Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Mentega Kismis Pembuka Selera


Hujung minggu adalah saat bagi ibu untuk menajamkan lagi skill masak memasak. Sudah bergelar isteri dan ibu haruslah mahu suami dan anak makan air tangan sendiri. Hari bekerja juga memasak, cuma masak masakan yang ringkas. Sesekali masak yang sedap sikit apa salahnya.

Sudah terniat di dalam hati akan memasak menu ini saat terbaca entri di blog Kak Yatie, pemilik blog Cahaya Hidupku


Untuk resepi, boleh la ke pautan ini ---> SIni 
(malas nak menaip)


Nasi Mentega Kismis -dalam periuk lagi kauuuu


Ayam masak merah biasa-biasa je..


Ayam goreng berempah simple


Resepi Ayam Goreng Berempah Ibu

Bahan-Bahan:
- Ayam
- Garam
- Kunyit
- Serbuk Kari
- Tepung tempura
- Daun Kari
- Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
- Gaul ayam dengan kunyit, garam dan serbuk kari beberapa jam sebelum digoreng.
- Cairkan tepung tempura denga sedikit air, masukkan daun kari.
- Goreng ayam setelah minyak panas.

Sedappppp!!


Masak sekali sahaja dan boleh dibawa untuk makan malam. Tak baik membazir. Makan sahaja apa yang ada. Bersyukurlah. Erkkk..apsal??

Sementara menanti ayah yang pulang lewat malam itu, ibu sempat menggoreng dua ketul aiskrim goreng, juga homemade. Ala simple sahaja. Semua orang pernah mencuba kan. Satu untuk ibu, satu untuk Aisyah. Cukup. Kata diet. Seronok melihat Aisyah berselera makan aiskrim goreng ni dan penuh perasaan menyebut.."emmmm dappppp.."


Aiskrim goreng


Jam 10.10 malam, ayah baru sampai ke rumah. Bersihkan diri dan solat Isyak, kemudian terus ke dapur makan nasi mentega kismis bersama ayam masak merah. Lapar ye ayah...




Nota Kaki : Datang mood malas, dapur pun ibu malas nak jejak..


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Wah..dah try. Saya ada niat nak buat nasi butter tu..tapi tak terbuat lg. Minggu ni nak buat jugak.

    BalasPadam
  2. wahh...sedappp..ayam masak merah my fav..niesa xpernah lgi cuba buat sendiri aiskrim goreng kak..hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak, sedapnya. kecur air liur sheila ~~~

    BalasPadam
  4. sedapnya Mar..bila tengok pic tu..tetiba mood rajin nak masak datang!!
    patutla Mar slim melim..makan pun sikit..kalau akak satu tak cukup ais krim tu..mau nya 3-4..hihi

    BalasPadam
  5. Wah dah mencuba ye Mar Nasi Mentega Kismis tu :)

    Terliur pulak akak tengok ayam goreng berempah tu, nak juga mencuba nanti :)

    BalasPadam
  6. kak sura, pembetulan, saya dah gemuksss.. mana ada selim nye

    BalasPadam
  7. Betul tu... bila datang hujung minggu,masa tu lah nak asah skill memasak... ^__^
    Sedapppp tu nasi mentega kismis dan regu2nya...

    BalasPadam
  8. tiba2 jadi lapar di petang hari... bha ha ha...

    BalasPadam
  9. istimewa tu nasi mentega..sy pun tak pernah buat..kena pulak dengan ayam masak merah..mmg mengancam

    BalasPadam
  10. Wah nampak sedap tue.. farah pn smlm beli ais krim goreng.. tp rasa dia so-so jer..maybe tak kena kat tekak kot.. =D

    BalasPadam
  11. Saya belum pernah buat ais krim goreng. Adui, malunya nak mengaku...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code