"Serrrrr...pedasnya..pijau mulut.."

Glurp..glurp..

Kalau boleh, 1 liter air habis ditonggak. Itu pun tidak dapat menghilangkan kepedasan. Tisu berhelai-helai. Hidung mula mengeluarkan cecair yang digelar mukus. Sok sek.. Seakan orang yang menghidap selesema. Mulalah cari gula-gula bagai untuk menghilangkan kepedasan yang melekat.



Korang tahan pedas tak??


Ibu seorang manusia yang tidak tahan pedas. Kadang-kadang tu lidah tak rasa pedas pun, tapi tiba-tiba meleleh hingus mungkin kerana bahang lada atau apa pun yang menyebabkan terasa pedas. Makanan panas pun tidak boleh. Bukan tidak boleh dimakan tetapi tiba-tiba meleleh la hidung. Masa tu lah kelam kabut cari tisu. Tisu memang sentiasa ada di dalam beg tangan.


Kalau masak sendiri, (hari-hari masak untuk makan malam) mungkin tidak terasa sangat kepedasan kot sebab sudah tahu kehendak sendiri. Tetapi ayah pula kadang kala komplen tak pedas.

Jadinya..kalau nak makan apa-apa..kena tanya orang sudah rasa masakan tersebut, pedas atau tidak. Kalau tidak memang terpelanting balik makanan ke pinggan.

Pernah terjadi ketika ibu mengandungkan Cik Aisyah Humaira, ibu mertua ibu menghidangakan ayam masak asam pedas, pertama kali ibu rasa sebenarnya. Ketika ceduk, terliur-liur gara-gara bau harum yang mencucuk hidung. Kepak ayam masak asam pedas. Sedap. Tapi, kepak ayam terbang ke pinggan semula kerana ibu baru gigit sedikit dah terasa pedas menyelar.


"Pedasnyerrr..."


Sungguh tidak sopan kan. Tetapi semua orang mengabaikan dan diketawakan pula.




Nota Kaki : Malu bila teringatkan peristiwa itu..