Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Rindunya pada dia..


Masa berlalu terasa begitu pantas. Sudah tamat waktu bekerja pada jam 6 petang tadi. Kerja masih menimbun. Seperti biasa, antara suka atau tidak, antara rela dan paksa terpaksa jua meredhakan demi  duit yang bakal diterima (OT claim la) kelak.

Ibu sangat rindukan mak. Asyik teringatkan mak. Raya haji kali ini tidak dapar bersama mak. Rasa lamanya tak jumpa mak walhal baru 2 minggu lalu mak datang bertandang ke rumah selama 3 hari.

Rindu sangat pada mak. Bila rindu datang, terasa air mata seakan bergenang. Sebelum ianya tumpah, segera tisu dicapai dan cepat-cepat lap sebelum sesiapa nampak. Lebih-lebih lagi En. Bos yang duduk di belakang ibu (ala bukan selalu ada pun dia).

Kerja yang banyak membuatkan perasaan rindu itu pergi seketika. Tetapi hati tetap berkata rindu. Biasanya ibu hanya sms dengan mak. Tidak ada wassup mahupun fesbuk. Emak hanya pandai berSMS. Mahu menelefon, tidak sanggup rasanya kerana ibu rasa lebih mudah airmata akan tumpah. Dan kemudian, susah pula mahu berhenti.

Rindunya pada Emak.. Rindu sangat-sangat..




Nota Kaki : Hujung minggu ini akan pulang ke kampung.. rindu pada emak...

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Emak kita mmg ttp akan disyng & dirindu.. semoga diberi ketabahan oleh Allah swt.. amin.

    BalasPadam
  2. It's the power of mother n child love.

    BalasPadam
  3. kasih sayang mak pada kita tiada tolok bandingannya.. mia pun rindu juga kat mak mia...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code