Tong sampah SWM telah diberikan satu untuk sebuah rumah. Sampah pula akan dikutip dua kali seminggu. Takkan tong sampah yang besar tu tak muat, melainkan barang-barang dalam rumah yang tidak digunakan turut dibuang sama.

Itu hal lain. Tak kan pemalas sangat nak fikir macamana nak buang sampah sarap seperti itu. Kalau kami, kami angkut je barang yang tak digunakan tu dan buang ke tong besar yang disediakan di hadapan kedai-kedai. Tak kan nak longgok depan rumah pula kan.

Berbalik kepada kisah tong sampah SWM, boleh klik SINI untuk cerita lalu. Kami ambil sendiri tong sampah tersebut demi kegunaan harian. Penting!

Sejak kami ada tong sampah tu, saya hairan bila ada orang lain yang tak malu buang sampah dalam tong sampah kami tu. Mula-mula memang saya tidak kisah, kejiranan juga kan. Jiran saya sendiri pun kalau mahu tumpang buang di tong sampah SWM tersebut akan minta izin dari kami. Positifkan diri dan ikhlaskan hati. Takpe, setiap kebaikan akan dibalas kebaikan.

Bermula dari bungkusan McD yang dibuang begitu sahaja. Kemudian, ada pula bungkusan polistrin makanan yang tidak berikat. Selamba je buang macam tu je. Ingat tong sampah kami tu takde harga diri ke? Ikat lah kemas-kemas sikit. Cisss.. Ada juga yang lain-lain tapi malaslah cerita, positif.

Paling menyakitkan hati kami, kad jemputan jiran depan rumah kami sempena majlis aqiqah putera pertama mereka yang bakal berlangsung minggu depan di buang ke tong sampah kami! Kalau jiran kami tu nampak macamana? Tidak semena-mena dia ingat kami sengaja buang kad jemputan mereka tu.

Kalau pun tak suka dengan jemputan tersebut, tak sudi nak pergi pun, eh buanglah dalam tong sampah sendiri. Apa kena mengena dengan kami ni??

Ada cerita lain juga. Berlaku beberapa bulan lalu. Ada kalanya kami pelik, tiap kali pulang dari kerja kami dapati car porch kami ada saja sampah seperti plastik aiskrim, plastik jajan. Ada pernah tu penuh dengan daun kering dari pokok yang di tanam di hadapan rumah. Tapi, pokok di hadapan rumah kami telah ditebang! Depan rumah jiran hadapan kami pun sudah ditebang.

Walaupun pelik, kami tidak berkata bukan-bukan. Masih dikurniakan kudrat untuk membersihkan halaman. Bila hari cuti, kami ada di rumah tidak pula ada sampah sarap sebegitu. Daun kering pun adalah selai dua yang tersesat di tiup angin. Emm,,

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat



Pinjam dari Google