Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Semak Daftar Pemilih

Assalamualaikum


PRU mungkin akan berlangsung pada Mac 2017. Jika pilihanraya jatuh pada suku pertama 2017, maka 30 September 2016 ialah tarikh akhir untuk mendaftar. Hari ini!

Dari sumber yang di share di aplikasi Whataps, daftar pemilih baru, melayu hanya 49,000 berbanding bukan melayui iaitu sebanyak 115,000. Mana pergi yang lain? Tolonglah!

Pendaftaran sebagai memilih sangat mudah. Hanya perlu pergi ke pejabat pos atau ke kaunter pendaftaran SPR dan tunjukkan kad pengenalan. Mudah sangat.

Masuk tahun depan, kali-3 saya sudah mengundi. In sha Allah..

Bagi yang sudah mendaftar, boleh semak nama masing-masing di pautan ini, http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/


Saya sudah, korang?


*Update : 
KENYATAAN MEDIA VIRAL BERKAITAN PENDAFTARAN PEMILIH ADALAH TIDAK BENAR
Berhubung mesej yang diviralkan di media sosial berkaitan tarikh 30 September 2016, Jumaat ini sebagai tarikh tutup pendaftaran yang melayakkan seseorang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika diadakan pada Mac 2017 adalah andaian pihak tertentu semata-mata dan ianya tidak benar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun di mana selepas tarikh 30 September 2016 orang ramai masih boleh terus mendaftar.
Sebagai makluman tarikh 30 September itu merupakan tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016. Selepas tarikh itu bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016,  mana-mana orang yang mendaftar akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Keempat 2016.
SPR mewartakan Daftar Pemilih Tambahan berdasarkan Suku Tahun iaitu Suku Tahun Pertama (Jan - Mac), Suku Tahun Kedua (April-Jun), Suku Tahun Ketiga (Julai-September) dan Suku Tahun Keempat (Oktober-Disember).
SPR menyarankan supaya orang ramai yang masih belum mendaftar sebagai pemilih agar mengambil peluang mendaftar dengan segera tanpa menunggu di saat akhir atau disebabkan oleh viral tertentu sahaja.
Mendaftar sebagai pemilih dan mengundi semasa pilihanraya adalah tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Jangkaan bahawa PRU14 akan berlaku pada Mac 2017  merupakan andaian pihak tertentu sahaja. Penentuan pembubaran Parlimen adalah dibawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri.
Disamping itu juga SPR ingin menjelaskan bahawa kaedah pendaftaran yang digunapakai sekarang adalah memerlukan seseorang itu hadir sendiri ke kaunter pendaftaran SPR atau mana-mana kaunter pejabat pos berkomputer atau melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik oleh SPR. Mereka perlu membawa bersama kad pengenalan yang asal dan mengisi Borang A.
Viral yang menyatakan bahawa pendaftaran pemilih boleh dilakukan menerusi kaedah pesanan ringkas (sms) atau aplikasi whatsApp dengan menghantar salinan gambar kad pengenalan ke nombor talian tertentu adalah tidak benar. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan mesej yang diviralkan itu kerana dibimbangi maklumat peribadi mereka akan disalahgunakan oleh pihak tertentu.
SPR juga ingin mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan logo SPR tanpa kebenaran dalam paparan mereka untuk mempromosi usaha mendaftar pemilih oleh pihak mereka kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Putrajaya
Tarikh: 29 September 2016




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Kakak pun dah juga Mar.
    Rugi kalau tak mengundi.

    BalasPadam
  2. Mek tk dftr lg. Kne pegi dftr ni. Rugi oiiii tk mgundii

    BalasPadam
  3. Saya pun dah dua kali mengundi. Kalau pilihanraya tahun depan, tiga kali jugalah. Tapi saya tak pergi semak status pun. Sebelum ni, takdalah pulak masalah rasanya. Nanti nak check jugalah online.

    BalasPadam
  4. dah semak... hihihi

    pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  5. terima kasih sbb sudi join GA sy. sy dah masukkan link blog awak dalam bloglist sy. senang la untuk sy blogwalking :)

    BalasPadam
  6. done. :)
    apa pilihan anda..anda tentukan hehe

    BalasPadam
  7. Dah selamat daftar.
    Tak shabarrrr dah ni dah ngundi..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code