang wajar. Namun, keputusan tetap terletak di tangan top management.


Sehubungan itu, top management meminta guard menemani staff perempuan yang pulang lewat ke keretanya. Ya, ibu salah sorangnya. Kadang kala jam 8 malam baru pulang. Seketul jelah kereta viva yang ada kat tepi jalan tu. Yang lain ada juga, cuma jenama kereta yang berlainan.



Eh, macam buat karangan pulak. Dah la tu. Nak cerita pasal kejadian tu je.


Makanya, tidak kira kita berada di mana, sebagai perempuan, kita perlu extra berhati-hati. Mungkin hari ini hari dia, tidak mustahil esok lusa giliran kita pula. Penjahat-penjahat itu pastu sudah meronda beberapa kali, malah mungkin berhari-hari memerhatikan mangsanya. Dah nama penjahat, pasti mereka tahu memilih mangsa.


Kredit to Google


Nota Kaki : Tiba-tiba rasa nak belajar bersilat..



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. takutnya kalau kena kta kita camni..
    sedangkan polis yg meronda pun diarang boleh berlawan(cam kes baru2 ni)..mintak jauh.sepatutnya dari dulu lagi pihak atasan buka mata sebelum sesuatu yg lebih teruk lagi berlaku..Mar hati2 tau..:)

    BalasPadam
  2. Memang kena hati2 lebih Mar.. sekarang ni penjenayah semakin berluas-luasa..

    BalasPadam
  3. sekarang ni dengan pak guard pun ain takut

    BalasPadam
  4. Kegiatan jenayah sekarang memang berleluasa.. be extra careful

    BalasPadam
  5. kita org pempuan memang kena selalu brwaspada..penjahat tu mana kira semua dia bantai..emmm

    BalasPadam
  6. salam jumaat mar... tiba tiba teringat pulak yang dulu pernah kena ragut...

    BalasPadam
  7. Kejadian2 mcm ni mmg merisaukan, bukan hanya pada wanita malah kpd lelaki juga.. Semoga kita semua dijauhi dari musibah & keburukan... aamiin.

    BalasPadam
  8. ye betul.kena selalu berhati hati =)

    BalasPadam
  9. hati2 kak...sekarang ni jenayah dh semakin berleluasa...mcm2 cara dorg nk buat jenayah..

    BalasPadam
  10. nak balik awal pun tak boleh jugak ya sebab tuntutan kerja kan. banyakkan berdoa moga2 Allah sentiasa melindungi kita di mana jua kita berada.

    BalasPadam
  11. Ngan keadaan skang ni.. smua pun mankutkn.. apatah lg pak guard, susa nk pcayaa.. prepare laa spray pemedih mata kaa.. ilmu mpertahankn diri kee ntuk diri sdiri lagi2 kalo blik lewat malam..

    BalasPadam
  12. Ngan keadaan skang ni.. smua pun mankutkn.. apatah lg pak guard, susa nk pcayaa.. prepare laa spray pemedih mata kaa.. ilmu mpertahankn diri kee ntuk diri sdiri lagi2 kalo blik lewat malam..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code