Betapa kerdilnya diri ini ketika memohon doa kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Kuasa. Adab perlu dititik beratkan. Antara adab berdoa melalui petunjuk Al-Quran dan sunah termasuklah:
- Berdoa kepada Allah dengan nama-namaNya yang indah (Asmaul Husna).
- Memuji Allah SWT terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
- Bersungguh-sungguh dalam berdoa, ikhlas dan kusyuk.
- Tidak berlebih-lebihan dalam berdoa seperti meminta menjadi mulia seperi nabi.
- Mengulang-ngulang suatu permohonan sebanyak 3 kali.
- Memanfaatkan setiap waktu yang mustajab untuk berdoa iaitu ketika sahur, ketika sujud, ketika tahiyat akhir sebelum memberi salam, antara waktu asar dan maghrib pada hari jumaat, antara azan dan iqamah, ketika berpuasa, ketika bermusafir, ketika hari hujan, pada sepertiga akhir malam, pada sepuluh malam terakhir Ramadan serta pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah termasuk hari Arafah.
- Tidak menggunakan bahasa yang keterlaluan seperti bersajak dan membebankan. Ini bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud:
...kepadaNyalah dinaikkan perkataan yang baik...~ Surah Fathir: 10.
- Berdoa dengan singkat dan penuh makna.
- Berdoa dengan suara yang lembut dan perlahan. Firman Allah yang bermaksud:
Berdoalah kepada TUHANmu dengan merendah diri dan suara yang lembut...~ Surah al-A'raf: 55.
- Berdoa dengan menghadap kiblat.
- Berdoa selepas berzikir, selepas membersihkan gigi (bersiwak), ketika berada di tempat yang mulia, ketika berada di dalam masjid, berada dalam majlis ilmu atau ketika berada di hadapan Kaabah.
- Sentiasa mendoakan mereka yang kita kasihi.
Doa seorang muslim yang tidak berada di sisinya adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang bertugas. Setiap yang berdoa demi kebaikan saudaranya, maka malaikat berkata, "Kabulkanlah, dan bagimu yang serupa"
Selain itu, doa dari golongan berikut juga merupakan doa yang mustajab iaitu:
- Doa mereka yang dizalimi.
- Doa ibu bapa untuk anaknya.
- Doa imam yang adil.
- Doa anak salih untuk kedua orang tuanya.
- Doa mereka yang terjaga daripada tidur dengan doa yang ma'thur.
- Doa orang yang berada di dalam kesusahan.
- Doa dengan doa Nabi Yunus.
- Doa mereka yang sedang menunaikan haji.
- Doa mereka yang sedang menunaikan umrah.
- Doa mereka yang banyak berzikir kepada Allah.
- Doa orang yang dicintai dan diredhaiNya.
Doakan keselamatan para penumpang dan krew MH370.
Berikan kekuatan dan permudahkan jalan untuk mencari mereka.
Teruskan titipkan doa buat mereka yang terlibat
Hari ini ujian buat mereka, esok lusa mungkin giliran kita (ujian dalam bentuk berbeza).
14 Ulasan
Perkongsian yg bermanfaat.. Teruskan doa utk MH370...
BalasPadamsangat bermanfaat perkongsian ini untuk amalan kita semua..
BalasPadaminsya allah..semoga mh370 dapat ditemui..
BalasPadamada dgr sorg ustaz ckp kat WHI
BalasPadamkatanya kita lau berdoa mengadap kiblat..sbb doa tu akan terus sampai kepadaNYA..allahualam
thx sharing mar :)
amin.. always prays for mh370 ;)
BalasPadamterima kasih perkongsian...
BalasPadamsekrg kalau bukak tv, pilihan channel ialah 101, 501... :(
Assalamualaikum kak.. terima kasih berkongsi entri ni... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
BalasPadamnk bersungguh2 tu paling susah..
BalasPadamdah banyk kali ingatkan diri sendiri..
lepas sembahyang..nk cepat je.
perkongsian yg sgt2 bermanfaat sis..pray for MH370..
BalasPadamsemoga mereka segera ditemui dalam keadaan selamat ... aaamin .
BalasPadamSubhanallah... marilah bersama2 kita semua terus berdoa... Allahuakbar..
BalasPadamKepentingan adab berdoa..semoga segala doa kita akan diperkenankan oleh Allah..AMin!
BalasPadamInfo yg bermanfaat.. tq sharing Mar ;)
BalasPadamInfo yg bagus dan byk manfaat utk kita semua
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.