Ibu baru minum minuman ini beberapa hari yang lepas. Ibu diperkenalkan oleh seorang sahabat di tempat kerja mengenai kebaikan Mineral Coffee ni. Sedap pun iye. Tak caya? Dipersilakan rasa.
Sahabat ibu adalah peminum tegar kaffein. Kalau Nescafe 3in1 tu satu perkara biasa baginya. Tetapi, agak malang sedikit baginya terpaksa berhenti minum minuman kegemarannya itu apabila dia mengalami gastrik yang teruk. Doktor menasihatinya agar jauhkan dari minum minuman yang berasaskan susu.
Ibu bukanlah seorang penggemar kopi mahupun nescafe. Kita sendri sedia maklum, minum minuman berkafein ini ada kebaikan dan keburukannya. Lebih-lebih lagi terhadap wanita. Ibu jarang minum minuman seperti ini dan lebih rela menahan diri dari meminumnya. Sekali sekala sahaja akan minum. Ibu lebih utamakan minum air putih meskipun ada sahaja mulut yang gemar menyindir. Ada ibu kisah??
Tetapi sejak diperkenalkan dengan Mineral Coffee, hari-hari mahu. Rasanya tidak manis, rasa lemak-lemak gitu. Ramuan utamanya adalah kopi robusta dan garam buluh.
No sugar added. No cholestrol. No preservatives.
Garam buluh amat bagus untuk kesihatan. Ia bersifat sangat alkali yang dapat meneutralkan asid berlebihan dalam badan.
Sejak mengambil minuman ini, ibu rasa cergas dan rasa kelat-kelat mata di kala waktu menjengah petang sudah tidak ada. Mata yang rabun ini, masih mampu bertahan untuk mengadap komputer. Malahan, bila pekena Nesacfe 3in1, terasa manis pula.
Ibu ada baca testimoni peminum Mineral Coffee di [SINI]. Bacalah testimoni mereka.
Nota Kaki : Rasa kopi memang sedap..tapi baunya ibu kurang gemar..
11 Ulasan
Assalamualaikum kak. sedap ya? tak pernah la sheila minum kopi. sebab nanti takleh tidur malam. hehehe
BalasPadamminum kopi nie pagi boleh la..da ptg2 tu tak boleh...bak kata sheila..nanti tak boleh tidur...ada juga terbaca ttg kopi nie
BalasPadamMcm best je tngok kopi tu, belum prnah mencuba lagi.. thanks sharing info ye :)
BalasPadamnampk reflection muka u dlm kotak kopi.hehehe.eh boleh ke komen lain dr apa yg u taip.hehehe
BalasPadamkena cuba juga la kopi ni, nampak menarik.. sebelum ni tak boleh minum kopi sebab tak tahan dengan kesan kafein terus rasa mamai dan mengantuk..
BalasPadamsilalah cuba korg..leh tahan tau..
BalasPadambetul kata Kisah Si Diary tu..kopi ni minum pg yek..jd wktu ptg2 biasanye mudah tersengguk2 tu xde la..segar bugar jek..
Cik Puan Rara..he3..why not?sila2
BalasPadamassalam.... kat malaysia ada ke kopi ni...tak pernah jumpa pun....
BalasPadamOzie..ada..cer bukak link dlm entry ibu tu..kwn 1 tmpat keje ibu pun ada jual..
BalasPadamsaya penggemar kopi, kalau takdapat kopi satu hari boleh bikin migrain jawabnya
BalasPadamSaya pun suka sangat dengan kopi..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.