Baru sempat untuk bersarapan. Makan laju-laju dalam pejabat yang kecil molek ini (Seksyen CP).
Ibu tidak tahu ini Laksa apa..yelah dah lama tak makan laksa rasanya. Laksa yang ibu suka adalah Laksa Johor tetapi untuk memasak menu itu agak leceh bagi ibu. Boleh saja, akan diusahakan menu ini di hari minggu.
Apa itu Laksa?
Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Laksa berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan).
Perkataan Laksa mungkin berasal dari bahasa sanskrit laksha yang bermaksud banyak dimana ia merujuk kepada banyaknya kandungan rempah yang digunakan.
Terdapat pelbagai jenis laksa seperti Laksa Penang (Asam Laksa), Laksa Johor, Laksa Kuala Perlis, Laksa Kedah, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Terengganu, Laksa Ipoh, Kari Laksa dan Laksam.
Dalam banyak-banyak jenis laksa itu, ibu hanya pernah rasa Laksa Penang dan Laksa Johor sahaja. Mungkin pernah rasa Laksa yang lain juga tetapi besar kemungkinan ibu tidak tahu akan namanya.
T___T
Nota Kaki : Jom makan laksa..
7 Ulasan
wah..pepagi nak breakfast laksa penang...sedapnya...my pebret nie..
BalasPadamAssalamualaikum. sedap laksa. tapi sheila lebih suka laksam. hehehe
BalasPadamAlhamdulillahh..syukur
BalasPadamha..baru teringat pernah makan laksam..sedap jugak..
BalasPadamLaksa mmg best, x kiralah negeri apa pun. Klu ada open house hidang laksa, mmg sy makan puas2 hahaa :)
BalasPadamarghh sedapnyeee laksa itu....
BalasPadamarghh sedapnyeee laksa itu....
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.