Makanan

Lemang Periuk Kera

8:00 PG

Assalamualaikum

Lemang Periuk Kera | Pertama kali saya makan. Itu pun sebab saya ikut Marhaban di kampung tempohari. Sebelum ni hanya nampak di Fb sahaja.

Pertama kali menjamahnya, wahhhhh sedap sungguh. Cara makannya, kupas kulit periuk kera tu dan makan isinya bersama rendang.

Habis seketul saya makan. Lainlah rasa dengan lemang biasa dalam buluh tu. Lemang periuk kera lebih sedap pada saya. Rasa dia lemak-lemak manis. Tambah pula cicah dengan rendang daging yang sedap. Kalau bukan marhaban, nak je tambah lagi.


Recipes

Resepi Cakoi

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi Cakoi | Lama juga tak makan cakoi ni. Tak sangka pula harganya sudah 50 sen seketol. Saya suka cakoi yang mak cik kat kampung saya buat. Sedap, lagi kuah cicahnya lain dari lain. Sedap sangat tau kalau ingat balik, terbayang.

Cakoi ni saya beli di Kipmart Masai. Aisyah suka sangat rupanya cakoi ni. Siap request nak lagi.

RESEPI CAKOI MUDAH

Bahan-bahan:(15-20 ketul)

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan:
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

Simpan resepi untuk rujukan sendiri. Sumber resepi dari SINI.

Kuih Tradisional

Resepi Kuih Akok

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi Kuih Akok | Biasalah ke param sesaja untuk mencari makanan yang rasa mata sedap memandang dan tekak terliur. Bila bulan puasa ni, terasa suka makan kuih manis meskipun hakikatnya tidaklah makan sangat, lebih kepada teringin dan merasa.
Kuih akok ini saya beli RM2/ 3 biji. Sebab teringin nak rasa dan tak pernah makan pun sebelum ni. Rasa dia lemak-lemak telur gitu ek. Dah macam puding karamel versi bakar pun ada. Teksturnya lembut. Oklah..

Saya simpa resepi ini di sini agar mudah saya rujuk.


Kuih Akok

Bahan-Bahan :-
(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)
- 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
- 1 cawan air 1/2 cawan gandum 3 helai daun pandan (carik-carik)
- Secubit garam

Cara-Cara :-
- Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.
- Masukkan acuan ke dalam oven.
- Satukan gula kabung, air dan daun pandan.
- Masak hingga gula hancur.
- Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
- Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).
- Tapiskan 
- Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut 
- Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

~ Sumber : SINI



Recipes

Soto Mudah Dan Sedap

3:00 PTG

Assalamualaikum

Soto Mudah Dan Sedap | Menu yang tak miss untuk saya masak setiap kali bulan puasa. Kalau tak bulan puasa pun, sebulan sekali mesti saya masak menu ni. Saya suka soto.



Bila dah siap masak dan tunggu azan maghrib berkumandanga, baru perasan sambal kicap dalam peti ais dah habis. Aisehhh.. spoil betul. Biasa sambal kicap memang sentiasa ada stok je. 


Oleh kerana sambal kicap takde, dan cili pun takde dalam peti ais, maka saya lawankan soto dengan sambal hitam pahang je. Eh..sedap juga. Kena dengan tekak saya..


Letak buah kuras untuk rasa lebih sedap dan memekatkan kuah. Buah keras pun sentiasa ada stok sekarang.


Recipes

Resepi : Air Soda Herbs

8:00 PG

Assalamualaikum
Resepi : Air Soda Herbs | Bulan puasa ni tak kira lah air apa pun yang peniaga jual pasti laku punya. Air biasa-biasa sebungkus dah RM2. Lagikan air luar biasa!

Dek teringin nak minum laju jugalah membeli air ni di sebuah gerai si param. RM5! Hammmik kau.. Kalau diperhatikan, bahannya tidaklah susah mana. Tapi yelah kan, lemon pun mahal. Tak pepasal melayang RM5..


Air Soda Herbs

Bahan-bahan :-
- Sebotol air aiskrim soda
- 1 tin laici - diambil buahnya sahaja
- 1/ 2 batang serai
- Daun pudina - terpulang nak letak berapa helai
- Sebiji lemon
- Asam boi putih - terpulang nak letak berapa biji
- Ais

Cara-cara :-
- Cuci lemon, hiris nipis.
- Sediakan bekas yang bersesuain.
- Letakkan daun pudina. Kemudian, masukkan lemon yang telah dihiris tadi.
- Masukkan pula asam boi.
- Masukkan buah laici.
- Tuangkan air aiskrim soda.
- Bubuh ais.
- Masukkan serai yang telah dititik

Ok, sedia diminum bila azan berkumandang.

Recipes

Roti Nan Cheese Homemade

8:00 PG

Assalamualaikum
Roti Nan Cheese Homemade | Nak uli doh sendiri tak pandai. Setakat buat lempeng tu pandailah kan. Makanya, beli saja roti naan yang sudah siap.


Bahan-bahan:-
Roti naan
Garlic spreas
Keju

1- Roti nan tu saya belah, boleh merekah pula. Kemudian, parutkan keju di tengahnya. Lebih banyak, lebih sedap. Tu intro je. Parut lebih la banyak-banyak.

2- Sapukan garlic spread ke atas roti nan tadi. Bakar.

3- Agak-agak dah garing kulit roti naan tu, dah boleh angkat dah. Keju pun dah cair kan.

4- Potong-potong dan makan.






