Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ada apa dengan 14.10.2013?


Mengikut kalender 2013, sudah sedia maklum dari Januari 2013 lagi, sudah tertera Hari Raya Haji jatuh pada hari selasa iaitu 15.10.13. Hari selasa dan bermakna cuti umum hanya satu hari. Dan di situ juga kita sudah boleh agak, kemungkinan ramai yang akan mengambil cuti pada hari ISNIN kerana hari sabtu dan ahad adalah hari cuti juga.

Kilang ibu bekerja tetap bekerja seperti biasa pada hari isnin. Terpulang kepada sesiapa yang mahu memohon cuti dan mendapat kelulusan dari HOD, dipersilakan cuti.

Oleh kerana 80% adalah pekerja nepal (operator), kebetulan mereka akan meraikan satu perayaan pada hari ahad iaitu 13.10.2013 dan dikhuatiri mereka tidak dapat hadir pada hari isnin kerana sudah mabuk-mabuk. Itulah minum lagi bukan-bukan. Mereka semua memohon cuti dan seksyen kami akan dibekukan selama dua hari (isnin dan selasa).

Ibu sangkakan pihak pengurusan akan mengeluarkan memo atau notis untuk mengisytiharkan bahawa hari isnin tersebut cuti. Tetapi tidak. Ada pula yang mahu bekerja pada hari isnin tersebut dan rata-rata adalah melayu. Adalah beberapa orang sahaja. Dengan alasan mahu kumpul cuti. Tetapi, kalau sudah tidak ada orang bekerja, kerja apa yang mereka mahu lakukan pada hari tersebut? Ala kerja sikit-sikit je.

Begitu melonjak hati ini apabila diberitahu isnin seksyen kami akan ditutup tetapi terasa hati juga apabila ada segelintir di dalam 'team' kami yang tidak mahu ambil cuti. Tetapi tidak mengapalah. Mereka tidak ada apa mahu difikirkan.


Ibu, sebagai seorang ibu, isteri dan anak pasti banyak perkara harus difikirkan. Cuti pada hari isnin lebih baik sebab.......

Mungkin pengasuh penat untuk menjaga Aisyah yang tengah lasak dan dia juga perlu membuat persediaan untuk menyambut Aidil Adha.

Ibu boleh memasak lauk pauk untuk Hari raya .

Ibu boleh mengemas rumah, barang-barang yang perlu dibawa pulang ke kampung.

Ibu ada lebih banyak masa bersama Aisyah..itulah yang paling bahagia..


Dan ibu sangat menghargai cuti yang mereka berikan kali ini. Tiba-tiba terasa sayang pula pada SBN ni.


Trimas En. Gugel



Nota Kaki : Masa itu emas..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Akak pun cuti hari Isnin tu Mar, sekolah dah cuti, jadi boleh balik kg awal... Kita perempuan byk keje bila nak raya kan Mar..

    BalasPadam
  2. selamat bercuti dan selamat berhari raya

    BalasPadam
  3. betul tu kak yati..
    selamat bercuti & selamat bhari raya juga memetlenggeng

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code