Di pagi hari, sampai tempat kerja seperti biasa. Kaki terasa amat berat untuk melangkah keluar. Duduk lagi sambil mendengar radio. Lagu rancak yang enak didengar tetapi tidak memberi sebarang kesan.
Mengalah jua, punch, menapak dan sudah pun tiba di pejabat. Perasaan hiba menerpa. Melihat sekeliling dalam ruang pejabat. Jiwa terasa kosong. Tetapi inilah tempat untuk aku mencari rezeki.
Sedih. Kecewa.
Raya Haji yang bakal tiba terasa tidak bermakna. Jadual sudah diatur. Kecewa sangat kerana tidak dapat beraya bersama mak. Apa yang dirancang sering tidak menjadi. Arghhhh...
Entah mengapa tahun ini amat sibuk dengan kerja. Semua tentang kerja. Hingga masa untuk diri sendiri terasa terabai. Projek tengah meriah. Terpaksa membanting tulang. Report berkepuk-kepuk perlu disiapkan. Hari sabtu pun bekerja hingga ke petang. Itu pun hanya dapat menyiapkan sebahagian. Mahu berehat-rehat, bertenang-tenang tidak sempat. Lihat senarai report, bertambah kecewa hati ini.
Cuba kira berapa banyakkah lapisan file kuning itu?
Setiap satu file mungkin akan menjadi setebal 1/2 inci paling sedikit dan mungkin akan menjadi setebal 2 inci juga. Bergantung kepada projek itu sendiri. Semua ini harus disiapkan selepas raya haji ok..
Nota Kaki : Mari bekerja..
9 Ulasan
kesiannye jgn bersedih ye ibu ;)
BalasPadamhe3..sedih itu pasti..tp sabar ajelah..huhu
BalasPadamInsha Allah... buat pelan-pelan ye... La Tahzan :)
BalasPadamInsha Allah... buat pelan-pelan ye... La Tahzan :)
BalasPadamye kak yati..
BalasPadamjgn sedih.. lawan perasaan.. jom bekerja sekuatnya.. :)
BalasPadambe strong kak..
BalasPadamjangan sedih2, jangan stress2, nanti kerja pun susah nak jalan.. happy working ye..
BalasPadamp/s : buat kerja dgn hati yg ringan dan senang, mesti terasa kejap je kan? :)
alahai
BalasPadampasrah lah makan gaji mcm tu lah, saya pun raya haji cuti sehari je
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.