Recipes

Ayam Bakar Mayonis

8:00 PG

Assalamualaikum

Ayam Bakar Mayonis | Dah lama nak share resepi simple ni. Tapi, asyik la lupa snap gambar. Kebetulan hari tu en.suami ada beli beberapa ketul kepak dan peha, apa lagi. Perap ayam lah kita. Bukan apa, anak-anak memang suka ayam bakar camni.
Ayam Bakar Mayonis

Bahan-bahan :-
Ayam - terpulang nak bahagian apa dan nak potong macamana pun
Bawang putih
Halia
Garam
Sos tiram
Sos blackpepper
Kicap
Mayonis


Cara-cara:-
- Tumbuk bawang putih dan halia. Kemudian, gaulkan ayam bersama garam.
- Masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap, 1 sudu sos blackpepper dan 1 sudu mayonis.
- Perap beberapa jam/ semalam untuk rasa yang lebih sedap.

Dah gaul semua, kita tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller.



Nota Kaki : Hasil selepas bakar tak sempat nak snap, tapi memang sedap tau..cubalah



Makanan

Teh Tarik Kurang Manis Boh

12:00 PTG

Assalamualaikum

Teh Tarik Kurang Manis Boh | Nak share resepi teh tarik kurang manis yang kaww dan sedap pada saya. Tak susah, semudah ABC.

Cuma perlu koyakkan sachet, masukkan dalam mug dan bancuh dengan air panas. Kacau. Tadaa... Ready to drink.

Tersuka pula minum teh tarik 3in 1 ni. Rasa teh dia pekat. Saya beli di pasaraya dengan harga RM14.90/ 12 sachet.

Terkejut pula tengok bil. Ngeh..ngeh.. Main ambil dan bayar je kan. Sebab sebelum ni saya beli dengan harga tak sampai RM13 tak silap. Cubalah kalau nak tau kaww ke tak.




Makan-makan

Rojak Asma

8:00 PG

Assalamualaikum
Rojak Asma | Sesekali pekena rojak asma memang sedap. Ini antara favourite saya juga. Sambil bersantai menonton televisyen, makanan mesti ada.
Ini saya tapau di Tesco Seri Alam je. Balik dari beli barang sikir, tapaulah rojak asma ni. Tak menahan tengok. Hadaplah laki bini sementara anak-anak tidur. Anak-anak biasa suka sosej, fish kek, so asingkan dulu siap-siap.

Rojak Asma

Bahan-bahannya : 

3 keping tahu, digoreng dan dipotong
2 biji timun 
1 biji sengkuang 
3 biji telur rebus, kupas kulit dan digoreng
4 biji kentang rebus
5 biji jemput-jemput tauge dan bawang
2 ekor sotong kembang, masak sambal
2 keping tempe dicelup, tepung dan goreng
2 keping fish cake, digoreng
300 gram paru, direbus empuk, potong nipis dan goreng
Lada hijau

Bahan kuahnya :
600 gram keledek, direbus empuk dan dikisar
50 gram udang kering
50 gram bijan, disangai
300 gram kacang tanah, digoreng dan dikisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering, dikisar halus
Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk emnumis

Cara Membuatnya :
1. Potong bahan rojak dan susun dalam pinggan hidang yang besar.
2. Kisar cili kering bersama udang kering, bawang putih dan bawang merah
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan keledek, kacang tanah, air asam jawa, garam dan gula. Tambah air secukupnya.
4. Rasakan masam, masin dan manis. Tabuarkan bijan , kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan bersama bahan rojak.
Simpan resepi siap-siap untuk rujukan akan datang.

Recipes

Sotong Perap Bakar & Pari Bakar

2:00 PTG

Assalamualaikum


Sotong Perap Bakar & Pari Bakar | Memang dah plan nak bakar ikan pari harini. Mula-mula nak bakar kosong je, cicah dengan sambal kicap. Tapi, tiba-tiba rasa nak masak pari bakar berempah pula.



Ikan Pari Bakar Berempah

Bahan, ikan pari dibersihkan, lada kisar, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari sikit, sos tiram, rempah tomyam sikit.

Caranya, masakkan sambal berempah dahulu. Sambal dah masak, baru perapkan dengan ikan dan bakar.



Sotong Perap Bakar

Bahan, sotong dipotong, dibersihakan dan ditos. Kemudian perap sotong dengan bawang putih & halia yang ditumbuk. Bubuh sedikit garam, haliam kunyit dan lada kisar. Perapkan sekurang-kurang sejam. Kemudian, bakar je atas kuali. 


Tip bakar sotong : Kuali tidak perlu ditutup, menggunakan api kecil.





Recipes

Lempeng Cicah Sambal Tumis

4:29 PTG

Assalamualaikum

Lempeng Cicah Sambal Tumis | Menu minum petang yang simple. Melempeng lah kita, orang melayu kampung katanya. Sambal tumis sotong lauk tengahari tadi ada lagi. Cicah dengan lempeng, perghhh merecik!!



Mudah sangat buat lempeng ni. 

Hanya perlukan tepung gandum, garam, gula, telur dan air. Kacau sebati, tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat. Kemudian, masak atas kuali non-stick. 

Pekena pula dengan teh tarik. Perghh,,padu uii. Teh tarik 3 in 1 je.



Kuih Tradisional

Tepung Bungkus Sedap

8:00 PG

Assalamualaikum


Tepung Bungkus Sedap | Rasa nak cuba resepi ni bila baca blog Kak Yatie Cahaya Hidupku. Terima kasih Kak Yatie kongsi resepi ni. Saya copy sini untuk rujukan saya..


Resepi Tepung bungkus sedap

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba

Sumber :: Facebook