Ibu perasan sejak kebelakangan ini ibu kurang minum air putih. 1 liter air pun susah mahu habis ketika di waktu pejabat. Akibatnya, kulit tangan (itu je yang nampak) agak kering dan kusam. Bila garit, nampak kesan putih yang memanjang.


Kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair dalam badan boleh menyebabkan :

- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).

- Sukar membuat kiraan walaupun yang mudah.

- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.

- tekanan darah menurun.

- Mudah rasa mengantuk kerana jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan.

- Rasa lesu di waktu siang.

- Sakit belakang.

- Dehidrasi.

- Sakit kepala.

- Memperlahankan kadar metabolisme badan.

- Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

- Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.

- Menyukarkan peyingkiran bahan toksik.

- Meningkatkan keinginan untuk makan.

- Darah menjadi lebih pekat.

- Mudah keliru.

- Degupan jangtung semakin meningkat.

- Menjejaskan tindak balak kimia dalam badan.

- Mengganggu fungsi kognitif (kepandaian) otak.

- Mengganggu fungsi ginjal dan mencegah penyakit batu karang.

- Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar.

- Kulit menjadi kusam.





Hari-hari kendong botol air nih




Nota Kaki : Jom minum air putih!!