Assalamualaikum

Gadjet Pilihan Hati | Akhirnya saya sambar juga seketul. Memang dah lama idamkan handphone baru. Sebelum ni saya pakai tablet Samsung (tak ingat jenis apa). Ok je cuma besar lah!
Sejak ada rezeki sikit-sikit review produk, memang saya memerlukan handphone berkamera cantik. Selalu pinjam handphone en.suami je. En.suami pakai Samsung Note 4. Kamera memang cantiklah.

Baru grab minggu lepas. Tab saya pun dah mula cari pasal, whataps tak masuklah sebab memory asyik full. Lagi-lagi lambakan group whataps di aplikasi whataps. Belum termasuk group whataps job review. Maka, terpaksalah saya quit dari group whataps yang saya tak berapa aktif.

Dah lama berkenan dengan Samsung Galaxy J7 Prime ni sebab saiznya sedang-sedang, tak lah kecil sangat. Skrin bersaiz 5.5". Gambar pun cantik. Memory handphone besar tau iaitu 32G. Besar kan. Boleh masuk 2 simkad.

Asalnya saya mahukan cover berwarna merah jambu tapi stok dah habis. Ini pun stok handphone jenis ini cuma tinggal 3 unit sahaja. 2 unit berwarna hitam dan 1 unit berwarna putih + gold. Cepat je saya grab warna putih + gold. Cantik juga.

Saya beli di Seng Heng outlet sebab memang yakin mereka jual yang original. Sebelum ni, tablet samsung saya pun beli di Seng Heng, Termasuklah handphone en.suami.