Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Pagi Ini#2

Baru sempat untuk bersarapan. Makan laju-laju dalam pejabat yang kecil molek ini (Seksyen CP). 


Ibu tidak tahu ini Laksa apa..yelah dah lama tak makan laksa rasanya. Laksa yang ibu suka adalah Laksa Johor tetapi untuk memasak menu itu agak leceh bagi ibu. Boleh saja, akan diusahakan menu ini di hari minggu.


Apa itu Laksa?

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Laksa berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan).

Perkataan Laksa mungkin berasal dari bahasa sanskrit laksha yang bermaksud banyak dimana ia merujuk kepada banyaknya kandungan rempah yang digunakan.

Terdapat pelbagai jenis laksa seperti Laksa Penang (Asam Laksa), Laksa Johor, Laksa Kuala Perlis, Laksa Kedah, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Terengganu, Laksa Ipoh, Kari Laksa dan Laksam.


Dalam banyak-banyak jenis laksa itu, ibu hanya pernah rasa Laksa Penang dan Laksa Johor sahaja. Mungkin pernah rasa Laksa yang lain juga tetapi besar kemungkinan ibu tidak tahu akan namanya.
T___T



Nota Kaki : Jom makan laksa..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. wah..pepagi nak breakfast laksa penang...sedapnya...my pebret nie..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. sedap laksa. tapi sheila lebih suka laksam. hehehe

    BalasPadam
  3. ha..baru teringat pernah makan laksam..sedap jugak..

    BalasPadam
  4. Laksa mmg best, x kiralah negeri apa pun. Klu ada open house hidang laksa, mmg sy makan puas2 hahaa :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code