Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Berdengkur


Orang yang sedang tidur tidak akan sedar yang mereka sedang berdengkur kerana dia enak dibuai mimpi. Orang yang tidur di sebelahnya pasti mengggaru kepala yang tidak gatal kerana tidurnya terganggu dek dengkuran yang kadang kala perlahan kadang kala kuat. Berirama.


Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah suara yang terhasil apabila seseorang bernafas semasa mereka tidur. Biasanya bunyi itu terhasil ketika menarik nafas. Hal ini menyebabkan getaran berlaku di lelangit lembut dan uvula. Uvula pula adalah benda yang tergantung di bahagian belakang tekak.





Apakah punca seseorang itu berdengkur?

- Gaya hidup yang tidak sihat.

- Berat badan yang berlebihan di mana ia menyebabkan gangguan pada tiroid sehingga dengkuran berlaku.

- Kesan dari merokok kerana merokok boleh menghalang jalan pernafasan, penyebab berlakunya pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan paru-paru juga mungkin tersumbat tetapi dengan kadar kecil.

- Pengambilan alkohol secara berlebihan dan menyebabkan relaktasi saluran pernafasan selama tidur serta menyebabkan suara dengkuran bertambah kuat.

- Masalah perubatan yang menyebabkan hidung tersumbat, tekak atau paru-paru. Selain itu, gejala diabetes atau tipotiroid juga adalah penyebab kepada dengkur.

- Pola tidur tidak stabil di mana tidur tidak seimbang dan penyumbang kepada ketidakstabilan pernafasan.


Petua hilangkan masalah dengkur

- Sediakan 7 biji badam. Basuh, keringkan dan tumbuk hingga lumat. Campurkan badam yang telah ditumbuk lumat ke dalam segelas air susu panas. Amalkan meminumnua setiap malam sebelum masuk tidur.

- Sediakan dua ruas kunyit hidup. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris halus. Kemudian, masukkkan hirisan kunyit ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan 2 sudu madu dan kacau sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur.
~sumber



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Perkongsian yg baik.. thanks sharing ye :)

    BalasPadam
  2. haaa ni nak kene buat kat hubby ni. die kalau balik dari mane mane, kerja letih, mesti berdengkur. huhu

    BalasPadam
  3. thanks for sharing ibu..kekadnag bile tdo xsedar le plak dengkur ke x..hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code