Diakui, di Malaysia terlebih makanan bukan kekurangan makanan hingga sering berlaku pembaziran leboh-lebih lagi usai kenduri kendara. Musim perayaan, ketika bulan puasa juga. Hatta, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengabaikan tentang kekhilafan kita melakukan pembaziran.

Pembaziran seakan satu perkara biasa bagi kita. Tidak habis makanan itu tidak mengapa, tong sampah kan ada. Itulah ulahan kita, makhluk yang tidak pernah rasa cukup.

*     *     *     *     *

Terkedu barang sesaat tatkala kata-kata itu terluah dari mulutya. Telinga seraya berdesing. Suasana seakan terhenti. Terdiam dan terkesima. Mudah benar kita ini meluahkan kata-kata itu. Enak benar kita melampiaskannya tanpa ada sekelumit rasa bersalah. Kasihan 'dia'.

Ibu hanya mampu melihat dan memandang sketsa itu. Terluah juga kata-kata agar situasi yang tegang tiba-tiba itu kendur barang seketika. Tidak molek kata-kata itu. Hilang rasa hormat padanya yang bertudung litup yang kelihatan amat baik-baik belaka peribadinya.

*     *     *     *     *



Allah berfirman tentang makanan,
"Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya" 
Surah 'Abas 80:24
Dari Abu Hurairah RA, katanya :
"Rasulullah SAW itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau baginda ingin pada makanan itu beliau pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan - tanpa mengucapkan celaan padanya." 
(Muttafaq 'alaih)


*     *     *     *     *     *


Rendang ayam (sekadar gambar hiasan) ~ Gambar beberapa bulan yang lalu..



Nota Kaki : Jangan sekali-kali mencemuhnya..kerana rezeki itu datang dariNya..