Assalamualaikum

Aisyah kian membesar. Dalam tempoh kurang 2 bulan, dia akan genap 2 tahun. Syukur Ya Allah atas kurnia Mu. Perancangan awal, cuba memberikan Aisyah susu Dumex Dugro. Sebelum ini dia minum Dumex Mamil.

Banyak jenama susu formula anak ada dijual, kalau nak pilih yang terbaik ikut umur anak anak kita, baca di blog ibusyurga.blogspot.com. Insyaallah membantu.

Kalau dilihat dari packaging, Mamil kemas berplastik aluminium di dalam kotak, Dugro hanya menggunakan plastik yang bercetak gambar. Dari segi khasiat yang tertera di packagingnya, sama sahaja. Tiada beza.

Pertama kali memberikan Aisyah susu Dugro, dia minum seperti biasa. Penjagaan susu tersebut haruslah diutamakan, seperti yang tertera di pack.

Jangan tuang susu ke dalam bekas.

Bau susu Dugro agak kurang menyenangkan dari Mamil. Mamil tiada bau sangat rasanya. Tapi, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keserasian perut anak.

Selang 5 minit selepas minum susu Dugro, Aisyah membuang air besar dan agak cirit walaupun sekali sahaja. Selepas itu, ibu berikan pula susu Mamil dan Aisyah tidak pula membuang. Kali ke-2 beri Aisyah susu Dugro dan situasi sama seperti kali pertama dia minum. Ibu sudah berpendapat, mungkin susu ini tidak sesuai untuk Aisyah.

Cuba wassup rakan-rakan yang mungkin anak mereka minum susu Dugro dan berhasrat untuk sedekahkan sahaja susu Dugro tu. Sayang kan susu. Kebetulan, jiran ibu berkongsi pendapat. Anak dia juga minum susu Dugro. Sebelum 2 tahun, minum susu Anmum.

Jiran memberikan tips untuk menukar susu anak.

Campurkan susu lama dan susu baru dalam skala 3:1. Contohnya, 3=skop susu baru, 1=skop susu lama. Jika anak tetap membuang dalam masa 4 atau 5 jam, bermakna susu tersebut tidak sesuai.

Keesokan harinya, ibu cuba mempraktikkan tips jiran dan Aisyah tidak pula membuang selepas minum susu tersebut. Andai tiada apa, bolehlah teruskan sahaja dengan susu Dumex Dugro. Jimat belanja, separuh harga dari harga Mamil. Takpe, Aisyah pun dah besar.

Dumex Mamil Learning

(klik untuk tumbesaran)

tukar kepada

Dumex Dugro Asli

(klik untuk tumbesaran)




Nota Kaki : Susu ibu adalah susu yang terbaik. Selepas 2 tahun, susu untuk anak juga perlu dititikberatkan.