Bersiar Bersama Keluarga di LEGOLAND THEME PARK

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Bersiar Bersama Keluarga di LEGOLAND THEME PARK | 16.09.17 - Sekali lagi kami diberi peluang bersiar dan bermain di Legoland. Cik Aisyah lah yang paling suka sebab dia dah besar, dah tahu erti keseronokan bermain. Tapi, banyak juga mainan yang dia tak dapat main sebenarnya.

Setelah mendapat tiket di kaunter tiket (jangan risau kaunter sangat banyak), perlu melalui security terlebih dahulu sebelum dapat masuk ke dalam Taman Tema. Security akan memeriksa beg yang anda bawa masuk. 

Sekiranya membawa anak kecil, disarankan membawa stroller dan air masak/ susu secukupnya. Dengan stroller bolehlah angkut susu anak dan anak pun dapat tidur dengan tenang dan selesa.
Apa lagi jom kita jelajah Taman Tema Legoland ni.


Melepasi pintu masuk, pertama sekali akan dapat melihat The Big Shop di sebelah kanan. The Big Shop merupakan kedai Lego terbesar di Asia. Kalau berminat nak beli Lego atau cenderahati bolehlah beli di sini.

Jalan sedikit melepasi jambatan yang cantik, akan nampak pula pelbagai bangunan mini di hadapan.
Miniland: Asia in Lego Bricks direka dengan skala 1:20, menggunakan lebih 30 juta lego. Maka terhasillah 17 bandar berbeza seperti Johor Bahru dan Singapura. Lebih mengujakan, miniland dihasilkan oleh lebih 100 orang di serata dunia.




Jalan sedikit, akan sampai pula di Miniland:LEGO Star Wars. Lebih 1.5 juta lego digunakan untuk menghasilkan 1,122 model seperti movie Star Wars. Ia dibuka sejak 6 September 2014.

Permainan santai ni agak tinggi dan sesuai untuk kanak-kanak yang lasak.


Ha...tu dia bayang The Dragon Roller Coaster. 


Laju je en.suami tolak stroller tak sabar nak naik dragon.


Untuk merasai macamana naik naga tu, perlu masuk ke dalam istana dan naik tangga untuk beratur. 


Kita ke Royal Joust pula dek kerana Cik Aisyah tak sabar untuk menunggang kuda. Terdapat 20 ekor kuda yang akan berkhidmat.


Bila masuk ke Taman Tema Legoland, jangan lepaskan peluang untuk melihat kawasan sekitar Legoland dari atas. Observation Tower mampu memuatkan 1000 pengunjung dengan ketinggian 41meter.


Permandangan dari atas.

Kembangkan daya imaginasi anak anda. Terdapat beribu lego yang boleh digunakan untuk mencipta keseronokan kanak-kanak di sini. Build and Test Centre, kanak-kanak pasti seronok di sini.


Tempat kegemaran kanak-kanak seusia Aisyah dan Alif, pasti di Playtown.


Di sini redup kerana berbumbung. Anak-anak bebas bermain pelbagai permainan kesukaan mereka. Oleh kerana tempat ni redup, secara tidak langsung kita juga dapat bersantai sambil memerhatikan anak-anak.


Rasakan cabaran menaiki bot dari ketinggian tinggi. Pastikan korang memakai baju hujan sebelum masuk ke Dino Island. Kalau tak, basah kuyuplah korang.


Tu dia, percikan air sampai atas jambatan tempat kami berdiri.


Terdapat juga permaianan tangkap itik berenang. Untuk suka-suka sahaja melayan karenah Cik Aisyah. Dua kali sauk anak itik ni RM20. Bawah anak itik ada nombor. Dari jumlah nombor itulah hadiah yang dimenangi.


Dapatlah seekor nemo.


Saya percaya Ninjago merupakan tempat kegemaran ramai. Saya pun suka, apatah lagi Cik Aisyah. Dari masuk Taman Tema ni dia asyik sebut nak pergi Ninjago.


Di sini kita dihidangkan dengan permainan video dengan menaiki kereta kabel yang disediakan. Jangan lupa pakai cermin 3D.


Saya berdua bersama Cik Aisyah, manakala en.suami bersama abangnya. Kali ini kami dapat tempat ke-3. Yeahh..huhu..

Bersebelahan dengan Ninjago, akan nampak Beetle Bounce di sebelah kiri manakala di hadapan akan nampak Lost Kingdom Advanture.


Di Lost Kingdom Advanture teknik menembak korang akan diuji. Seronok juga main tembak-tembak ni. 


Banyak sangat permainan yang menyeronokkan. Pendek kata, anak-anak tak kan sempat bosan sebab semua mainan mengujakan.

keretapi pusing-pusing..adoi pening-pening lalat bila turun.

Kapal terbang ni pun berpusing-pusing boleh adjust tinggi rendah.


Tengoklah Cik Aisyah gigih mengendalikan motobot.

Perlumbaan kereta mini. Sekali lumba, hanya 3 peserta dan Cik Aisyah dapat tempat ke-3. Akekeke..




Dah penat berjalan? Jom kita naik keretapi pula pusing-pusing taman tema. Keretapi ini panjang dan boleh memuatkan ramai pengunjung dalam satu masa. Pilih sahaja tempat mana nak duduk.


Jika ada masa lebih, boleh juga layan movie 3D, 4D di sini.








  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. nampak macam ibu aisyah je yang terlebih seronok ni.hehehe

    BalasPadam
  2. seronoknyaaa pergi sini.. nak masuk setiap tempat tu tak payah da kan. kita just bayar masa mula2 nak masuk tu je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye bayar tiket sekali je pastu mainlah permainan dalam tu sepuasnya..cuma yang jenis tangkap itik tu kena bayar..dan makanan

      Padam
  3. best2....macam nak repeat pegi lagi...tak puas

    BalasPadam
  4. Wah.. Antara wishlist nak pergi ni. Tapi nak tunggu anak besar sikit baru syok pergi hehe

    BalasPadam
  5. Samalah anak kita. Ninjago je yg asyik disebut. Kalau datang sini, balik memang mak pengsan terus. Taman dia besar.

    BalasPadam
  6. Bestnyer! Kena bawak anak-anak sekali baru best. bawak sekali anak buah. haha. kita tua ni best tengok depa main je hihi

    BalasPadam
  7. Tempat2 ni mmg kesukaan anak2 kan mar..
    Akak gi pergi tahun lepas..
    Tahun ni nak ke langkawi pulak ..
    Dorang nak island hoping..
    Dah tak sabar tu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.