Ibu baru minum minuman ini beberapa hari yang lepas. Ibu diperkenalkan oleh seorang sahabat di tempat kerja mengenai kebaikan Mineral Coffee ni. Sedap pun iye. Tak caya? Dipersilakan rasa.

Sahabat ibu adalah peminum tegar kaffein. Kalau Nescafe 3in1 tu satu perkara biasa baginya. Tetapi, agak malang sedikit baginya terpaksa berhenti minum minuman kegemarannya itu apabila dia mengalami gastrik yang teruk. Doktor menasihatinya agar jauhkan dari minum minuman yang berasaskan susu.




Ibu bukanlah seorang penggemar kopi mahupun nescafe. Kita sendri sedia maklum, minum minuman berkafein ini ada kebaikan dan keburukannya. Lebih-lebih lagi terhadap wanita. Ibu jarang minum minuman seperti ini dan lebih rela menahan diri dari meminumnya. Sekali sekala sahaja akan minum. Ibu lebih utamakan minum air putih meskipun ada sahaja mulut yang gemar menyindir. Ada ibu kisah??



Tetapi sejak diperkenalkan dengan Mineral Coffee, hari-hari mahu. Rasanya tidak manis, rasa lemak-lemak gitu. Ramuan utamanya adalah kopi robusta dan garam buluh. 

No sugar added. No cholestrol. No preservatives.

Garam buluh amat bagus untuk kesihatan. Ia bersifat sangat alkali yang dapat meneutralkan asid berlebihan dalam badan.

Sejak mengambil minuman ini, ibu rasa cergas dan rasa kelat-kelat mata di kala waktu menjengah petang sudah tidak ada. Mata yang rabun ini, masih mampu bertahan untuk mengadap komputer. Malahan, bila pekena Nesacfe 3in1, terasa manis pula.

Ibu ada baca testimoni peminum Mineral Coffee di [SINI]. Bacalah testimoni mereka.



Nota Kaki : Rasa kopi memang sedap..tapi baunya ibu kurang gemar..