"Huwaaaaa..."

Terdengar jeritan kecil di halaman rumah sekitar sebuah perkampungan kecil di pinggir kota. Pantas si kecil dipujuk, didodoi dan dimanjai seenaknya agar dia tidak meraung lagi.

Sakit yang menggigit membuatkan si kecil terus meraung. Kelihatan beberapa titik darah menitis. Segera dilap dengan lembut. Setelah darah berhenti, minyak gamat disapu agar penyembuhan luka dapat dilakukan dengan kadar segera.

Dipujuk dengan pelbagai permainan, si kecil diam. Pipinya yang masih basah dengan airmata disapu perlahan. Si kecil leka dengan permainan umpanan agar dia tidak meraung lagi.

*      *       *       *       *


Cik Aisyah semakin nakal. Hujung minggu di rumah neneknya, ibu tidak boleh duduk berdiam sahaja. Penat mengejar dan memantaunya setiap detik dan setiap saat. Segala aktiviti yang tidak dapat dilakukan di rumah ibunya sendiri, dia dapat lakukan di rumah neneknya. Beranda puas di pusing, berlari-lari. Tidak cukup di beranda, masuk pula ke ruang tamu rumah dan puas juga dia berlari. Walaupun berbadan kecil, dia amat pantas. Kecil-kecil cili padi.

Dia masih kecil. Jalan pun masih terhuyung-hayang apatah lagi berlari. Seakan kain yang dikibas sahaja lagaknya. Takut dia terjatuh dah tersadung di mana-mana. Paling ditakuti dia jatuh dan mungkin mengenai kepalanya. Risau sangat..



Gambar terkini Cik Aisyah.."Buat apa tu??"




Nota Kaki : Dah lama tiada cerita mengenai cik aisyah kan..