Anak itu adalah amanah. Sebagai orang tuanya, kitalah yang bakal mencorakkannya.

Saban hari meniti jambatan kasih, mencurahkan rasa sayang terhadap seorang bidadari kecil yang dikurniakan oleh Allah SWT. Dia kecil lagi, umur belum cecah 2 tahun dan dia perlu dibajai dengan kasih sayang. Dia belum tahu apa-apa.

Sehelai kain putih yang suci bersih yang bakal kami corakkan itu semakin hari semakin menginjak usianya. Masih terbayang-bayang ketika dia baru lahir setahun yang lalu dan hari ini dia semakin membesar. Allahuakbar, hambaMu ini sangat bersyukur atas kurniaanMu ini. Tidak semua wanita mengalami pengalaman ini.

Diakui, hati ini kadang kala berang melihat keletahnya yang bukan-bukan itu.

Menangis dengan tidak semana-mena apabila hajatnya tidak dipenuhi.
Mengamuk di hadapan orang ramai.
Menyepahkan segala macam benda yang telah dikemas.
Mengoyakkan, hatta memasukkan apa saja ke dalam mulut dan berlari bila ibu marah.

Tetapi, kesabaran yang berputik dari sejak dia lahir kian mekar dan mampu menghalang berang yang mampir.

Sabar menjaganya
Sabar dengan karenahnya
Sabar melayan kehendaknya
Sabar menyusukannya (meskipun tidak susu badan lagi tetapi haruslah menemaninya menyusu)
Sabar dengan kenakalannya

=============================================

Terbaca di muka buku amalan yang seharusnya kita amalkan untuk anak-anak kita.

* Wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepala anak sebanyak yang mungkib atau memadai 100x setiap malam ketika anak sedang tidur.

* Bacakan Surah Al-Fatihah sekali

* Bacakan Surah alam nasyrah sekali.

Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita (ibu). Percakapan itu hebdaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada mereka itu sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya.

* Selalulah menyapu lebihan air wuduk ke muka dan ubun-ubun anak.






Nota Kaki : Moga beroleh anak yang soleh dan solehah..