Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Pagi Ini#1


Sudah lama terasa nak makan roti jala. Nak buat sendiri, malas sangat....

Pagi tadi terdetik untuk singgah di sebuah gerai menjual sarapan di tepi jalan selepas menghantar Aisyah di rumah pengasuhnya. Jualannya tinggal sedikit lagi dan ibu terus membeli roti jala dan karipap.

Peniaga ini sangat baik kerana dia memberikan roti jala yang tinggal 1 set itu hanya RM2. Ibu kira itu harga biasa seperti tempat lain tetapi sedang ibu kusyuk menikmatinya, ibu sempat mengira kepingan roti jala itu ada 6 keping semuanya. Wah...sudah kekenyangan di pagi hari nan indah ini. Lihat sahaja dari gambar itu, kuah pun dapat dua plastik. Puas hati dengan rasanya. Peniaga ini tidak langsung berkira dan ibu kira dia memberikan 2 set dan dijual dengan harga 1 set dengan ibu. Mungkinkah?

Untuk karipap pula, ibu cuma minta RM1. Di mana-mana pun ibu beli biasanya RM1 itu hanya 3 ketul. Tetapi peniaga yang baik hati ini memberikan ibu 4 ketul. Wah... rezeki jangan ditolak.

Semoga peniaga tersebut dilimpahi rezeki yang berganda di atas keikhlasannya itu. Amin...



Nota Kaki : Amat jarang jumpa peniaga seperti ini sekarang ni..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. done follow sini no. 70
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Best.. roti jala mmg feveret. Semoga selalu murah rezeki ye.. amin.

    BalasPadam
  3. tenku butang..terima kasih daun keladi..

    roti jala mmg sedap..

    BalasPadam
  4. Semoga peniaga tu dimurahkan rezeki.
    ** Saya suka sangat makan roti.jala ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code