Kredit pada Sis Lin sebab sudi ambil gambar kami.
Habis event, kami together-gether mencendol di bahagian atas. Sama juga macam Sis Lin, saya pun lupa nama kedai ni.
Saya order cendol original. Eh puas hati la sebab pekat. Tapi dek kerana pekat ni saya tak mampu nak bagi perabih. Kalau bawa balik confirmlah habis sebab saya simpan dalam peti ais punya.
Cik Aisyah kelaparan sebab dia tak mahu bersarapan pagi tadi. Makanya, saya order Nasi lemak Ayam Goreng Kunyit. Tapi, oleh kerana nasi lemak ni warnanya tak putih, Cik Aisyah saya tak jadi makan. Terpaksalah saya makan. Huhu..
Habis makan, berbual-bual dengan diorang kejap, kemudian saya pun meminta izin untuk undur diri. Dalam kepala dah terbayangkan budak Alif dah. Tak sabar nak ambil dia dari rumah pengasuh. Tak sabar nak marah dia sebab selalu cari pasal dengan ibu dia.. Haha..